Sukan Lambang Kejantanan!

Tajuk tulisan ini mungkin agak janggal bagi setengah kita .Biasanya ,barsukan dalam masyarakat kita adalah soal hidup ,soal hobi ,minat & kesihatan serta mengisi masa lapang .

Bersukan juga boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayah dan dihormati oleh orang ramai. Namun di sebalik semua fenomena ini, kita sering terlupa ataupun leka dengan hakikat bersukan yang sepatutnya difahami oleh setiap muslim sukan berhubung kait dengan soal akhirat.. Ia adalah ibadah. Malangnya ,bidang sukan hari ini sudah jauh menyipang drpd matlamat sebenar iaitu ibadah yang kita janjikan kpd Allah S.W.T. Ironinya sukan telah menjadi lapangan utk mengundang kemurkaan ALLAH yg maha dahsyat.

Sebenarnya musuh2 islam sdh lama menyedari ruang ini yang boleh dieksploitasi sbg alat kpd umat islam utk mengndang kemurkaan Allah.Inu terbukti apabila sesetengah umat islam tidak lagi mengangap sukan sebagai satu ibadat, malah ia seolah2 tiada kaitan langsung dengan islam yang sungguh lengkap & sempurna.Jelas sekali serangan sekularisme telah berjaya menembusi benak fikiran dan sanubari umat islam hari ini.


Adakah kita sanggup melihat pada suatu ketika seorg hamba ALLAH itu tunduk merendah diri di sejadah, tiba2 ketika lain dengan bangganya dia berlari sambil mendedahkan auratnya di hamparan rumput hijau yang sentiasa bertasbih kpd ALLAH S.W.T.

Mungkihkah ibadatnya diterima? Bagaimana pula taubat & doanya? Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis pernah menceritakan seorang lelaki yang menadah tangan sambil menyeru, ‘ya Rabbu! Ya Rabbu!’ sedangkan makanan, minuman & pakaiannya adalah dari suber yang haram. Malah generasi kini lebih mengenali artis2 & atlit2 berbanding tokoh2 Islam yang tersohor. Perwira dan pejuang Islam yang tangkas membela kebenaran sudah tidak dirasakan sehebat artis dan atlit pujaan mereka. Sementara itu, penyokong sukan pula ada yang sanggup meninggalkan solat dan bergaul bebas antara lelaki dan perempuan semata2 untuk melihat sebiji bola yang direbut dipadang atau stadium.

Lebih dasyat lagi, ramai atlit yang mengaku ‘muslim’ & ‘muslimah’ tetapi sanggup membuka aurat semata 2 utk melihat sebiji bola yang direbut dipdg atau stadium.
Lebih dahsyat lagi, ramai atlet yg mengaku ‘muslim’ & ‘muslimah’ tetapi sanggup membuka aurat semata2 ingin lebih pantas dibalapan.Bahkan, tdk krg juga yg berpakaian menjolok mata dihadapan ribuan manusia termasuk ‘MATA’ dilangit yang tidak pernah lalai dan mengantuk.Sungguh sinis sindiran Rasulullah s.a.w apabila baginda bersabda “Apabila kamu sudah tidak tahu malu, buatlah apa yang kamu suka’.

Realitinya sebahagian umat islam hari ini sudah berlebihan dalam bersukan.Ulama Saudi, as-Sheikh Dr Aidh al-Qarni berkata sebahagian umat islam hari ini sdh berlebihan dalam dlm mempraktikkan berbagai jenis sukan & terlalu mengikuti keriuhan berita2 liga sehingga menjadi satu kesibukan, mensia2kan waktu dan menjadi matlamat utama mereka.Malah sanggup membuang wang ringgit, tenaga dan masa berbanding membuat ibadat kpd ALLAH.

Sukan sebenarnya ada hubungan dgn islam.Sukan dalam islam mempunyai yang amat suci bagi menjunjung kesucian islam.Orang beriman bersukan krn ingin dikasihi Allah.Sabda Nabi s.a.w lagi mukmin yang kuat lebih baik dan dikasihi Allah berbanding mukmin yang lemah

Orang mukmin bersukan krn ingin sihat spy dpt beribadat dgn sempurna dan sepuas2nya kpd Allah.Sabda Nabi s.a.w lagi “jaga waktu sihatmu sblm sakitmu satu hakikat yang telah dilupakan oleh umat islam hari ini, sukan adalah satu persiapan utk berjihad pada jalan Allah. Firman Allah “Dan bersiap sedialah kamu dengan apa sahaja kekuatan.....”.

Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w menggalakkan sukan yg blh menyihatkan badan, menguatkan otot dan mengasah kemahiran berjihad spt berenag , memanah dan menunggang kuda. Lebih dari itu sukan yg dianjurkan oleh Baginda ini menurut Al-Qarni juga merupakan sebuah kekuatan, kekebalan, penjagaan terhadap islam dan lambang ‘kejantanan’ seorang muslim.

Perlu ditegaskan islam tidak pernah melarang umatnya bersukan.Tetapi umat islam perlu adil meletakkan sesuatu sesuai pd tempatnya.Lawan adil adalah zalim.Sekarang umat islam telah melakukan kezaliman terhadap bersukan.
Seandainya sukan itu adalah ‘makhluk yg blh berkata2’ sdh tentu ia akan melaknat manusia yg menyalahgunakannya utk mengundang kemurkaan Allah.


Justeru ,janganlah kita cuba memisahkan antara tuntutan bersukan dengan beribadah kepada Allah.Tentu janggal bunyinya jika ibadah kita bercampur aduk dengan maksiat.jangan sampai kita bersukan sehingga fizikal sahaja yang sihat,tetapi iman &hati kita menderita kesakitan.

Sama2lah kita bermuhasabah diri masing2.Hakikatkatnya,sukar nak cari muslimah yg benar2 aktif bersukan+jaga lingkungan auratnya.


p/s: Aku pun minat sukan juga,futsal,badminton, dan banyak lagi... (Geng2 futsal jangan lupa na,,apa kena buat,)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

3 comments:

  1. ala sembang kencang la zupar xdak modal l;gsung tjuk nie aku dah pnah bca kt pamplet kutbah jmaat
    tipu la kata bt sndri

    ReplyDelete
  2. Aik,salah ka kita nak kongsi ilmu,ni untuk bacaan umum,aku tak kata pun aku tulis,cuba tgk balik ayat kat atas tu btul2,POSTED BY NOT WrITTEN BY aku,,,,,tapi satu perkara ja bagus,mu ingat juga la,maksudnya mu ambil pengajare lah 2,bagus2.

    ReplyDelete
  3. sukan..satu lapangan bidang yang telah beberapa bulan ditinggalkan.namun,betul,banyak kebaikan yang kita boleh dapat dari sukan.banyak juga perkara yang tak elok dalam sukan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers