Selendang untukmu.....

“Adik,cepatlah,ayah dok tunggu lama dah,”.kejap,kejap,dah habis dah ni,balas Saiful,”Jangan lupa kunci pintu sekali,”tambah kakaknya lagi.”Bismillahitawakkaltualallah…..”,Saiful dilihat menghembus sesuatu ke muka pintu rumahnya sebelum memasuki kereta.”Kita nak pi mana ni ayah?,Tanya Muis,adik bongsu dalam keluarga Haji Fuad.”kita nak pi jalan-jalan,jauh lagi ni,adik tidur lah dulu,nanti abah kejutkan,”balas ayahnya sambil tersenyum ke arah Muis.Bagi Muis yang berusia 6 tahun itu masih lagi tidak mengerti mengapa abangnya membawa banyak beg-beg besar.Kita nak pi bercuti ka abah,soal muis lagi seolah-olah tidak puas hati jawapan yang diberikan ayahnya sebentar tadi, sambil memegang bahu ayahnya.”adik,abah tengah memandu kan!”. Balas emaknya sambil merenung tajam ke mata muis.Baiklah emak,balas muis sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda akur .”kita nak ke langkawi la,”balas saiful yang dari tadi melihat celoteh adiknya yang comel itu.ohh… macam tu ka…..balas muis sebelum melelapkan matanya di bahu kerusi kereta proton wira keluaran tahun 1999 itu.Ttttt…..ttttt…pantas Diana membuka mesej di telefonnya,”salam,awak kat mn skrng?mlm ni jd x kluaq?”saya ..skrng..tngh nak…belum sempat Diana menghabiskan menekan butang huruf di telefonnya,tiba-tiba saiful sedang membaca sesuatu teks mesej itu,”apa ni pol!,baca orang punya mesej ,jangan sibuk boleh tak!pinta Diana kepada adiknya sambil meninggikan suara dan memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya.”Alah akak ni,sporting la sikit,kita kan adik-beradik,mesej akak,mesej pol juga kan”,”pandailah kau”herdik Diana,”this is my privacy,ok!”.”Dah,dah,dah”ishh, kamu berdua ni tak habis-habis bertengkar ,ayah kamu sedang memandu ni kan,sambung emaknya lagi sambil terus menguatkan lagi volume siaran radio era fm.

Dalam hati saiful sebenarnya agak berasa kurang senang dengan tingkahlaku kakaknya sekarang,melihatkan baju ketat yang dipakai kakaknya dengan seluar yang ketat,membuatkan saiful melabelkan kakaknya sudah berfikiran ‘ketat’.Dia pernah menegur kakaknya soal pakaian kakaknya yang sedang mengikuti program AUSMAT di mana Diana akan melanjutkan pelajarannya dalam bidang Engineering ke Universiti of South Wales,Australia pada tahun hadapan.
“akak,pol nak cakap sikit boleh tak?”,ha,apa dia ,cakap jelah” balas Diana sambil khusyuk bermain laptop ketika di rumah mereka.”epol tengok sejak akak mula belajar di kolej itu,pakaian akak dah berubah sikit la,
“apa yang berubahnya?bertambah lawa lagi ka?sama ja bagi akak,balas kakaknya,”Tak la,sekarang akak punya fesyen dah macam orang ZAMAN JAHILIYYAH la,”amboi,sedap kau mengata kat aku,tau main tuduh-tuduh saja,macamlah kau bagus sangat,perkataan jahilyyah yang digunakan saiful tadi benar-benar membuatkan hati Diana bertambah panas lagi,mukanya yang putih itu cepat bertukar menjadi merah,tapi dia masih lagi bermain-main laptopnya itu.”akak,ni soal hukum syariat ni akak,pol tengok cara pakaian akak yang selalu memakai baju ketat yang menampakkan tubuh badan ni salah akak,sambil menunjukkan jarinya ke a rah beberapa baju kakaknya yang tergantung di dinding.”Eh,yang kau sibuknak bercakap soal syariatlah,hukumlah,macam kau pandai sangat,baru dapat diterima belajar di sekolah agama ,dok pandai bicara soal agama plak,akak dulu dapat subjek pendidikan islam A,kau tahu tak!,akak tahu lah,yang kau tak puas hati ngan aku apasal,emak pun tak sibuk,yang kau lebih-lebih plak,kali ini memang benar-benar Diana marah betul,dibiarkan skrin laptop itu bercahaya sambil dia berdiri mencekak pinggang ke arah adiknya itu.’akak,pol bukan nak jaga dalam kain akak,Cuma tepi kain aja,tak ada jaminan langsung kalau akak dapat subjek agama A,tapi kalau akak tak praktikal amal dari ilmu itu.Yang mana salah itu,kita tegurlah kak,orang perempuan sepatutnya melebihkan tudungnya hingga melebihi dada dan….
“oh,kau nak ceramah plak,jadi kau nak akak pakai tudung labuh la ya,biar orang panggil ustazah,eeeeeeeee,tak kuasa aku,pintas akaknya sebelum saiful menghabiskan ayatnya.

“Bukan itu maksud epol,tak semestinya kak pakai tudung labuh macam ustazah2 yang kat luar sana tu,Cuma pakailah tudung dan baju yang syaratnya labuh dari paras dada,sehingga tak tertonjol apa yang tidak sepatutnya,baru nampak ayu,jangan la pakai seluar ketat-ketat macam jeans,tapi kalau ada jeans yang direka longgar yang apabila pemakainya tidak menampakkan bentuk tubuh punggung dan paha,tak ada masalah,pakailah banyak-banyak……..sambung epol lagi.
“dah habis dah ceramah kau,dari tadi aku sabar ja apa yang hang cakap,sebelum akak tampar muka kau,lebih baik kau berambus dari bilik ni sekarang,KELUAR,KELUAR….!”.
“baiklah ,macam mana pun akak,pol akan tetap nasihat akak selagi ada kemampuan dari jiwa ini,sambil menunjukkan kea rah dadanya”, sebelum melangkah keluar dari bilik kakanya itu.

“macam lah aku ni salah sangat,lagi teruk dari aku lagi berlambak kat luar sana,yang tak pakai tudung terus,yang pakai tudung rambut Nampak,argghhhhhh,whatever!,bisik hati kecil Diana sebelum menyambung menulis sesuatu di laptopnya itu.


Epol terus duduk di sofa ,dibuai angin malam yang masuk melalui tingkap rumahnya itu mendayu-dayu seolah-olah menceritakan sesuatu kepadanay,Dia sebenarnya masih lagi teringat kuliah agama yang diikutinya minggu lepas di masjid taman rumahnya itu.
“Dalam quran dasar-dasar jahiliah ditonjolkan pada empat tempat.Dasar-dasar yang dipaparkan oleh keempat-empat ayat ini adalah:

1.jahiliah sikap dan nilai
2.jahiliah hukum hakam
3.jahiliah pemakaian dan pergaulan
4.jahiliah kesombongan

Epol terus pantas menulis di buku kecil yang sering dibawa setiap kali dia menghadiri majlis ilmu.
Apabila ustaz zainal abidin itu masuk ke point jahiliah yang ke 3,ianya benar-benar masuk ke dalam hati epol,
Ketiga,Allah menjelaskan berkenaan tabarrujul jahiliah yang berkait rapat dengan adab dalam pemakaian dan pergaulan.Allah menyatakan,
”Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang2 jahiliah terdahulu”(surah al-Ahzab ayat 33)
Berhubung dengan ayat ini,Imam Mujahid berkata, “Suatu masa dahulu,golongan wanita berjalan di hadapan lelaki(tanpa segan silu).Inilah yang dimaksudkan sebagai tabarrujul jahiliah.”Imam Qatadah pula berkata,”suatu semasa dahulu,kaum wanita berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang mengghairahkan,Inilah yang dimaksudkan dengan tabarrujul jahiliah yang terdahulu”.Imam Muqatil bin Hayyan pula berkata, “Tabarrujul berlaku apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher,rantai dan subang mereka”,
Sambung ustaz itu lagi,ayat ini tak maksud mengongkong pergerakan wanita islam.Ia juga tak maksud tempat bagi wanita hanyalah di rumahnya sahaja kerana nabi pernah mendoakan supaya Ummu Haram dapat keluar berperang di lautan bersama-sama dengan tentera2 islam yang lain.Tambahan daripada itu, Khalifah Umar Khattab pernah melantik seorang wanita yang bernama Ummu as-Syifa binti Abdullah menjadi penyelia di pasar Madinah.Islam mengizinkan wanitanya keluar rumah bagi suatu keperluan yang baik seperti mencari ilmu sama ada fardu ain ataupun fardu kifayah,menziarahi ibu bapa serta mencari rezeki yang halal demi memenuhi keperluan hidup dengan batas2 yang diteteapkan.Ayat ini sebenarnya bertujuan memuliakan kaum wanita dan menyuruh mereka supaya sentiasa menjaga kemuliaan itu disamping memelihara sebarang kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka seperti kecantikan.Wanita sebenarnya mempunyai peranan yang besar di penjurunya sebagaimana kaum lelaki.Allah menyatakan,
“orang2 yang beriman lelaki dan wanita,sebahagian mereka adalah penolong kepada sebahagian yang lain.Mereka menyuruh kepada yang makruf,mencegah kemungkaran,mendirikan solat,menunaikan zakat serta mentaati Allah dan rasulnya.Mereka diberi rahmat oleh Allah.Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”.(surah at-taubah ayat 71)

Menutup aurat bukannya lambang penindasan bagi wanita sebaliknya lambang ketinggian harga diri yang tidak dipentingkan oleh wanita jahiliah.Islam adalah agama yang menekankan akhlak dan adab dalam semua perkara termasuk dalam aspek pemakaian.Umat islam .lelaki dan perempuan yang sudah baligh atau wajib menutup aurat ikut batasan yang agama tetapkan.Berhubung dengan wanita islam,antara ayat yang jelaskan batas2 auratnya adlah kenyataan Allahdalam surah annur ayat 31
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Seperti yang saya sebutkan ,semasa ayat ini diturunkn,kaum wanita membudayakan sejenis pakain tudung yang tutup bahagian kepala tetapi ,masih dedah leher,telinga dan bahagian atas dada mereka.Kerana itu ayat ini diturunkan supaya kaum wanita memakai tudung kepalayang dilabuhkan hinnga tutup bahagian2 itu.(disebut oleh imam qurtubi dalam al-JaMik li Ahkamil Quran)

Islam tak haling pun wanita2 berpakaian ikut fesyen dan suasana asalkan ia tutup aurat seperti yang sudah djelaskan,di samping tak jolok mata.

Di akhir ceramah itu,ustaz itu menambah lagi tabarrujul jahiliah sudah sampai ke tahap yang membimbangkan pada hari ini.Ianya melahirkan aktiviti seks bebas ini ada padahnya.Seks bebas ada mukadimahnya atau rangsangannya dan antara mukadimah itu adalah tabarruj(iaitu hias diri dan dedah tubuh secara yang menggiurkan) ,pergaulan bebas serta sikap ego kaum lelaki.Justeru itu,Islam menyuruh kaum wanita memelihara dirinya daripada kecantikan yang memperdayakan dan mengarahkan kaum lelaki supaya tidak melihat kaum wanita sebagai symbol seks.

Fuhh,memang banyak cabaran bagi kita sekarang….desir hati epol selepas mendengar ceramah itu.Sebenarnya aku takut kalau-kalau kak Diana akan ‘terkandas’ semasa di Australia nanti.Bukannya terkandas pelajaran tetapi akhlak…..


“Pol,kejut adik kau tu,kita dah sampai dah ni”, sergah emaknya.Astagfirullahalazim, jauh aku mengelamun tadi….Dalam hati kecil itu,saiful nekad akan terus mendoakan yang terbaik buat kakaknya agar diberi hidayah dari Allah supaya menjadi wanita yang sentiasa patuh suruhanNya..dan disamping itu epol juga berdoa supaya dikurniakan wanita yang menepati ciri2 yang Allah dan Rasul perintahkan……..


p/s:Alhamdulillah,akhirnya dapat juga tuk siapkan cerpen pertama ni..moga2 dapat sampai 'roh'..kalau ada la dlm tulisan ni..tp apa yang penting respon dari pembaca2 agar cerpen2 yang seterusnya dapat dtngktkan kualitinya..InsyaAllah...

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers