Terimalah Hadiah Dariku....

Hari ini saya mahu berbicara mengenai hadiah.Agaknya..selalunya orang akan bagi kita hadiah sewaktu hari lahir,ulangtahun perkahwinan,hasil kejayaan yang kita peroleh dan seumpama dengannya.Dalam penulisan ini,saya lebih gemar untuk memberi fokus mengenai hadiah ketika hari lahir.

Semua orang pernah menyambut hari lahir.Itu tak dapat nak dinafikan! Namun mari kita renungkan kembali  sepanjang umur hidup kita agaknya apakah bentuk hadiah yang kita pernah perolehi dan yang kita  pernah berikan kepada orang.

Zaman Kanak-kanak

Tidak keterlaluan saya katakan masyarakat kita gemar menghadiahi permainan kepada kanak-kanak sewaktu menyambut hari lahir.

Mungkin pembaca sewaktu zaman kecil-kecil dulu pun pernah dapat permainan ataupun bila kita dewasa pun kita pula yang mewarisi budaya memberi permainan..

Saya tidak mahu katakan salah budaya kita itu..dari sudut memberi hadiah kita dah bagus…Cuma lagi bijak jika kita menghalusi bentuk hadiah yang hendak diberikan.Maka saya bercadang  kita menukar jenis hadiah agar ianya dapat memberi manfaat pada penerimanya.

                                              Inilah maksud jenis 'permainan' yang kurang baik 

Misalnya,kita memberikan hadiah yang lebih akademik ataupun hadiah yang lebih membuka minda seperti buku pra-sekolah,buku mewarna,peralatan-peralatan menulis atau mewarna,dvd animasi pendidikan seperti kisah-kisah nabi dan seumpama waktu dengannya.

Ehh…mesti pelik kan jika kita menghadiahkan sebuah buku kisah nabi-nabi dalam bentuk animasi kepada  kanak-kanak.Bolehkah budak berusia 3 tahun membacanya? Nah ..di sini kita dah melihat dari sudut perspektif yang kurang baik..mengapa kita tak melihat bentuk hadiah yang nak diberikan itu dari sudut yang berbeza selain dari kanak-kanak itu.Sekiranya budak itu belum boleh membaca,sekurang-kurangnya ibu bapa kanak-kanak itu misalnya boleh membacakan kepadanya.Ingat,fikirkan juga hadiah yang boleh dikategorikan sebagai ‘resource’ kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak itu.


 Hadiah macam ni bagi manfaat juga

Ayuh…kita ubah budaya suka memberi mainan kepada kanak-kanak sekarang.Mulakan dengan orang yang terdekat dengan kita  dulu misalnya dalam keluarga kita sendiri.Janganlah kita secara tidak langsung  mencambah kegilaan kanak-kanak terhadap permainan sejak.Mari kita pandang sudut budaya memberi hadiah yang manfaat kepada sesiapa pun.

Ingat,jangan kita cuba nak menyempitkan pemikiran hadiah itu dalam bentuk material saja! Tetapi andai kita tidak mampu dan sebagainya biarlah kita memanjatkan doa agar anak itu menjadi anak yang soleh dan solehah.Itulah hadiah yang terbaik kita patut berikan!

p/s:Idea nak menulis tentang topik ini tercetus sewaktu meraikan majlis kelahiran anak saudara saya yang menjejak usia 6 tahun namun dari pemerhatian tetamu yang datang memberikan hadiah ada yang masih lagi memberi hadiah permainan!

Sharing Doa-doa petikan dalam al-quran:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا    

ROBBANA HAB LANA MIN AZWAJINA WA DZURRIYATINA QURROTA A’YUN, WAJ’ALNA LILMUTTAQINA IMAMAA.”

(Wahai Robb kami, kurniakanlah pada kami dan keturunan kami serta istri-istri kami penyejuk mata kami. Jadikanlah pula kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa)                                                                                                       (QS. Al Furqon:74)
 

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers