Best x ber"couple"???

OPPPSSSSS,jangan salah faham pulak,bukan aku nak menghalalkan couple,tapi..baru2 ni ada sorang shabat cadangkan kenapa tak tulis entry pasal cinta2,baru la best,
Aduhh,bukan senang aku nak tulis entry pasal 2,pengalaman sikit,tapi jgn risau,aku akan cuba bawakan isu cinta dari perspektif islam bukannya 'islamik'(ada beza ka?),itupun kalaau tak keberataan........(tapi bukan tulisan aku semata-mata,semua pandangan yang muktabar)

tapi kali ni punya entry harap mahasiswa atau pelajar kena 'open minded'dari perspektif yang berbeza(p/s-selalu kalau bab couple mesti nak open minded kan,salah 2) dalam entry ni,ok

ok,cuba baca+hayati kelebihan bercouple yg nak diceritakan;

1) seronok (dpt fitnah)
2) seronok (dpt dosa)
3) seronok (dpt geng dgn syaitan)
4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada)
5) byk habis duit (lebih baik guna utk sedekah) , tak kurang juga yg
habiskan duit beli prepaid(celcom@maxis@digi@umobile) dan bayar bil telefon yg melambung..
6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah "miss universe solat"
pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)
7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dgn awek..
kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..)
8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan
awek dia.. lain dah tak kisah..)
9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat
tak takut pulak... )
10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah bursa saham DOSA drpd PAHALA..


Ok2,jangaan la maraah kalau adaa(diri ini+pembaca) yg terasa,tapi ada faktor2nya juga kan...

1)) bertambahnya perempuan(P++) yg tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun,
aurat lain tak dijaga ,contoh cara bergaul, bercakap.. maka ini membuka ruang
pd lelaki2 utk memulakan 'projek' mereka.. tak puas hati ka,tak percaya,hang(bahasa peanag=awak) try pergi lepak tengok(tapi bukan
lepak mcm Mat Lepakian.. pi lepak dgt tujuan utk mengambil iktibar saja..) kat KL
(kat sini mcm2 jenis org boleh jumpa..) ada yg elok tutup aurat,bab ni memang kemas, tapi bila
bersembang.. tu dia,(kta orang penang)kalau dia ketawa,'mamu nak cerita ni: kalah lelaki woo).. tak cukup lagi mami ooi,lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 manja
pula tu..,(kalau aku pun tewas juga ni),Astaghfirullah, lelaki apa lagi....... ada chance ni.. (attack la jawabnya)

"(iblis menjawab),kerana Engkau telah menyesatkan aku,pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalan -Mu yang lurus,"

"Kemudian pasti aku akn datangi mereka dari depan,dari belakang ,dari kanan dan dari kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur"

< Surah al-A'raf:ayat 16-17>
(lihat,bagaimana janji syaitan nak pengaruhi manusia,sehinggakan semuaa direction nak diattack)

2)Betul ka ramai perempuan semakin berani.. berani menghadapi cabaran utk jadi
setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dpt byk boyfriend....
mcm Mat Cintan dan Mat Bunga yg byk dpt awek..(tapi kalau berani nak berjaya mcm lelaki mcm nak berjaya dalam karier ka sukan ka,tak pa juga,ni berani tak kena tempat.
3) ramai lelaki rasa bangga kalau ada awek(kalau ramai jadi 'aweks'), kalau tak ada awek maka mcm ada
satu kekosongan dlm jiwa ... lebih2 lg kalau tgk member2 lain dia ada awek.
faktor sekeliling memperngaruhi suasana.(kena bina biah yg baik)
4) lelaki cuba nak tunjuk pd lelaki lain yg dia tu pakar dlm bab
tackle/meng'ayat' awek .. lelaki ni biasa le EGO.. ego tak kena tempat... (aku pun terkena skali ni)
5) haaa,mari2... ni paling memalukan kaum lelaki.. lelaki ni cepat sgt PERASAN so
dia pun naik semangat kacau awek. mula2 perasan yg awek tu minat kat dia
(padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul2.. ye le dah usaha sikit
punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle', awek tu pun accept le mat tu. ada
juga awek yg manja (dah memang fitrah wanita begitu,tapi tak semua), sikit bila nak minta
tolong, maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try
meng'ayat'. maka dianjurkan pd kaum hawa agar tidak menonjolkan sifat
kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. pd kaum adam pula, jgn la dok
perasan cepat sgt..

panjang la pulak,maaf kalau terkasar bahasa melayu,ni kira first kupasan yg gaya baahaasanya memang agak brutal kot,asyik nak hentam orang je kan,sedangkan diri ini pun banyak maksiat yang dilakukan,Astaghfirullah hal azim,tapi ni kes memang hakikat umat akhir zaman,sama2lah kita koreksi diri masing2,sekali lagi pasti antara aku,dan pembaca pernah mengalami kes2 di atas,,


InsyaAllah,lepas ni kalau ada mood lagi,aku cerita topic cinta lagi tapi kali ni tak la keras,tapi...........

p/s=kalau ada yg tak puas hati atau salah faham atau ada penambahbaikan ,komen saja,

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers