(CERPEN) SELENDANG UNTUKMU II


Berita Gembira!

Assalamualaikum,mom, I will come back next week!kedengaran nada ceria Diana dari perbualan telefon dengan emaknya
Alhamdulillah,nanti kami akan tunggu di air port.jawab ringkas maknya.
 
“Saiful,kakak kamu akan pulang minggu hadapan!”...
“Iye ka mak,wah seronoknya,mesti ada hadiah dari Queensland untuk kita nanti!”balas Saiful sambil tersenyum mendengar berita gembira itu.
Semua merasa gembira.Sudah hampir 5 bulan Diana tidak pulang ke tanah air selepas melanjutkan pengajian di Australia.Kini,cuti musim sejuk ini akan dimanfaatkan Diana di tanah airnya sendiri.


Diana,kau nak ikut tak aku pergi dinner malam ni? Tanya Farah,rakan sebilik Diana.
Tak dapat nak ikut sekali la,aku ada usrah dengan Kak Umi malam ni di Dataran Oval,balas Diana.
Owh,yea ka,It’s ok!if you want anything to eat,just tell me ok.
“Orait,Thank you Farah!”...balas Diana dengan senyuman manis.
Perlahan-lahan Diana membelek nota catatan usrahnya dari laci mejanya.Direnung sehelai demi sehelai..


“Hari ini aku diajak oleh Farhana ke ‘usrah’ sebaik aku menyambung pelajaran di Queensland.Ketika itu,aku seorang saja yang tidak bertudung dalam group usrah itu.Kami seramai 4 orang termasuk seorang senior yang menggelarkan dirinya Naqibah,Kak Umi!Aku berasa…..”








“Assalamualaikum Princess  Diana ke 2,cepatla princess,dah lewat dah ni!nanti kena bagi tazkirah sebab datang lewat pulak!”gurau Farhana,rakan seusrah Diana.

Eh, Farhana, bila kau datang!tak sedar pun aku!balas Diana.

“Itu la kau,termenung panjang,tadi aku datang ke rumah kau nak menjemput kau dan Farah kata kau ada dalam bilik,jadi aku terus la ke bilik Princess!Apa yang dibaca tu?Diari cinta yea!”sindir Farhana yang suka menggelar Diana sebagai Princess.

Eh..mana ada…saja aku mengimbau kenangan dulu-dulu dah…balas Diana tersenyum simpul malu.

_________________________________________________________________________________

Usrah Itu!

Alhamdulillah,sahabat-sahabat sekalian,sehingga hari ini,kita sudah berjaya mengadakan usrah sebanyak 6 kali sepanjang 4 bulan sahabat berada di sini.Minggu hadapan pula,ada antara kita yang akan pulang bercuti panjang di kampung masing-masing.Kak Umi sangat bangga dengan sahabat semua.Semuanya sangat komited dengan usrah ini.Malam ini kita akan buat sharing moment sikit.Akak nak setiap orang meluahkan apa-apa saja kenangan pahit ataupun manis kamu sepanjang berusrah.
But remember,just take short time and compact,if not tomorrow we will finish!We start from my right first because it is sunnah,kata Kak Umi,pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia di University of Queensland sewaktu memulakan bicara usrah malam itu.


Pengembaraan bermula!  

Semua yang hadir memberi tumpuan penuh.Mesti menarik perkongsian dari semua orang.Farhana pun meluahkan isi hatinya…..Alhamdulillah,ana bersyukur kerana masih dapat mengikuti usrah sebaik saja belajar di bumi asing ini.Walaupun sebelum ini, ana sudahpun mengenali dunia usrah sewaktu di INTEC Shah Alam,ketika persediaan ke luar negara  tetapi usrah di sini sangat berbeza.Sangat berlainan dari persekitarannya dan kenyataannya.

Sewaktu usrah di INTEC,ana dipersiapkan dengan fokus membina kekuatan diri yakni dalaman.Ana ditekankan dengan pembentukan menjadi peribadi muslim yang unggul.Berbicara bagaimana mahu menjadi muslimat yang power dan yang penting anak solehah.Tapi semua itu hanyalah ilmu dan teori.

Memang benar ada praktikalnya sedikit sewaktu di tanah air tetapi apabila sampai di sini barulah saya mengerti dan menghayati lebih mendalam betapa pentingnya usrah.Manakan tidak,lihatlah kejutan budaya di sini!Dengan aktiviti sosialnya yang meluas yakni kebebasan saya takut kalau saya terjerumus dalam lembah kemaksiatan.Di sinilah,betapa pentingnya kita sentiasa berada dekat dalam kelompok orang-orang soleh agar kita akan diperingatkan dalam membuat makruf dan mencegah kemungkaran…luahan Syarifah menghangatkan topik usrah mereka.
“Hurm,satu permulaan yang menarik dari sahabat kita,Farhana,”ulas Kak Umi.

Suasana malam berdekatan dengan  sungai Brisbane memang menarik.Semua yang ada dapat menyaksikan  kota Brisbane yang dihiasi dengan cahaya merah muda seperti saat  fajar tiba dan mengalami suasana kota Brisbane  pada  malam hari yang indah.Sungai di bandar-bandar besar Australia bukannya seperti sungai di Malaysia yang selalunya menjadi tempat pembuangan sampah!Di sini,mereka amat mencintai sungai sehingga  tahap mengindahkannya.Sungai di sini menjadi  tumpuan orang untuk mencari kedamaian dan   aktiviti pelancongan.Kerusi dan meja rehat diletakkan di sisi di samping kedai-kedai makan menghidupkan lagi pemandangan di kawasan sekitarnya.Lampu-lampu jalan yang berwarna-warni di pasang di sepanjang sungai di samping kebersihan sungai yang amat mengagumkan.Refleksi lampu pada air sungai memang indah.Dari jauh sangat menyeronokkan buat photographer khususnya.Sesekali-kala angin yang datang dari arah utara Queensland menyapa semua orang yang berada di situ.

“Nampaknya sahabat kita,Ruqaiyah dah tak sabar nak berkongsi sesuatu dengan kita.Dipersilakan ‘Cik’ Ruqaiyah”…sekali-kala Kak Umi cuba menghidupkan suasana usrah dengan kata-kata yang mencuit hati.


Pertamanya,seperti mana yang sedia maklum,ana juga merupakan rakan seusrah Farhana sewaktu di INTEC.Kalau dulu mungkin ana didoktrinkan bahawa apabila belajar di negara asing,kita kena kuatkan iman lah sebab macam-macam ada.Maksud ana aktiviti seksnya yang berkembang luas,aktiviti kelab malamnya yang hebat dan seumpamanya.
 Waktu itu,ana hanya mengambil ringan berita-berita sebegitu dan kurang mempercayainya sebab bagi ana maksiat ada di mana-mana sahaja.Tetapi,realitinya kini di hadapan mata ana.
Ana sangat terkejut apabila ada antara rakan ana sendiri yang baginya meminum arak seperti minum air suam.Seperti ada yang tak kena jikalau sehari tidak meneguk minuman syaitan itu.

Yang melakukan itu adalah orang islam sendiri.Maklumlah,di sini tiada kawalan ibu bapa atau sedara,mereka sanggup mencemar agama mereka sendiri.Betapa teruknya akhlak mereka.Nauzubillah,kalaulah ana datang sini dengan akhlak yang teruk,ada kemungkinan ana juga akan satu hari terpengaruh dengan rakan-rakan begitu.
Ana berharap semua ini bukannya menjadikan ana lemah dengan membiarkan rakan-rakan lain yang terlibat dengan aktiviti zina dan araknya begitu sahaja mencemarkan agama tetapi perkara ini dijadikan cabaran oleh ana sendiri agar melakukan apa yang termampu dalam usaha membantu rakan sebegitu itu ke jalan yang benar.
Siapa lagi kalau bukan kita yang insyaAllah masih dalam akal yang waras menjaga agama Allah ini membantu menyedarkan mereka.

Penutup kata dari Ruqaiyah tadi benar-benar membuatkan Kak Umi menangis hati mengenangkan nasib saudara seagamanya.

“Astaghfirullahalazim,mungkin cerita dari Ruqaiyah tadi hanyalah secebis kemungkaran yang antara kita pernah melihatnya tetapi bagaimana pula di belakang kita.Nauzubillah…”ulas Kak Umi sambil mengesat air mata.

Kebanyakan orang yang datang ke situ  untuk makan dan ada juga yang mengambil angin malam kota Brisbane.Tidak kurang juga couple-couple yang asyik berpacaran.Memang sengaja Kak Umi memilih tempat-tempat sebegini kerana baginya tempat usrah tak semestinya di surau ataupun bilik sahaja tetapi luas pemilihannya yakni bergantung pada kekreatifan seseorang naqib itu sendiri sebenarnya dan tidak mahu anak usrah merasa bosan apabila tempat yang sama selalu digunakan.

Kini tiba giliran Diana pula untuk mengungkap sesuatu...

Perkongsian ana ini berbeza dengan Farhana dan Ruqaiyah.Kalian berdua beruntung kerana sudah berjinak dengan dunia usrah lebih awal tetapi tidak bagi ana.Di bumi asing inilah ana mula kenal apa itu usrah?
Alhamdulillah,ana kini sedang melalui semua itu.Serba sedikit hidayah yang Allah berikan dapat membantu ana lebih memahami apa tujuan hidup saya di muka bumi ini sebenarnya sebagaimana firman Allah SWT:

56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
( Adz Dzariyaat:56)

Dahulunya,ana pernah digelar seorang yang jahiliyah oleh adik ana sendiri dek kerana kebutaan hati ana memahami agama  islam yang sebenar di mana ana tidak memakai tudung dengan sempurna.Ana ketepikan soal aurat dan batasan dengan lelaki ajnabi.Apabila ditegur oleh adik sendiri,ana merasa sangat marah kerana bagi ana dia mahu menunjuk pandai dalam bidang agama dan seolah-olah dia sahaja yang betul.Prinsip ana sewaktu itu mudah saja,kecantikan diutamakan,aurat diketepikan.Sekarang ana benar-benar rasa kesal dengan dosa yang ana lakukan dulu.

Memang benar ana gagal menjadi muslimah yang sejati.Seolah-olah tiada beza diri ini dengan non-muslim khusus tentang soal auratnya.Alhamdulillah,pada awalnya apabila belajar di sini,Farhana mengajak ana menyertai usrah,katanya usrah ini seperti keluarga ke-2 ana apabila berada di sini.Hati ana waktu itu memang keras.Walaupun berkali-kali ana cuba mengelak untuk menyertai usrah,tetapi ketabahan dan kesabaran Farhana yang tak pernah putus asa mencuba macam-macam untuk membuat hati ana tertarik datang ke usrah akhirnya berjaya juga.Memang benar sekuat mana besi itu satu hari ia akan lebur juga.Hinggalah satu hari,ana berazam untuk ikut juga ajakan Farhana ke usrahnya dan sebenarnya ana ada agenda ana sendiri!
Malam ini ana akan bongkar agenda itu! 

Farhana dan Ruqaiyah yang dari awalnya mendengar cerita Diana menjadi semakin excited.Kak Umi pun sama.Cepatlah,tak sabar pula nak tahu agenda itu,bisikan hati Kak Umi.

“Ana ikut ajakan Farhana ke usrah itu bukannya dengan hati yang ikhlas dan bukannya terpaksa!Tetapi kerana ingin nak berlawan hujah dengan ketua usrah waktu itu,Kak Umi.Pada awal usrah,memang sengaja ana mendiamkan diri dahulu untuk mencari point-point untuk berhujah dengan Kak Umi tetapi hati ini rasa semakin seronok pula mendengar pengenalan usrah waktu itu.Sehinggalah Kak Umi membacakan sebuah hadis daripada Abu Hurairah,Rasulullah bersabda  yang bermaskud:

“Dua golongan dari ahli neraka yang tidak pernah aku melihat kedua-duanya:iaitu seorang yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang dia memukul manusia, dan satu lagi perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang,berlenggok-lenggok.kepalanya bagaikan bonggol unta yang bergoyang.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan baunya,sedangkan baunya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian”
(Riwayat Muslim)

Mendengar hadis itu membuatkan ana rasa cemas,yang tidak pernah ana alami sebelum ini.Mujurlah Kak Umi menjelaskan salah faham kebanyakan wanita Islam mengenai konsep aurat dan konsep berpakaian dalam Islam.

Ternyata gaya pembawakan Kak Umi ketika itu yang lembut dan bersahaja memang menjentik hati ini.”.Diana menunjukkan tangannya ke dada.

Diringkaskan,sehingga ke akhir usrah,ana tak jadi nak berhujah untuk menolak kepentingan usrah,terkelu lidah ini,malah ana berazam untuk menyertai usrah ini lagi!

Alhamdulillah selepas itu,perlahan-lahan ana mula berhijrah.Sedikit-dikit awan hitam mula beransur.Bukannya ana mahu menyalahkan ibu bapa ana kerana kurang tekankan menjaga soal aurat,malah mereka selalu menasihati ana,tetapi memang benar kata pepatah Inggeris.. You Can Lead a Horse to Water but You Can't Make Him Drink.
Semua orang menangis,mereka tersentuh mendengar kisah itu.Ruqaiyah dan Farhanah memeluk erat Diana sebaik dia menghabiskan kisahnya.Melihat suasana yang semakin sayu itu,Kak Umi cuba untuk menenangkan mereka.

“Alhamdulillah,semua sudah selesai berkongsi pengalamannya.Semuanya cukup menarik!Malam ini juga ada pembongkaran rahsia-rahsia peribadi kita…cuit Kak Umi yang merujuk kepada agenda Diana dulu.Cuma ada beberapa perkara yang Kak nak buat kesimpulan usrah malam ini.Ingat,usrah bukanlah segalanya bagi kita!Tetapi ianya merupakan antara wasilah yang ada di depan mata kita untuk kita memperbaiki diri membentuk peribadi mukmin yang unggul.

Di samping itu,kita kena meningkatkan ilmu dengan banyakkan mendekatkan diri dengan golongan soleh dan ilmu.Lebih-lebih lagi apabila kita berada jauh dari mata ibu bapa kita!Harapnya dalam usrah yang seperti keluarga ini kita berkongsi ukhuwah dan ilmu.Berdoalah kepada Allah agar kita dikuatkan iman dan satu tips untuk kalian semua yakni kita disarankan membanyakkan membaca doa ini agar hati teguh:


(Mereka berdoa dengan berkata): 'Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.
(Ali Imran-8)

Jadikan cabaran untuk kita perbaiki semakin baik dari hari ke hari dan Kak tahu ada antara  kita di mana rakan sebiliknya kurang mengamalkan ajaran islam dengan lengkap seperti solat lima waktunya.Nah,rebutlah peluang terbaik ini.Jadikan orang yang terdekat anda dulu sebagai mad’u.”..Kak Umi menutup bicara malam itu.

Ternyata usrah malam itu memang menarik!Pengisiannya yang menjadikan ianya menarik.Kak Umi pandai mengambil hati anak-anak usrahnya.Malam itu,semua anak usrahnya dibelanja makanan halal di situ.

____________________________________________________________________

Penampilan Baru!

Kepulangan Diana ke tanah air disambut dengan meriah.Dari terminal lagi Diana disambut bagaikan Princess Diana.Di rumah pula,masakan istimewa disediakan oleh emaknya.Diana dapat rasakan kepulangannya di rumah kali ini sangat istimewa untuk adiknya.Penampilan tudung labuh!Labuh tudungnya melebihi dada dan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna!Sangat berbeza dengan dulunya di mana dia memakai tudung,tetapi singkat,pakai tudung,tapi nampak baju-T nya menampakkan aurat lengan,pakai tudung tetapi pakai baju dan seluar ketat-ketat.Nampak habis yang tersirat!



“Alhamdulillah,cantiknya tudung Kak Diana!Baju ni pun cantik!matching dengan tudung!” Puji Saiful kepada kakaknya ketika berjalan-jalan di laman rumah mereka. 

Australia mari,hehe.Kalau dulu Kak bertudung kerana ikut orang dan terpaksa,tetapi kali ini Kak nak pakai tudung kena ikut perintah Allah! .Kak bertudung dengan sempurna ni pun hasil berkat  doa Saiful juga yang tak putus-putus mendoakan untuk akak tau,balas Diana yang cuba mengambil hati adiknya.

“Baiklah Ustazah Nur Diana…hehe….Kak Diana,ceritalah pengalaman belajar di sana,bagilah Saiful semangat sikit”..pinta Saiful yang teruja dengan perubahan kakaknya itu.

Rilex,memang akak nak cerita sangat,tetapi sikit-sikit lah kan..ada banyak masa lagi…tetapi memang best sangat belajar di sana!
Kak dah ada keluarga baru kat sana!sambung Diana dengan nada ceria.

“Ha,apa,Kak Diana dah kahwin ke?”bingung Saiful.

Haha,apa la Saiful ni..ingatkan terrer sangat istilah-istilah ini,maksud akak ialah akak dah ada usrah di Australia..ni ha,cuba tengok album gambar ni… Diana menghulurkan kenangan gambar di Australia.

“Owhh..lega rasanya…still virgin…hehe..”spontan Saiful sambil membelek-belek album gambar itu.
Usrah Kak sangat unik.Not expected!Ada satu ketika akak berusrah dengan Kangaroo.Usrah itu pengisiannya melawat tempat tinggal kangaroo saja dan tugasannya kena cerita apa yang kita dapat hasil dari melawat kangaroo dengan kehidupan seharian.
Ha,lagi satu selalu sangat naqibah akak belanja makan percuma tau..dan paling geli hati ialah akak kat sana kak dah pandai menggunakan istilah ‘ana’ dan ‘anta’ dalam berusrah…hehe…pecah rekod tu.!

Ternyata cerita Kak Diana membuatkan Saiful seronok.Geli hati juga Saiful apabila kakaknya dah pandai menggunakan istilah-istilah arab ni!Memang pengalaman yang indah.

_______________________________________________________________________

Warna Kehidupan 

Petang itu Diana dan rakannya menghadiri reunion sekolah lamanya.Nadia  berpakat dengan rakan lamanya,Fizah dan Hanum menaiki kereta menuju ke reunion SMK Mentari di rumah cikgu mereka.
Fizah memandu kereta Perodua Viva milik ayahnya.Dalam perjalanan itu,Sambil Diana rancak berbual dengan rakannya….

Inhhhh…inghhhhhh..inghhhhhhh…Inghhhhhhhhhhh

PON…Pon……Pon……….

ALLah……Allah……………Allah…….

POmmmmmmmmmmm

,Astaghfirullah…kalimah-kalimaah itu keluar dari mulut mereka.

Tolong!Tolong!Tolong!....jerit Hanum...

Kereta yang dinaiki mereka terbabas  ke tepi jalan.Sewaktu memandu,Fizah terlanggar lubang besar di tepi jalan dan lost control steering menyebabkan kereta itu berjalan seolah-olah seperti zig zag dan merempuh bahu jalan sebelum terbalik kerana rempuhan itu sangat kuat menghempap dinding kawasan tanah.Ketiga-tiga mereka berada dalam posisi terbalik!Kepala di bawah dan kaki di atas!

Bayangkan,sudah la kereta itu terbalik dan malangnya mereka bertiga tak mampu membuka pintu kereta untuk keluar menyelamatkan diri kerana pintu sudah ditutup rapi oleh dinding tanah dan permukaan luas longkang. 

“Istighfar banyak-banyak Fizah.Istighfar Fizah…” Diana cuba mententeramkan keadaan.sambil cuba meraba-raba mencari telefon bimbitnya.Keadaan sangat cemas.Kaca-kaca bertaburan dalam dan luar kereta.Mereka tak mampu melepaskan diri dari tempat duduk kerana kaki mereka tersepit!

Mujurlah,ada orang awam yang nampak kejadian itu lalu meminta pertolongan yang lain.
Alhamdulillah,semua dapat dikeluarkan dan diselamatkan.Alhamdulillah,ketiga-tiga mereka cuma mengalami luka kecil di kaki dan mereka juga mengalami sedikit trauma dengan kejadian.Perkara itu berlalu dengan pantas.

“Mungkin inilah ujian yang Allah berikan kepada kami dan mungkin musibah ini juga sebagai balasan mengkafarahkan dosa aku sebelum ini yang mengendahkan ajaran agama islam yang sebenar…” bisik hati kecil Diana.


 







Cerpen ini sebenarnya adalah kesinambungan dari cerpen terawal  saya,Selendang Untukmu… segala yang tertulis tiada berkaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Jika ada ianya cuma kebetulan. Sila kongsikan kepada rakan2 lain jika dirasakan bermanfaat.
DIHARAPKAN ANDA SEMUA SUDI MEMBACA DAN MEMBERIKAN KOMEN
sila layari laman web saya ;
Muhammad Zufar Bin Marwah
5.2.2011
Gelugor



  

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers