Rentak Itu..


Waktu berlalu sangat pantas ,
Umur  manusia kian memendek,
Hari ini masih ada,
Esok belum tentu kita akan ada.

Palutan kenangan itu masih terpahat,
Saban kali diri ini mengimbau detik itu,
Paluan rentak itu kian hilang dalam diri ini,
Bunyi paluan itu kian ditelan bersama angina.

Diri ini tercari-cari ke manakah paluan itu,
Di manakah rentak yang dulunya bersama,
Rentak itu penuh dengan kemanisan di kelilingnya,
Persoalan-persoalan  menghantui fikiran syahdu ini.

Diri ini amat lemah,
Seringkali alpa memohon kekuatan dariNYa,
Tenggelamnya rentak itu harus dicari,
Ayuh kuatkan azam dan semangat.

Bukannya menunggu ia datang,
Tanpa usaha ke arahnya,
Jangan toleh lagi ke belakang,
Kerana masih ad ruang yang boleh dilalui.




p/s:lagu INI sangat bermakna..sungguh syahdu...

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

1 comments:

Powered by Blogger.

Followers