Kisah Si Anak Kecil!


Waktu kau dilahirkan,
Kau menangis dalam kesyukuran ibu dan ayahmu,
Kau dibesarkan sehingga kau mampu berkata,
Kau dibesarkan sehingga kau mampu berjalan,
Tiba waktu untuk kau merasai keperitan ibumu mengandungkanmu,
Tapi bukannya dengan cara yang betul,
Kau menjadi ibu yang haram,
Kau menjadi ibu yang zalim,
Kau biarkan anak itu ditinggalkan di longkang,
Adakalanya anak kecil itu menagih simpati di kaki masjid,
Kau biarkan anak itu menangis di syurga sampah buangan.

Ada yang bertuah lantas  mendapat ihsan orang ramai,
Apa pula kelak bermain di fikiran meraka bila dewasa,
Apabila mengetahui status mereka yang sebenarnya,
Bagaimana pula dengan nasib anak itu andaikata,
Anjing-anjing liar menggonggong anak itu,
Serangga-serangga kecil mendekati anak itu,
Titisan hujan dan panas mentari menyentuh badan mereka,
Entah apa nasib seterusnya mereka hanya Tuhan yang tahu,
Tapi engkau masih mampu tertawa,
Masih mampu meneruskan kehidupanmu,
Seolah-olah tiada apa yang berlaku,
Terus membiarkan Tuhan menghitung kehidupan anakmu,
Di mana kesedaranmu?
Adakah sudah hilang sifat kemanusiaanmu?
Dirimu penuh dengan sifat kebinatangan,
Tapi bagimu yang sudah terlanjur,
Yang sudah merasakan tiada lagi kehidupan  buatmu,
Yang merasakan dirimu seolah-olah ditakdirkan begini rupa,
Ingatlah bahawa masih ada sinar harapan buatmu.
Ingatkah engkau Tuhanmu pernah berkata,
Inilah peluangnya untuk engkau bertaubat nasuha,
Dan apabila engkau menyakini tidak akan masuk ke lembah zina,
Nescaya tuhanmu akan mengampunimu atas dosa itu,
Kerana Tuhanmu akan mengampunkan segala dosa yang kau lakukan melainkan dosa syirik padaNya.

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers