Ramadan-Kita Di Mana?


Alhamdulillah,hari ini sudah menjengah hari yang ke-10 ramadan melepasi fasa pertama…Bagaimana rasanya?Cepat betul masa berlalu… Penulis mengajak pembaca sama2 bertanya sehingga saat ini kita di mana?

Pertama,Ingat! Ramadan Bulan berIBADAT bukannya bulan ADAT…
Ok…Cuba kita persoalkan pada saat ini apa yang dah aku capai pada bulan Ramadan kali ini?

“ada orang berazam untuk menguruskan badan”


“ada juga yang mahu berhenti merokok seumur hidup”



 
“ada juga yang mahu khatam quran dalam bulan Ramadan”





“ada juga yang mahu mencari lailatul qadr”




Ada juga yang mahu banyak2 berdoa kerana yakin 3 golongan yang makbul doanya dan diangkat ke langit(1.doa orang yang berpuasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari 2.doa dari pemimpin yang adil 3.doa orang yang dizalimi)


 



“Ada juga yang berazam untuk tak mahu tinggal solat terawih”


“ada juga yang mahu banyak2 bersedekah walaupun sikit tapi konsisten”



“ada yang mahu ambil keberkatan dari bersahur”


“ada yang mahu istiqamah dalam solat fardu lima waktu secara berjemaah”



“ada yang mahu memperbanyakkan berzikir di bulan Ramadan”



“ada yang mahu berhenti bercouple dan tak akan sambung dah lepas ni”




“ada yang mahu berbuka puasa secara sederhana”

                                              


“ada yang mahu menjaga lidah dari mengumpat”

 






Sekarang ..Tanya iman kita,Di mana kita berada sekarang..

Nah! Inilah peluangnya untuk kita belajar sesuatu dari madrasah Ramadan agar kita dapat menjadi lulusan yang cemerlang!

Apa patut kita lakukan dan berubahlah SEKARANG?

SUPAYA kita dapat menjadikan RAMADAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA
Kalau kita tak dapat banyak sangat perkara mcm ni…buatlah ikut kemampuan kita 

EHHH…. MENGAPA BEGITU YEA KAK?

KITA BUKANNYA TAHU PUN YANG KITA BOLEH BERJUMPA DENGAN RAMADAN TAHUN HADAPAN

SAMA2LAH KITA BUAT CHECK AND BALANCE YEA!!



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

 (Al-Baqarah-ayat183)

(^0^)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers