Di Sebalik Tabir...........Exam


Di waktu aku menulis aku amat pasti yang masih ada lagi segelintir sahabat2 yang
pastinya sedang berjuang dengan pena masing2 di medan peperiksaan akhir bagi semester
1 ini.Alhamdulillah,aku sudah menamatkan beberapa hari yang lalu,dan di sini ada
beberapa perkara2 yang menarik untuk dikongsi bersama semua.Untuk makluman,inilah kali pertama aku mengambil peperiksaan di kampus baru aku yang tercinta ini.Ramai senior2 aku yang berkata "kalau sem 1 ni tak score dekan tak tau la",selepas melalui pembelajaran lebih kurang 6 bulan,kini baru aku sedar bahawa 'carry marks' bagi setiap subjek itu amatlah penting skali,kerana sebelum kita melangkah ke medan terakhir,tekanan terhadap diri itu pasti sedikit sebanyak berkurangan sekiranya kita sudah 'score' agak selesa bagi subjek tersebut.Contohnya,bagi subjek English for Academic Communication,katalah kita sudah memperoleh markah sebanyak 50/60,bagi final exam hanyalah mewakili 40,jadi tekanan untuk mendapatkan gred yang lebih baik tidaklah sesukar mana,mungkin cuma perlu score dgn rendah pun sudah mencukupi,jadi di sini tak timbul isu perlu mendapat sebanyak markah yang boleh sekiranya score kita sebelum ini agak rendah.


"sekiranya score markah sudah hampir penuh,pastinya kaki kita sudah sebelah ada dalam gred yang selamat,cuma perbezaan gred yang mana sahaja yang akan menentukannya melalui final exam"


Paling yang aku tidak kusangka,rupa-rupanya di universiti pun sebelum exam,ada soalan spot,contohnya sebelum aku buat subjek ini(dirahsiakan untuk keselamtan),kawan2 aku ada maklumkan yang ini,itu akan masuk,tidak kusangka memang benar tekaan soalan spot itu,terfikir dalam benak fikiran aku,macam mana lah student bleh dapat,siap specific lagi apa yang masuk final nanti.
Ada satu subjek sebelum ini yang aku tidak dimaklumkan soalan spot,tetapi lepas habis jawab paper itu,ada seorang kawan aku beritahu aku yang untuk paper ni pun ada soalan spot,betapa geramnya aku waktu itu,

"Tetapi harus diingat tak semestinya semua soalan spot itu benar dan tak semestinya bila dah tahu soalan spot ni kita dah bleh score"


Ini cerita waktu minggu study week,peruntukan sebanyak seminggu diberikan,pastinya bermacam-macam dugaan yang mendatang seperti denagn internetnya lah,mengantuk dan lain2, yang pastinya cara terbaik ialah dengan cuba untuk 'beruzlah' dengan mengasingkan diri sewaktu belajar di mana2 selain tempat bilik kita,

Sekarang kita masuk ke dewan peperiksaan,selepas mengetahui kebanyakan tempat peperiksaan aku di MSI(masjid sultan Ismail),agak terkejut kerana tempat peperiksaan ialah di dewan MSI yang terletak di bawah masjid dan untuk nak masuk dewan kena bukak kasut

"sepanjang aku buat exam dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah,tak pernah lagi aku buat exam tanpa memakai kasut"


tapi yang pastinya ini hanyalah perkara kecil yang tak penting pun,tapi apa yang lebih penting ialah suasana di dewan itu,

Ada satu ketika aku melihat sangat mudah untuk berbincang dengan kawan sebelah kita sewaktu exam kerana aku menganggap dewan itu sebagai padang bola sepak yang luas dan kesemua pengadilnya agak malas berlari ke semua sudut padang,dan ada yang pemain yang sudah pun 'offside',tapi pengadil masih lagi belum membunyikan wisel.Tapi ada satu perkara yang walaupun ianya hanyalah gurauan rakan2ku,tapi ada makna mendalam,"ok,nanti hang main posisi 'defend',hang main 'wing kiri',hang main 'striker',aku pula jadi goalkeeper,pada mulanya agak keliru,tapi sebenarnya ialah analogi bagaimana nak menyusun 'pemain'(rakan2 dalam dewan nanti) supaya senang 'menjaringkan gol'.


Ada satu lagi sewaktu aku duduk di sebelah pelajar yang tidak dikenali, aku melihat ragamnya yang pelbagai,ada ketika dia cuba membuat aksi2 yang menunjukkan sesuatu yang agaknya soalan sukar kot, dengan cuba menghentakkan kaki di lantai,buat bunyi 'ishhh' yang pastinya aku hampir2 nak tergelak,kerana aku tahu waktu itu aku pun tension juga dengan soalan itu tapi tak daklah sampai

sampai buat sesuatu yang boleh mempengaruhi orang di sebelah kita,inilah yang dikatakaan environment itu sangat penting selain dari pada persediaan yang lain,

aku rasa cukuplah kisah di sebalik tabir exam pertamaku,yang pastinya kesemua ini ada hikmahnya dan pengajaran dan bukan sekadar kisahnya,

Akhir sekali,yakinlah pada Allah kerana yang mengatur segala kejadian ini hanyalah ALLAH yang Maha Agung.

Sesungguhnya Kami benar-benar akan menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi(hari qiamat).
(Al-Mu'min:51)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers