Hari ini


Hari ini,
Aku masih terleka,
Dengan isi dunia yang banyak citranya,
Aku masih terlena,
Dengan buaian kesenangan yang  sedikit,
Aku masih terpesona,
Dengan kecantikan yang tak berkekalan,
Aku masih terhibur,
Dengan muzik-muzik yang mengasyikkan,
Aku masih terperap,
Dengan kesukaran menghidupkan sunnah,
Aku masih termamai,
Dengan mimpi-mimpi indah.

Hari ini,
Aku masih terkenang memori-memori lampau,
Aku masih terasa angin musibah,
Aku masih teruja dengan kenikmatan yang melampau banyaknya,
Walau apapun yang berlaku,
Aku ingin sentiasa  termasuk dalam golongan,
Orang-orang yang sentiasa bersyukur pada-MU,


Sebelum aku melelapkan mata.








13.10.2010
2.34pm

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers