Alahai…simple je kot!


Rasanya dah lama tak menulis di laman ini,namun alasan tak mempunyai masa lapang seringkali menjadi alasan.Kadang-kadang kita kurang mempunyai  kekuatan untuk menulis.Agaknya manakah kita hendak mendapat kekuatan itu?Tak lain tak bukan dengan meminta kepada Allah SWT.

Kali ini rasanya menarik untuk membincangkan  mengenai perkara yang remeh tetapi impaknya besar.Mungkin mendengar perkataan ‘remeh’ pun kita dah merasakan perkara itu sesuatu yang senang dilakukan atau mengambil mudah perkara itu.Kenapa saya berkata begitu?

Mari saya bawakan satu contoh yang mudah dalam kehidupan.Semua orang ada tangan dan ada jari.Namun berapa orang yang selalu menjaga untuk memotong kuku dalam tempoh masa yang dianjurkan dalam Islam?Ha,cuba lihat kuku anda?Dah terpotong?Belum?Anda mungkin termasuk dalam kalangan yang mengatakan: ‘Rilek dulu,kuku ni masih tak panjang lagi’ sehinggakan satu masa kuku-kuku anda dah dipenuhi dengan kotoran-kotoran ‘hitam’.

Agaknya apa impaknya jarang potong kuku ya?Takkan lah bakteria-bakteria dalam kotoran yang ada dalam kuku kita tak masuk dalam makanan-makanan kita?BIla kotoran-kotoran tadi dah bercampur gaul dalam nasi-nasi yang kita makan,maka sudah pasti ia akan memasuki sistem penghadaman dan pencernaan.

Nah,fikirlah kesannya pada badan kita!Saya bukan seorang doktor untuk bercakap soal ini tapi Nabi Muhammad dah ajarkan kita tentang soal kebersihan.Bila kita pandang enteng perkara ini,barangkali kita mungkin akan melupakan salah satu lagi sunnah nabi ketika makan iaitu menjilat jari.Takkan dengan keadaan kuku yang panjang ditambah dengan kotoran-kotoran tadi yang dah meresap dalam makanan kita sanggup menjilat jari!Pasti tak terlintas di fikiran.Maka hilang keberkatan dalam makanan tadi.

Nah kan kesannya dah banyak,asalnya perkara yang remeh dan senang dibuat yakni potong kuku tetapi kita sering ambil mudah.Sebabnya mudah,kita letakkan dalam minda kita benda ini senang dan mudah dibuat,akhirnya  tak terbuat juga.

Rasanya banyak lagi contoh-contoh mudah yang remeh dalam kehidupan kita dan kita pandang perkara itu dari perspektif yang mudah.


Ayuh, kita koyak pemikiran-pemikiran lama kita!Mari kita pandang perkara-perkara remeh yang membawa kebaikan seperti dalam aspek kebersihan ini dengan minda yang terbuka.Sebabnya takut-takut nanti jikalau kita masih pandang perkara-perkara remeh seperti  menziarahi orang dan sebagainya kita akan terbawa-bawa minda tadi dalam dakwah kita.Begitu juga dengan senyuman.Sejauh mana kita sering melemparkan senyuman tatkala mood baik atau pun buruk.

Mari kita renung sebuah hadis tentang sedekah yang sangat mudah dan remeh untuk kita lakukan dan mendapat ganjaran pahala tanpa mengeluarkan harta.

(Hadis Abu Hurayrah r.a. riwayat Al-Bukhari dan Muslim) “Setiap tulang daripada manusia, ke atasnya sedekah pada setiap hari tenggelamnya matahari. Merapatkan hubungan antara dua orang yang bergaduh adalah sedekah, mengangkat orang naik kenderaannya atau mengangkat barang orang tersebut ke atas kenderaannya adalah sedekah, melafazkan kata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju ke masjid adalah sedekah, membuang sebarang benda yang menyakitkan di tengah-tengah jalan adalah sedekah”

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua..

Mari kita sama-sama beringat!

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

3 comments:

  1. aku potong kuku ari jumat.. hehe..

    ReplyDelete
  2. salam =),.
    sntiasa amalkn sunnah nabi,insyallah pahala brganda,.hehe,.

    salam Jumaat,.slmt brblogging,.jmpot snggah bce en3,.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers