Mudahnya Dapat Wang!



Kali ini, saya ingin kongsi dengan pembaca blog saya mengenai satu aktiviti yang andai kata ditambah kerajinan sikit pasti akan membawa sedikit keuntungan.
RECYCLE
Itulah perkongsian kali ini.walaupun nampak macam enteng tapi mampu membawa keuntungan!Kalau dulu boleh dilihat sekelompok masyarakat seperti  golongan kutu rayau dan seumpanya(penagih dadah) akan cuba mengisi masa mereka untuk melakukan aktiviti ini tak kira di mana saja.Botol plastik,tin minuman sehinggalah ke bahan besi dikutip .Buktinya,golongan ini mudah dijumpai di tempat pembuangan sampah terutamanya.Tapi  perubahan masyarakat kini sudah berubah.Boleh dikatakan hampir kesemua golongan masyarakat yang melakukan aktiviti ini.Dari syarikat korporat sehinggalah individu yang gemar recycle.
Apa yang Best Sangat!
Apalah yang recycle ini boleh bagi pada kita?Mesti wang!tak percaya?kalau tidak tak daklah ada orang yang sanggup menyelongkar tong-tong sampah di tempat2 awam semata-mata mencari satu tin atau barang-barang yang boleh dijual.Harga penerimaan di pusat2 pengumpulan adalah berbeza mengikut kawasan,tapi sekitar harga
 1kg-(jenis paper-rm0.25)
1 kg -(besi-rm0.60)
1kg-(pakaian-rm0.60)       
1kg-(aluminium-rm0.25)
(yang lain2 pegi survey sendiri na)          
Kaedah(Cadangan)
1.Pastikan anda mengenal pasti dan mengetahui di mana tempat pengumpulan dan penjualan barang-barang kitar semula di sekitar tempat berhampiran kita.
2.Mulakan  dengan mengumpul barang-barang terpakai secara kecil-kecilan.Bukannya nak suruh pergi cari barang-barang itu di tepi jalan,tapi mulakan di rumah kita dulu.Mudah,mesti ada punya barang-barang  yang digunakan dan akan dibuang.Contoh,kita membeli tin minuman di kedai dan sehabis minum,jangan buang di tepi jalan tapi bawa balik ke rumah untuk diletakkan di satu tempat.Contoh lagi,ada rumahnya yang hampir setiap hari akan ada akhbar harian yang akan dibeli,jadi janganlah buang begitu saja,sebaliknya,boleh dikumpul untuk jualan.Contoh,baju-baju lama juga boleh dijual ataupun dihadiahkan kepada golongan yang susah,tapi kalau agak-agak pakaian itu teruk sangat tak elok diberikan pada orang..
3.Mestilah menyediakan satu sudut khas untuk pengumpulan barang2 itu di rumah kita supaya tidak nampak macam semak di sudut itu,kita juga boleh mengasingkan barang2 itu mengikut kategori seperti Aluminium,Plastik,Paper,Botol kaca,Besi dan lain2..
4.Letakkan target sendiri untuk menghimpun barang2 itu sebelum kita menjualnya di pusat pengumpulan.Misalnya,sebulan atau 2 bulan.Dengan cara ini,kita mungkin akan membuang persepsi negatif kita tentang hasil wang yang diperolehi dari jualan ini.

Ingat,semua ini memerlukan sedikit kerajinan daripada kita.Ingat,duit yang kita perolehi itu boleh digunakan dalam pelbagai perkara seperti beri duit jualan itu untuk membayar bil elektrik dan air di rumah kita sendiri ataupun kita mahu membuat amal jariah yang lain.
Kesimpulan
Ini semua hanyalah cadangan dan pandangan peribadi saya.Yang penting,dalam diri setiap kita perlu ada sikap ingin recycle walaupun sekecil manapun usaha kita itu.Pastikan juga dalam melaksanakan usaha pengumpulan barang2 terpakai ini,tiada unsur2 mencuri hak orang lain..Bila recycle,pahala kita dapat sebab ada usaha kecil untuk menjaga alam sekitar kita dan mampu menjana kewangan secara tidak sengaja walaupun sedikit,tapi percayalah aktiviti ini ada hikmahnya yang tersendiri!Jom cuba dulu..baru tau..

p/s-saya pernah lihat ada orang yang pernah jual barang-barang terpakai(kotak) pernah memperolehi angka yang lumayan..kalau dilakukan dengan family lagi best..

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers