Debu-Debu Ilahi (CERPEN)


Mak!Bangun ada orang kat luar!Azman cuba menyedarkan ibunya dari tidur.
Dengan mata terkebil-kebil,Mak Tipah bangun dari katilnya dan melihat pintu rumah mereka dibuka seseorang.Nadia!Satu-satunya anak perempuan kepada pasangan Pak Mail dan Mak Tipah.
“Tengok jam dah pukul berapa?Baru nak balik!”Mak Tipah bersuara.
“Kakak ada hal tadi dengan member,jawapan yang berulang kali sama diberikan Nadia setiap kali pulang lewat ke rumah.”Nadia menuju terus ke biliknya tanpa menoleh kepada ibunya.Ditutup pintu bilik serapatnya.
Buka pintu ni Nadia,hang masih berkawan dengan budak-budak tu lagi?Apa lah nak jadi dengan hang ni!Sudahlah haritu adik hang nampak hang nak bawa masuk lelaki masuk rumah,ni hang buat hal lagi!Buka pintu ni Nadia!Buka pintu ni!Ibunya terus mengetuk pintu biliknya.
Nadia terus diam seribu bahasa.
Dah la tu mak,dah pukul 4.00 pagi dah ni!tak elok bising-bising tengah-tengah pagi ni,nanti apa kata jiran sebelah pula,Azman yang dari tadi memerhati gerak laku ibunya cuba mententeramkan keadaan.
Mak Tipah akur,terus masuk ke biliknya dengan wajah sugul.Apa lagi yang perlu aku lakukan?Itulah persoalan yang sering kali bermain di mindanya!Sedih melihat keadaan begini.Dia tak mampu menjaga anak gadisnya yang sudah mencecah usia 20-an itu 24 jam.Anaknya cuma 2 orang saja,Nadia dan Azman.Nadia sudah mula bekerja sejak sebulan lalu di Makkar Sejati Sdn Bhd sebagai seorang kerani manakala Azman masih lagi menyambung pelajarannya di Tingkatan 5.
**********************************************************************************
 “Abang,semalam Nadia balik lewat lagi!”Mak Tipah mula menceritakan apa yang berlaku semalam kepada suaminya,Pak Mail yang semalam bekerja shift malam sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah di kampung mereka.
“Aku ni dah berbuih mulut dah nasihatkan dia,begitu juga kelakuan dia….tak pernah berubah,masih lagi berkawan dengan budak-budak Fizi itu.Bukan orang kampung tak tahu yang geng si Fizi itu buat aktiviti apa tiap-tiap malam!”nada Pak Mail seperti orang yang sudah putus asa,manakan tidak pada usia begini baginya tak wajar bagi dia memukul si Nadia apatah lagi memukul si Fizi itu semata-mata mempengaruhi anak perempuannya itu.
Abang kena ikut setiap aktiviti anak kita bang!Saya risau sangat dengan Nadia,saya tak mahu dia jadi seperti gadis-gadis yang …..Ish,awak ni,ke situ pula,nauzubillah,minta dijauhkan dari perkara-perkara sebegitu..Dah la,nanti saya cakap dengan dia lagi.
Begitulah,setiap kali Nadia buat hal,ibu bapanya akan berbalah yang kesudahannya sama.Nasihat,nasihat dan nasihat.Seolah-olah mencurah air ke daun keladi.
Pernah dahulu Mak Tipah mengambil ikhtiar dengan berjumpa bomoh di kampung mereka mengenai masalah anak mereka,nampaknya keadaan masih sama.Cubaan memberi minum air yang dijampi oleh bomoh juga seperti tidak memberi kesan pada Nadia.Seolah-olah ianya tidak ‘lut’ pada Nadia!
“Tak lama lagi kita akan mula berpuasa,Kak Tipah tak berniaga kuih di bazar ka?”soal Leha,jiran sebelah rumah.
Entahlah,saya rasa macam tak bersemangat nak berniaga kali ni,macam-macam masalah pula yang timbul!
“Nadanya seperti ada yang tak kena ja Kak Tipah,”Mak Leha cuba menangkap sesuatu yang terjadi.
Siapa lagi kalau bukan anak perempuan saya tu,liar sangat!jelas Mak Tipah dengan nada kecewa.
Budak-budak sekarang tak macam waktu kita muda-muda dulu.Cukup masa,pulang ke rumah,tapi
anak-anak sekarang,dah la berkawan dengan kawan-kawan yang tah tak berjenis, lepas tu
menjawab pula cakap kita,Satu kita cakap,10 patah dia menjawab!Jelas sekali bebelan Mak Leha tepat mengena batang hidung Mak Tipah.Itulah yang berlaku pada anaknya!
Baiklah Kak,saya pulang dululah,nak memasak pula,Jangan ambil hati pula ye kak,saya cuma cakap secara amnya saja,tak maksudkan siapa-siapa pun..
“Tak pelah,itulah hakikat anak muda zaman sekarang.Risau kita dibuatnya,bila malam saja,saya lagilah bertambah risau,”balas Mak Tipah sebelum menghabiskan bualan.
*************************************************************************************
“Malam ni kita jumpa di tempat biasa ok!”
Satu mesej masuk dalam telefon bimbit Fatimah.Pantas dibukanya.
Dijawabnya dengan ‘ok,sambil diletakkan ikon senyuman sekali’
************************************************************************************
Geng,malam ni kita enjoy ok,gua ada hadiah istimewa untuk lu semua,jangan lupa kat tempat biasa ok,kata-kata Fizi pada rakan-rakannya.Fizi merupakan anak orang berada,setiap kemahuannya mudah dituruti orang tuanya.
“Ayah,Nadia nak keluar dengan member kejap,nak tengok wayang!”
Ha,cuba la malam-malam minggu ni duduk kat rumah elok-elok,ada saja aktiviti kamu dengan member-member,ayah tak suka kamu berkawan dengan budak Fizi tu dan ayah nak kamu pulang awal sebelum pukul 12 malam!Nada tegas Pak Mail seolah-olah tidak diendah  Nadia.
“Huh,orang tua ni membebel tak tentu pasal apa kes!”bisik hati kecil Nadia sebelum berlalu meninggalkan ayahnya di ruang tamu rumah agam mereka.

Wah,cantiknya you malam ni!Tetapi kenapa pakai baju kurung malam-malam ni….tak rock la,kata Fizi bersahaja.
Alah,I terpaksa lah,barulah nanti my parents tak syak sangat.
Owh,kira berlakon la yea,jawab Sudin kawan baik Fizi sambil disusuli gelak ketawa rakan-rakan Fizi yang lain.Ok,ok …..malam ni macam biasa,kita pergi disko,kita karaoke puas-puas,lepas tu kita balik,amacam geng?cadangan Fizi seolah-olah semua perkara itu sudah berlegar-legar di otaknya  dari awal.
Let’s go!
*************************************************************************************

Pintu pagar rumah dibuka perlahan-lahan.Kali ini Azman  menghidu seperti jejak kakaknya yang pulang.Diintai dari celah tingkap rumahnya.Mak,akak dah balik!
Mak Tipah mengejutkan suaminya yang sedang tidur nyenyak.Ha,baru nak pulang!Jerkah Pak Mail.
Dari jauh kelihatan Nadia berjalan terhoyong-hayang.Nampak seperti jalannya tidak balance!Astaghfirullahalazim!Nadia,kamu minum ya?Titisan air mata Mak Tipah mengalir melihatkan kelakuan anaknya itu.
Diam lah!jawapan spontan yang keluar dari mulut Nadia dengan suara yang garau.Jelas,memang Nadia mabuk!Bau dari mulutnya menguatkan lagi andaian itu.
“Apa lah nak jadi dengan kamu ni Nadia!Minum air setan!Kamu tu perempuan!Tak sedar diri ka!Dah lah sembahyang tunggang langgang,nak jadi pula macam setan.Memang anak S#@* betul!”Pak Mail memang hilang sabar dengan perbuatan anaknya itu.
Arghhh,Nadia sekali lagi menjawab sambil cuba menutup pintu biliknya.Tetapi dihalang oleh MaK timah.
Kamu dah dikira menderhaka pada ibu ayah  tau!Tak pernah ada langsung keturunan kita yang sampai mabuk.Apa lah nak jadi ni!
Pang!....
Tamparan pada pipi Nadia masih belum mampu menyedarkan dia dari lamunan alam syaitan itu.
Dah la,tak ada faedah bercakap dengan setan ni,dia bukannya dengar pun cakap kita,sambung Pak Mail.Memang putus asa dan kecewa tindakan anak sulungnya itu!
Malam itu menceritakan segalanya tentang kelakuan Nadia.
Jelas apabila akal sudah hilang pertimbangan,perkara baik pun tak dapat nak bezakan!
Azman yang dari tadi hanya mampu melihat dari jauh apa  yang terjadi.
“Apa yang harus aku lakukan?”
Bagaimana aku mampu membantu akak?
Persoalan demi persoalan yang timbul?
Dia merenung seketika,kalaulah Kak Nadia meninggal sewaktu mabuk,apa kesudahannya di kubur?
Dia mati dalam keadaan yang hina!
Astaghfirullah hal azim,buntu dibuatnya bagaimana mahu menyedarkan Kak Nadia dari lamunan duniawi yang fana ini.
Alhamdulillah,mujurlah aku menyertai usrah di sekolah,sekurang-kurangnya aku sedar akan hakikat gejala sosial yang berlaku sekarang!
***********************************************************************************
“Beginilah,aku rasa kamu perlu lebih mendekati dan menyelami hati Kak Nadia,maksud aku ketahui apa masalah sebenar diri dia!Mungkin dia tak kenal identitinya yang sebenar.Cuma bagaimana caranya itu terpulang pada kamu sendiri!”pesan Nabil sahabat seusrah Azman.
Yelah,betul juga selagi kita tak mengetahui akan penciptaan diri kita sebenarnya juga satu masalah.Terima kasih sudi berkongsi sesuatu dengan aku!Balas Azman seolah-olah mendapat semangat baru!
Perkara pertama yang dilakukan Azman amat mengejutkan!
Sepucuk surat diterima Fizi,diletakkan dalam raga motosikalnya,tidak diketahui dari mana datangnya.Luarannya menarik!Kandungannya bukan isi cinta,bukannya isi kewangan,bukannya isi politik,tapi isinya berlapikkan keagamaan!
**********************************************************************************
“Nampaknya skop dakwah kau semakin meluas!Dulu kau target Kak Nadia tapi sekarang kawan-kawannya pula!Subhanallah!Aku akan tolong apa yang termampu,”balas Nabil sahabat baik Azman.
Eh,agaknya apa yang kau tulis dalam surat tu?tanya Nabil lagi.
******************************************************************************************
Isi Surat


Assalamualaikum,
Saya ingin membuat teguran sedikit,manusia kadang-kadang terleka,lupa siapa dirinya.Lupa siapa penciptaNya.Untuk apa dia dijadikan di muka bumi.Lantas manusia itu leka di dunia ini.Dibuai dengan keseronokan dunia tanpa memikirkan soal kematiannya,soal nasibnya selepas kematian,yakni alam barzakh dan alam akhirat.Tetapi amatlah beruntung bagi mereka yang selama ini agak leka dengan perintah Tuhan tetapi inginkan perubahan yang baik,Allah ada berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu" (QS. At Tahrim: 8)
Sekian,yang sentiasa perihatin masalah umat islam…(^-^)
***********************************************************************************
Arghh…siapa pula yang kirimkan surat ini kepada aku?surat yang dibaca tadi tidak sempat dihabiskan bacaannya….dilipat surat itu.Sepanjang hari itu,seperti ada yang tak kena.Macam ada sesuatu.Itu yang dirasakan Fizi.Malam harinya matanya pula sukar untuk dilelapkan.

Bagi Kak Nadia pula,Azman ada rancangannya tersendiri.Sengaja diletakkan bahan bacaan yang berunsur agama dalam bilik Kak Nadia.Bahan bacaan yang ringan-ringan saja.Ada majalah Solusi,majalah yang penuh dengan perkongsian jiwa dan ada juga buku-buku motivasi.Baginya,apalah kiranya dibandingkan wang ringgit untuk membeli bahan berunsur kerohanian jika dibandingkan dengan usaha dakwah!itulah yang diterapkan dalam jiwa Azman dalam usrah mingguannya di sekolahnya.
Naqibnya selalu menegaskan kebanyakan remaja sekarang lebih gemar menghabiskan wang ringgit untuk membeli majalah-majalah yang tiada langsung mampu mengisi jiwa.
“eh,korang perasan tak dengan perangai si Fizi tu sejak kebelakangan ni..”cetusan  Meor,rakan baik Fizi.
“Yelah,aku pun pelik,bila kita call,tak diangkat,bila pergi rumah,adiknya kata Fizi tak ada!,”rungut seorang lagi rakan,Syamil.
Rakan-rakan Fizi hairan dengan kelakuan Fizi.Tak seperti dulu.Tidak lepak sekali dengan rakan-rakannya.Malah langsung tak jumpa dengan rakan-rakannya!
Pagi jumaat itu,memang satu kejutan..
Fizi meluahkan hasratnya untuk mendalami ilmu agama.Bapanya agak terkejut,tapi akhirnya terpaksa menuruti permintaan anak kesayangannya itu.
“sebenarnya apa yang berlaku pada si Fizi itu?”Tanya Meor kepada ayah Fizi.
“Owh,Fizi tak beritahu kamu semua yea,macam ni…
Fizi ada beritahu uncle yang dia ingin melanjutkan pengajiannya di universiti…tapi bukan di Malaysia…Indonesia!jurusan agama..”penjelasan ayah Fizi kepada rakan-rakannya pagi itu memang memeranjatkan mereka.
“apa yang membuatkan si Fizi tu nak sambung mengaji dalam bidang agama?” soal Meor lagi yang seolah-olah tak berpuas hati dengan tindakan Fizi..
“Fizi ada mengadu pada uncle yang dia selalu rasa tak selesa.Tidur tak lena,hatinya rasa seperti tak tenang!ada juga dia ceritakan mimpi-mimpi pelik yang dialaminya seperti ada suara yang memanggil-manggil namanya!”sambung ayah Fizi.
Entah-entah dia kena buatan orang kot pakcik..ngomelan Meor .
“Pada awalnya uncle pun ada anggap begitu,tapi selepas kami sekeluarga ada berjumpa dengan seorang bomoh yang mengatakan dia ok”..jawab ayah Fizi.
Aah,satu lagi Fizi juga ada meminta pandangan Imam Masjid kita,Asyraf tentang hasratnya,memang disokong kuat oleh Imam Asyraf..sambung Ayah Fizi lagi.
“tak pelah pakcik,kirim salam sajalah pada Fizi dari kita orang..kami ada hal lagi ni..Ok…kami cau dulu”
Meor dan rakan-rakannya meninggalkan halaman rumah Fizi.
Kelihatan sugul di wajah mereka terutamanya Meor!.
Ternyata hidayah Allah telah membuatkan Fizi ingin bertaubat.Kembali di jalan-Nya.
Nadia memang terkejut mendengar berita pemergian Fizi ke Indonesia!Tak tahu lagi apa yang nak diungkapkan..Fikirnya,mesti bosan selepas ketiadaan Fizi.Hari demi hari,Nadia memang agak jarang keluar bersama-sama rakan lepaknya seperti dulu.Memang tak best ketiadaan Fizi!Memang bosan pada awalnya…tetapi peluang itu pantas dihidu ibunya,Mak Tipah yang selalu mengajak Nadia mengikutnya ke masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah yang banyaknya.

Pada awalnya memang Nadia agak liat untuk menemani ibunya,tetapi disebabkan kebosanan yang melampau membuatkan dia mengikuti saja permintaan ibunya.
Bagi Azman,inilah hidayah Allah.Semua yang berlaku ada hikmahnya.Teringat pada ayat quran yang selalu dibacakan oleh naqibnya dalam usrah…
“sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti2 yg terang, maka barangsiapa yg melihat bukti2 itu (hidayah), maka bermanfa'atlah bagi dirinya.."(Al-An’am:104)


*hang=kau
*cau=pergi

 (Sebenarnya cerpen ini adalah kesinambungan dari cerpen saya yang dahulu iaitu:DEPAN MATAKU!)


p/s:segala teguran dan komen sangat2 dialu2kan…
kalau respon positif..mungkin akan sambung this story.

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

5 comments:

  1. salam,
    bole saya tahu knape gne name meor 2??awk ade mslh dgn org name meor ke??x bole ke ltak name yg x spesifik cm abu ke,ali ke??

    ReplyDelete
  2. salam,jangan salah faham,secara jujur pemilihan nama tiada langsung kaitan dengan sapa2..ianya secara rawak saja..harap maklum..

    ReplyDelete
  3. meor bkan sorg,dh mcm keturunan dh...so pikir la ape diorg rasa kalo bace...

    ReplyDelete
  4. brape generasi dh meor nie,ade yg umo same ngan atok ko pun ade...yg dh meninggal...so blajar hormati nama yg keturunan2 nie...ske2 ko je pilih secara rawak la konon,huh

    ReplyDelete
  5. salam..mungkin dari awal lagi saya patut TULIS:SEGALA NAMA DAN WATAK TIADA KAITAN DENGAN SESIAPAPUN SAMA ADA HIDUP ATAUPUN MATI...sekali lagi saya mohon maaf..kadang2 dalam filem atau drama atau2 apa2 karya sekalipun...terlalu banyak nama2 dan watak jahat diketengahkan dan kita tak boleh nak salahka director,penulis skrip dan sebgainya...YANg penting di sini ialah persepsi kita...jangan kita suka menyalahkan orang tanpa memeriksa asal usul kebenarannya dulu..akhir kata,,,ambil yang baik saja dalam cerpen ini..

    harap maaf diterima...(^_^)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers