Kisah 'Pondok' dari Saya

"Wahai manusia!Sungguh,telah datang kepadamu pelajaran(Al-Quran) dari Tuhanmu,penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

surah Yunus:ayat 57

Saban hari,aku melihat ramai anak-anak pak arab yang mengikut ayah2 mereka yg datang ke surau kolejku tiap2 hari.kekadang selepas solat,mereka akan membaca quran di hadapan ayah mereka,teringat pula aku untuk menulis cerita bagaimana pertama kali aku mempelajari al quran.di sinilah aku mula mengenali ayat2 quran bermula dari huruf biasa(Alif,Ba,Ta...) sehingga Alhamdulillah sekarang aku boleh membaca al quran dengan baik,secara rasminya,Allah telah mentakdirkan aku belajar di sebuah 'pondok' di kampungku.aku rasa kalau tidak,memang aku mungkin buta mengenai bacaan quran seperti ada sebilangan masyarakat kita yang tak tahu langsung macam mana nak baca alquran.Di sinilah,pentingnya peranan daripada ibubapa itu untuk memikirkan bagaimana sejak usia kecil lagi untuk memastikan anak2 dapat membaca quran.

PENGENALAN


Kisahnya ......Ini BUkan sekolah PONDOK.sewaktu itu,dihantar oleh ibubapaku sewaktu umur 8 tahun,sebelum ini,kakak dan abang2ku juga belajar di situ.Ada beberapa perkara yg menarik yg hendak dceritakan di sini,mengapa dinamakan tempat itu sebagai pondok kerana kami belajar di atas tempat yang memang tempatnya pondok yg diperbuat dari kayu,yang keduanya,guru yng mengajarku mengajar kami serba sedikit mngenai al quran+ilmu fardu ain(bahasa arab) agama,tapi silibusnya tidaklah tersusun seprti kemasnya subjek agama islam di sekolah2 dan juga ayatnya sama sekali tidak skema langsung.anak muridnya pula dari umur 4 tahun-18 tahun(secara lazimnya),ada sorang yang aku selalu panggilnya kakak(lebih kurang umur 30 lebih)belajar di situ.Dengan berbekalkan ilmu di dada guruku+sebilah rotan panjang disampingnya,ada 2 sesi pengajaran,pagi dan petang,bg budak2 yg sekolah ptang,mereka dtng pada sesi pagi,kalau yg sekolah pg,mereka datang pd petangnya.Pada pagi,budak2 akan datang selalunya pada pukul 8-9 pagi.Dalam tempoh ini,kami akan baca awal sendiri2 dulu sebelum guruku keluar dari rumahnya yng hanya bersebelahan di 'pondok' itu mendengar bacaan alquran dan mengajar kami.sewaktu masih lagi bersekolah rendah,aku akan berebut untuk pulang awal dari kelas mengaji itu dengan cara aku akan datang pada pukul 7 pagi(sebelum orang datang) untuk 'reserve' tempat dgn meletakkan papan rehal aku di hadapan sekali,apalgi aku akan berebut dengan rakan2 yang lain,Yang tak boleh tahan,ada juga rakan2 aku buat 'strategi' datang awal lepas subuh ke pondok itu semata-mata hanya nak reserve tempat,dengan ditemani ayah mereka,almaklumlah,lepas subuh kan masih gelap lagi,jadi tak berani la nak datang sorang2 ke pondok itu,kadang2 aku kalah juga,konsep belajar di pondok itu,sapa yang datang awal dikira akan 'duduk di hadapan dan akan menjadi orang yng pertama didengar bacaan quran,tp di barisan hadapan,safnya 3 tempat lelaki dan 3 tempat perempuan(diasingkan) akan didengar serentak bacaan quran dengan mengelilinginya,Macam mana dengan pendaftaran ya?tak payah nak isi borang pun dan tak ada yuran langsung,(dia memang beritahu kat kami awal-awal sekali nak ajar dengan ikhlas).memang klasik sungguh belajar di sini,kalau ada ibu bapa atau anak murid yang nak bagi duit atas nama YuRan, memang dia tak mahu nak terima,tapi kalau atas nama sedekah,dia kan ambil juga.secara adatnya,sorang akan bagi rm5(tak ternilai dengan ilmu yg dicurahkan). Selalunya sebelum datang,aku akan baca dulu sedikit muqaddam dirumah melalui ajaran ibuku,INGAT>kalau sapa2 yng tak baca lancar,rotanlah jawabnya,tapi rotan ini bukan untuk mendera tapi untuk beri pengajaraan,Waktu aku masih tergagap-gagap.,memang aku banyak kali juga kena,sebab baca muqaddam tidak lancar.Sewaktu kurang penghayatan pembelajaran,aku akan baca quran dengan 'elok2' bila guru aku menoleh untuk mendengar bacaan dariku,tetapi bila dia mendengar bacaan orang lain,aku akan baca dengan laju,sampai kekadang tidak menjaga tartilnya(jangan Tiru perbuatan ini).guruku tahu sebenarnya ada sesetengah pelajarnya berbuat sedemikian,tapi dia mengingatkan kami dgn firman Allah dalam ayat 4 surah Al-Muzzammil:"Dan bacalah Quran dengan Tartil",beginilah antara contoh bagaimana pelajaran kepada kami,kami tidak ada apa2 buku secara rasmi(macam kitab sahih bukhari ka atau 'ma za yak ni' ka) tetapi kami hanya mendengar secara lisan dari mulut guru kami mengenai hadis,ayat quran atau peringatan yang dia ambil dari kitab2 lama yang namanya pun aku tak berapa tahu sanagt,tetapi semua ilmu2 itu baru aku dapt sikit penghayatan apabila aku menginjak usia yang lebih matang sikit,memang sahih ilmu2 itu sebab ada yang aku jumpa dan dengar dari sumber yang sahih.Tetapi penyampaian ilmu itu dituturkan dalam bahasa 'Kelate' sebab guruku asal dari kelantan,ada juga bahasa2 yang tidak aku fahami sewaktu kecil dahulu contoh,(ni bukAN IlmU),selalunya pada hari jumaat pagi,dia akan buat sedekah kepada anak muridnya macam beri kuih atau makanan2 lain,satu hari,dia minta aku dan kawanku belikan roti untuk disedekahkan kepada kami,Ucapannya pada aku,"sekejap,nak bagi "pitis" dulu,kemudian dia terus masuk kerumahnya,aku pun tertanya2 apa dia pitis itu?Dalam benak fikiran aku,lantaklah,memang aku tak faham,maklumlah,kami orang penang,mana nak faham,dan aku terus mencapai basikalku dan nak terus pergi beli roti itu,sebelum aku keluar,dia panggil,mai sini, ni nak bagi duit rm10 ni,owhh,duit ka,malu juga aku,"(Komunikasi ni).tetapi yang bestnya,kekadang bila aku disuruh ambil kuih yang diorder di rumah tertentu,kami selalunya akan diberi 'hadiah' macam rm1 sorang daripada tuan rumah yg buat kuih itu.(memang best la).


'KELAS BERMULA'

Dalam lingkungan pukul 7 lebih,guruku akan bercucuk tanam sayur2 seperti cili(bukan untuk dijual,mungkin minat berkebun kot),dan "sambil menyelam air,minum la air itu",waktu daripada bacaan awal kami,dia akan menegur(kekadang marah juga) bacaan yang tak betul dari segi sebutan sambil2 buat2 'kerja'(siram pokok ka) di tepi pondok itu.Itu yang kami kadang2 bila nampak saja dia keluar,bukan main lagi baca quran,tapi bila dia masuk rumah kejap,sembang lah,main kad lah dan lain2 aktiviti tak berfaedah.tapi serba salah pulak nak baca kuat2 sebab kalau salah,memang kena marah la,(Dalam tempoh ini juga la kadang2 sapa yng dah 'pandai' sikit baca quran ajar budak2 yang lain,(ikut inisiatif masing2 nak tanya).Ada juga sebilangan kawan2 aku yang hafal ja apa yang dia kena baca pada hari itu,(contoh macam kena baca huruf alif,Ba,Ta.... sampailah Hamzah, dan mereka hafal ja sampai tak kenal yang mana huruf yang disebut,Kekadang sampai pandai hafal terlebih ja Lidi yang dijadikan sebagai penunjuk bacaan itu ke huruf yang lain,memang lawak juga,tapi ini semua proses pembelajaran)

Pada pukul 9 pagi,guru akan masuk ke pondok, dan akan beri salam,kami akan jawab beramai2 salam itu dan terus kepada bacaan doa penerang hati,diikuti dengan ayat kursi,asma al-husna,surah al -asr,al-fatihah(secara ramai-ramai) dan bacaan doa dari guru,lepas itu dalam tempoh 20 minit macam itu,dia akan beritahu kepada kami ayat2 quran yang perlu dihafal,doa2,dan basic fardu ain macam rukun wuduk ada brapa?,apa syarat sah sembahyang?(ada yang dalam bahasa arab dan melayu),(semua ini ilmu-ilmu agama la kiranya).Macam-macam peringatan diberikan, antaranya jangan lupa baca surah al-mulk sebelum tidur kerana beberapa kelebihannya,doa sebelum tidur yang dipetik dari hadis riwayat bukhari dan Muslim,serta banyak lagi.Bila dia beritahu banyak kali,pasti dia akan tanya untuk hari yang sterusnya,ada anaak ,muridnya yang buat tak tahu,ada yang tulis dalam buku,ada juga yang hafal,Tapi apa penting pesanan darinya yang aku ingat ialah semua ilmu yang dia cakap itu bukannya dia yang buat atau sengaja reka tapi ini yang Nabi beritahu kepada umatnya sejak bermula dakwah Baginda.


Ada seperkara lagi yang ingin aku tuliskan iaitu mesti pembaca tertanya-tanya(kalau betul la),Siapa guru aku itu,Famouskah dia atau Tak,Berapa Umur dia?,boleh dikatakan contoh2 atau pengajaran yang mungkin kita boleh ambil dari guru ini.Jawapan yang akan diberitahu nanti mungkin akan mengejutkan pembaca sekalian( dengan izin Allah),Nantikan kisah yang seterusnya..................



(Sebahagian pandangan di dalam Pondok itu)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers