Ceritera Bersih:Suatu Pandangan


Salam,amat jarang sekali penulis membicarakan tentang politik negara kita(rasanya ni post pertama kot),bukan bermakna penulis tidak mengambil peduli atau sebaliknya namun lebih selesa membiarkan orang yang  lebih layak membicarakannya.


Amat bersalahan orang yang mengatakan politik tidak ada dalam Islam kerana politik itu juga satu juzu’ dalam Islam atau puak-puak  sekular yang mahukan agama dan politik berpisah yakni kalau nak berpolitik boleh tapi jangan campurkan agama bersamanya, maka politik itu pasti akan bergelumang dengan Falsafah Machiavellian:Matlamat menghalalkan cara walaupun agama melarang sesuatu yang haram  namun bukan saya mahu membicarakan soal politik dalam Islam tetapi tentang Bersih 2.0 yang berlaku baru-baru ini. 

 

Mengimbau soalan yang ditanya sahabat saya yang mahu saya bersuara tentang Bersih dek kerana dia menjadi ‘keliru’ mengenai apa sebenarnya yang terjadi kerana banyak percanggahan berita mengenai Bersih.(dah macam penganalisis politik pula bila diminta tulis pasal Bersih:))


Tulisan ini bukanlah mahu memihak kepada mana-mana parti politik atau sebagainya tetapi saya lebih suka kita buka fikiran dan berfikir secara rasional tentangnya.Ayuh kita sama-sama cari kebenaran dan saya percaya sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.Penulis berharap pembaca menelaah tulisan ini ke hujungnya kerana penulis ada mencadangkan kita membaca artikel-artikel yang menarik mengenai Bersih.


Penulis tertarik dengan larangan pihak polis yang melarang rakyat menyertai Himpunan Aman Bersih yang pihak kerajaan mengkategorikannya sebagai ‘haram’.Tidak terkecuali larangan kepada 91 orang  pemimpin yang disenaraikan nama untuk masuk Kuala Lumpur.Penulis amat terkilan dengan tindakan cepat kita sebagai umat Islam mengkategorikannya sebagai haram,kerana apa?Mari kita buka fikiran!


Bila artis-artis terkenal seperti Inul Daratista mahu mengadakan konsert,konsert Bieber,konsert Adam Lambert dan lain-lain konsert yang satu ketikanya menggegarkan tanah air,pihak bertanggungjawab tidak pula cepat  melatah mengenainya,saya bukan mahu cakap tentang hukum sama ada haram atau tidak tetapi  mengapa tidak dihalangnya secara bersungguh-sungguh?Apa salahnya konsert-konsert sebegini?


Sangat jarang konsert sebegini berlaku waktu siang dan selalunya waktu malam.Agaknya ada apa dengan malam?Waktu ini anak-anak muda suka berkeliaran.Konsert-konsert ini menjadi sasaran.Tidak terkecuali sasaran pasangan-pasangan yang bercadang mahu melakukan sesuatu istimewa di balik tabir,tidak terkecuali lelaki dan perempuan yang bercampur sambil terkinja-kinja mendengar rentak lagu dan banyak lagi kemungkaran termasuklah kemungkinan arak diseludup masuk.

Logiknya sasaran konsert ini pastinya melibatkan anak-anak muda negara.Adakah cara ini kita mogokkan anak muda kita?Apakah  ikon-ikon ini menjadi  ikutan dan merajai hati anak muda kita?ataupun kita mahu biar isu sosial bertambah  parah di negara ini?Apakah selama ini kita sudah salah meletakkan sasaran larangan sesuatu event pada tempatnya.Inilah satu hikmah apabila Bersih berlaku.Kita boleh berfikir sendiri .

Lihat pula isu penangkapan sesiapa yang memakai baju Bersih(warna kuning), pemeriksaan ketat pada yang memakai baju berwarna kuning dan rampasan baju T Bersih.Saya tak mahu berbicara apa salahnya memakai baju kuning tetapi mahu menyoal bagaimana pula mereka-mereka(umat Islam) yang tidak menutup aurat dengan sebaiknya sehingga menjolok mata,nampak pusat ,terbelah sana,terbelah sini?Bagaimana pula dengan Baju T yang ada unsur lucah yang dipakai sana sini?Mengapa tidak dibanteras bersungguh-sungguh? Apakah kurang penangkapan untuk memberi nasihat pada mereka ini?Tidakkah mereka-mereka membawa kepada sesuatu jenayah?Fikir-fikirkan.Andai bagus jika pihak bertanggungjawab  terus bersungguh-sungguh dalam  mendekati mereka yang memakai pakaian yang seksi.Seksi dunia ,seksa mata!

Kita lihat pula macam-macam  perkara yang dilakukan untuk menghalang  rakyat menyertai Bersih 2.0 dengan alasan yang bermacam-macam tetapi saya amat tertarik melihat sesuatu yang  ajaib,agaknya dari mana ya puluhan ribu rakyat(walaupun polis melaporkan sekitar 5000-6000 orang) yang datang membanjiri perhimpunan Bersih sehingga polis pun pelik dari mana datang mereka-mereka ini walaupun bermacam perkara dilakukan untuk menghalang kemaraan mereka.

Timbul satu isu kecil pula yang mana satu betul bilangan rakyat yang datang.Al-Jazeera melaporkan 100000 orang,media lain melaporkan lain.Adakah polis mengeluarkan kenyataan yang bersifat tidak mampu menghadam realiti?Bagaimana pula dengan bukti-bukti jelas gambar yang terpancar di media-media internet yang cintakan kebenaran.Ada saja saban hari gambar-gambar yang pastinya tidak diedit yakni benar foto itu bertebaran di laman sosial.

Apakah yang menjadi penghalang media massa menunjukkan perkara yang terjadi sebenarnya selama ini?.Saya amat terkilan dengan arus media perdana negara kita kerana banyak kali melaporkan perkara yang kurang benar faktanya.Apabila dirujuk berita dilaporkan di tv-tv utama negara ternyata berbeza pula ceritanya oleh orang yang mengalami sendiri pengalamannya.

Soalnya adakah kita mahu percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh sumber utama media kita?Sepatutnya kita melihat dan membaca juga apa yang dilaporkan oleh sumber-sumber portal  berita lain seperti di Malaysiakini, http://www.themalaysianinsider.com/bahasa dan lain-lain termasuklah sekalipun media luar seperti Aljazeera,media singapura yang bersifat bebas.Yang salahnya dalam kita membuat liputan ialah apabila kita menyorokkan fakta sebenar.Namun dalam soal bilangan itu tidak penting tetapi saya melihat dari skop kesatuan yang ditunjukkan peserta demonstrasi itu yang pelbagai kaum yang jelas mahu sesuatu perubahan dilakukan dalam sistem pilihan raya negara kita.


Ada pula seperkara lagi tentang isu Ambiga yang dikatakan anti Islam,saya mahu pembaca menilai artikel ini, http://nikabduh.wordpress.com/2011/07/08/bersih-2-0-mengapa-ambiga/ jangan anda melihat siapa penulis ini tapi anda baca kandungannya(baru terbuka fikiran) tentang kes ini.saya sangat tertarik dengan fakta bahawa Bersih ini juga  disokong oleh sasterawan Negara,Dato A Samad Said, Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin dan tokoh hebat yang lain.Jika diteliti perjalanan hidup dan sumbangan mereka pasti kita teruja membacanya.Apakah mereka ini kurang cerdik dalam menilai soal demonstrasi secara aman dalam menuntut beberapa perkara yang perlu diperbetulkan?Mungkin anda tertanya mengapa saya seakan melambung memuji sasterawan negara itu?

Saya bukan taksub pada sesiapa tetapi kerana saya suka dengan sikap profesionalisme dan sumbangannya.Sempena isu Bersih ini saja,beliau berjaya menukilkan dua buah puisi yakni  yang saya kira sangat bermakna jika kita membaca dan menghayatinya.Ini luahan luhur dari seorang pejuang seni negara.Anda boleh rujuk puisi itu di http://samadsaid.wordpress.com/2011/06/26/unggun-bersih/  dan http://www.cikgudahlia.com/2011/07/puisi-peludah-warna-oleh-samad-said.html .Saya juga memuji kebijaksanaan Istana Negara apabila Yang Dipertua Agong berkenan mahu berjumpa dengan 3 orang yang tidak mewakili mana-mana parti politik yakni Ambiga,A.Samad Said dan Zaid Kamaruddin dalam rangka membantu mengeruhkan keadaan.Ada pula dalam soal 8 tuntutan dari Bersih itu sangatlah murni dan tidak menyebelahi mana-mana pihak malah sangat bagus diamalkan dalam pembaharuan sistem pilihan raya kita.

Teruja juga apabila melihat golongan muda berganding bahu bersama ‘orang lama’ seperti A Samad Said cuba menegakkan kebenaran.Seperkara lagi ialah anak muda zaman ini harus cakna tentang isu semasa dalam negara kita sekadar mengikut kemampuan dan bukannya buat ‘dek’(tak tahu langsung) apa yang terjadi dalam negara kita!


Juga antara menarik perhatian saya ialah kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa tokoh-tokoh agama negara kita mengenai isu demonstrasi dalam perbincangan mereka.Anda boleh rujuk di sini: http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=436  (kesimpulan  dari itu ialah Demonstrasi itu harus,provokasi itu haram)
Andai kata pihak polis memberi  kerjasama yang baik dalam menangani isu ini dan cara berhikmah digunakan  pihak kerajaan pastinya membuatkan rakyat akan lebih menghormati namun jika apa yang ditunjukkan oleh media-media bebas benar apa yang diceritakan sebelum,semasa dan selepas Bersih,bersiap sedialah untuk rakyat semakin membenci perbuatan-perbuatan yang terkutuk dan tidak rasional.


p/s:Saya mencadangkan kita melihat page-page ini(tidak kisah sama ada kita sokong atau tidak) untuk kita      lebih terbuka fikiran


Dan saya cadangkan anda membaca artikel ini(Analisis tentang Bersih):



   4. http://saifulislam.com/?p=10158 (tulisan Ustaz Hasrizal Abd Jamil)






Walau apa pun provokasi-provokasi yang dilancar,kita sebagai orang yang beriman harus memeriksa dahulu kebenarannya sebelum  mempercayainya.Yang pastinya ada sesuatu pemerintah kita perlu pelajari dari Bersih dan juga seluruh masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.Kita bukannya menentang pemerintah yang Islam tetapi menentang kezaliman dan kebatilan.Begitu juga yang diajarkan dalam Islam,bukannya kita benci pada orang itu tetapi kita benci perbuatannya.Jauhilah budaya fitnah jahat.Yakinlah satu hari nanti kebenaran pasti akan tertegak dan kebatilan akan lenyap.



Artikel ini hanyalah semata-mata pandangan peribadi penulis dari sudut pemerhatiannya..segala salah silap harap dimaafkan..segalanya dari Allah dan kepadanya jua kita akan dikembalikan.

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

1 comments:

  1. Rakyat jelata dilarang memakai pakaian kuning kerana dia orang diserang fobia kuning yang amat teruk.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers