Dari Student ke Peniaga Bakso!

Salam,Alhamdulillah,rasanya sudah lama juga tidak menulis di sini.Yang pastinya banyak cerita dan pengalaman yang hendak dikongsikan..Mungkin ramai yang tertanya-tanya dengan tajuk di atas.Nak faham,kena baca sampai habis lah!Sebenarnya kali ini saya  ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai pengalaman berniaga!Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan untuk saya merasai serba sedikit mengenai pengalaman berniaga sewaktu Pesta Pulau Pinang 2010(1.12.2010-2.1.2011) baru-baru ini.Ini kali kedua dapat berniaga di sini…Rujuk post  POST LAMA, situ pun ada pengalaman tahun lepas..Ringkasnya ayah saya mengambil tender untuk membuka gerai makanan dalam pesta tersebut dan berjaya .Maka inilah peluang saya untuk melibatkan diri membantu apa yang terdaya.

Kebanyakan masa cuti semester yang lepas dihabiskan untuk membantu family di gerai.Antara jualan kami ialah laksa penang,nasi ayam,BAKSO(nak pancing orang Indon datang),pecal lele,tom yam dan nasi goreng.Bermula dari pukul 4-5 petang selalunya saya akan pergi ke sana dan akan pulang lewat jam 1 pagi begitu.(Hari-hari ke gerai itulah rutinnya,memang sangat meletihkan)
Tugasan!
Di sana,kadang2 saya akan menjadi cashier,kadang-kadang menjadi pelayan tetamu dan membantu di dapur.Senang kata,dapat merasai semua posisi tugas-tugas di situ kecuali ‘memasak’(^_^).Pengalaman menjadi cashier memang seronok.Mana tak bestnya,kira,ambil dan simpan duit.Memang best memegang wang kertas yang banyak di tangan,tetapi awas kejujuran amat ditagih di posisi itu!Tidak kisah la walaupun itu perniagaan family kita sendiri,tetapi sebenarnya kita perlu melihat ianya sabagai medan untuk kita melatih diri kita agar bersikap jujur dengan tidak ‘mengambil’ atau ayat popularnya ‘songlap duit’!Kadang-kadang di posisi ini rasa macam bos pun ada juga.
Ada kalanya saya akan menjadi pelayan tetamu!.Ha,ini memang best.Di posisi ini mungkin saya boleh katakan skill negotiate yang tinggi amat diperlukan.Kita kena pandai ‘mengambil hati ‘pelanggan.Untuk menjadi ‘negotiator yang success’,pandai-pandailah dengan menggunakan gaya bahasa yang lembut dan muka yang manis(senyum la),,kita berinteraksi dengan bijak agar pelanggan rasa senang hati.

Kena pandai juga pujuk pelanggan kalau makanan yang ingin dipesan sudah habis@sebagainya dan pandai juga offer makanan yang lain.Kiranya usahalah sedaya yang boleh untuk memastikan pelanggan yang dating ke gerai ada la juga order bukannya duduk sahaja.Bukan senang nak mengambil order dari orang..ada lah pengalaman kena maki dan dimarahi orang kerana tersalah ambil order(kadang2 rasa down pun ada) atau pun sebenarnya pelanggan itu sendiri yang bermasalah.Iye la,asalnya order makanan lain,bila siap makanan,tak mahu makan pula@ada yang marah-marah sebab makanan itu tak macam yang dia inginkan.

Alahai,memang macam-macam karenah manusia.Sebagai seorang pelanggan,memang benar kita ada hak sekiranya kita rasa benar.tetapi bercakaplah dengan nada@intonasi yang sopan!
Ini pula kisah tentang kekalutan di gerai.Bayangkan,ada ketikanya saya memang tergelak dengan suasana ketika itu..tugas saya ambil order da nada waktunya tidak berhenti-henti pelanggan yang hadir memesan makanan contoh nasi ayam dengan kuantiti yang banyak..mana tak pening orang-orang di dapur menyiapkan…habis 9 pinggan,ada lagi 7 pinggan,datang pula 5 pinggan nasi ayam,ada lagi 8 pinggan lagi..itu yang membuatkan kami-kami yang bekerja nak tergelak-gelak dek kerana banyak sangat hingga tak menang tangan menyiapkan.

Keadaan akan menjadi lebih menarik apabila hujan turun di mana banyak orang yang akan masuk ke gerai makanan yang berbumbung dan sekali lagi pesanan demi pesanan yang bak peluru datang hinggap ke kawasan dapur!Kesimpulannya,memang seronok kalau perniagaan kita ‘laku’.

Ini pula sikap peniaga kita sendiri.Gerai jualan kami sederet dengan jualan makanan dan minuman yang lain,we are not alone there!Sebelah kanan kami gerai Satay,ada lah rezeki sikit selalu juga dapat makan satay free yang berbaki(^_^).Berbalik kepada sikap peniaga muslim,sepanjang pemerhatian saya di pesta itu,ada antara peniaga yang tidak mementingkan soal solat yang 5 waktu!

Aduhai,rezeki memang kena cari,tapi solat lagi utama,baru lah perniagaan kita akan diberkati…InsyaAllah..Inilah hakikatnya masyarakat kita,tak perlu pergi jauh,lihat sendiri di tempat makan anda,cuba anda perhatikan,berapa ramai peniaga muslim yang bila sampai waktu solat,tetapi diendahkannya!Di mana kesedaran mereka!Lebih-lebih lagi yang amat menyedihkan masih ada lagi peniaga yang menjalankan perniagaan sewaktu khutbah jumaat berlangsung.Ini hakikatnya!

Fuh,Seksinya!
Alangkah cantiknya jika peniaga-peniaga juga mengambil kira faktor aurat sewaktu perniagaan.Tak dinafikan ada antara apa2 saja gerai jualan yang sengaja meletakkan wanita yang berpakaian seksi untuk menarik perhatian.Nauzibillah betapa jahilnya kita sehingga kita meletakkan kita berada semula dalam zaman masyarakat jahiliyyiah dulu.

Ini belum cerita pelanggan-pelanggan yang hadir ke Pesta Pulau Pinang lagi,macam-macam fesyen dok ada!
Nak diikutkan memang banyak yang nak diceritakan,rasanya cukup kot sekadar beberapa pengalaman manis dan pahit yang dikongsi.Berniaga ni memang seronok tetapi penat!Peniaga-peniaga perlulah mengamalkan sebagaimana yang nabi kita ajarkan dan juga para sahabat amalkan dalam dunia perniagaan..…Antaranya sikap JUJUR,AMANAH,PEMURAH,SABAR ….
Ku buatkan pusi khas ini untuk mereka:
Dari kejauhan aku memerhati,
Merasai pengorbanan seorang ayah,
Yang sanggup untuk mencari rezeki yang halal,
Demi anak-anaknya,
Keletihan itu juga ditanggung oleh seorang insan yang bergelar ibu,
Tidak mahu membiarkan ayah bekerja keseorangan,
Anak-anakmu juga tidak ketinggalan membantu,
Merasai nikmat kurniaan Tuhan yang amat luas,
Baru kami lebih mengerti betapa susahnya menjadi seorang ibu dan ayah,
Demi memikul amanah Tuhan Yang Esa.


As-Syura (As-Shura) [12] Dialah jua yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; Dia memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia juga yang menyempitkannya (menurut peraturan itu); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

p/s:maaf tak dapat nak meletakkan gambar gerai dan suasana di dalam Pesta Pulau Pinang 2010 dan maaf la kalau tajuk di atas Nampak gempak! Tapi ceritanya bosan..(:
saya percaya ada antara ketika yang sebelum ini dan sekarang pun pernah merasai pengalaman kerja yang pelbagai dan banyak ceritanya..Cuma di sini saya sekadar berkongsi pengalaman yang sekelumit ini dan pendapat saya yang lemah ini…..juga muhasabah untuk kita..

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

3 comments:

  1. sedapnyerr bakso.. dh lm tak mkn bakso.. huhu
    peningkn lyn customer? mcm2 karenah.. huhu.. sabar je la.. bab mkn rsnya customer ok lg, klu sy jual bj kat butik, siap kene maki & jerit2 lg, sedey sgt..

    ReplyDelete
  2. salam ustaz..
    ermm, sedapnyer bakso ustaz buAT. Mgkin ustaz boleh buat bakso untuk saya nanti. saya akan bawa 1 family ke gerai bakso ustaz. xpon, saya ke rumah ustaz troz. myb cuti rayaer cina ni saya pergi ke rumah ustz yer. t kte jmpe kt sne.
    salam....

    ReplyDelete
  3. jue:memang bakso sedap!btul2,kena ada ksabran yang tinggi nak melayan pelanggan...

    anonymous:iye ka syeikh...biar betul..x pe ,nnti sya tunggu(saya bleh agak siapa kamu(^_^)..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers