Program Dengan Adik-Adik UPSR





Pertamanya,syukur pada Allah kerana sentiasa memberi rezeki yang banyaknya pada hambamu ini.Alhamdulillah.

Jari ini mahu juga menukilkan sesuatu pengalaman yang harus dikongsi kepada pembaca bukan untuk membanggakan diri tetapi usaha ke arah menyebarkan manfaat pada masyarakat.

Kira-kira seminggu yang lepas,satu panggilan dari cikgu sebuah sekolah rendah membawa perkhabaran gembira kepada diri ini.Alhamdulillah,ditakdirkan pada 23 Julai 2011 ana dapat bersama-bersama dengan 40 orang pelajar darjah 6 sebuah sekolah rendah (dirahsiakan nama sekolah)  yang bakal menduduki UPSR tidak lama lagi.

Allah,peluang yang diberikan ini  sangat bermakna kepadaku.Sejak menerima tawaran itu ana sudah berazam untuk memberikan yang terbaik kepada dari perkongsian ilmu yang ada.

Sedikit kekecewaan yang berlaku ialah sepatutnya ana bersama dengan seorang lagi sahabat mengendalikan program ceramah motivasi  selama 2 jam ini tetapi atas beberapa masalah teknikal,sahabat ana(dirahsiakan nama juga) tidak dapat menghadirkan diri.
Memang cabaran untuk menjayakan program selama 2 jam itu keseorangan.Lebih-lebih lagi ana dimaklumkan bahawa guru besar juga akan turut bersama dalam ceramah itu.Bukan main gemuruh lagi!
 Persediaan rapi dibuat sebelum hari program berlangsung.Ana berfikir method apakah yang sesuai nak digarap apabila berhadapan dengan adik-adik yang bakal mengambil UPSR.Alhamdulillah dengan bantuan bahan-bahan dari sahabat-sahabat lama banyak membantu dari sudut memberi pandangan dan bahan motivasi.

Ceramah yang dijadualkan malam itu digunakan sebaiknya untuk diri ini memberi sedikit perkongsian pengalaman dan motivasi kepada murid-murid.Masalah teknikal yang selalu berlaku dalam ceramah-ceramah yakni projector gagal berfungsi benar-benar menjadi.Sedikit sebanyak membantut kerancakan perancangan saya.Bukannya apa,malam itu memang saya sudah sediakan sebuah slide presentation yang mantap pernah dihasilkan(cewaahh) selepas beberapa kali mengkaji kesesuaiannya.Namun semangat ana tidak luntur dan ana dapat juga menggunakan projector selepas beberapa kali cubaan berhasil.


                   (Penceramah dengan Gayanya)

Ada beberapa pengalaman yang ana perolehi semasa ceramah berlangsung.
Yang pertamanya apabila berhadapan dengan adik-adik ini kita hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai dengan taraf mereka.Off course la kan.
Kita juga harus bijak memanipulasi situasi sewaktu ceramah.Misalnya ada yang kelihatan mengantuk  sewaktu ceramah dan ana sudah menyediakan sesuatu untuk mengatasi masalah itu.Antaranya ‘Senaman Tommy’.Memang menarik dan lucu.Asalkan mereka terhibur.Fikirkan juga aktiviti-aktiviti ringkas yang menarik untuk mengatasi masalah mengantuk dalam ceramah.

Kita juga harus mempelbagaikan cara penyampaian kepada mereka.Adakalanya ana menyelit teka-teki dan math magic kepada mereka agar mereka tidaklah merasa bosan dengan penyampaian ceramah yang berterusan.

Mungkin apa yang ana ceritakan ini kebanyakannya kita sudahpun mengetahuinya namun inilah pengalaman berharga yang ana capai.Pendek kata kebijaksanaan ditagih dan kita perlu cool dalam program sebegini.

Alhamdulillah ana dapat melakukan sesuatu yang bermakna pada mereka iaitu meminta seluruh murid-murid itu  membetulkan niat dan matlamat mereka dalam soal pelajaran.Itu antara elemen penting terawal yang perlu dilakukan.

Memang terhibur dengan celoteh-celoteh mereka.Penuh dengan aksi nakal,manja dan agresif.
  
                                           [Antara Peserta Lelaki yang pelbagai aksi..(^_^)]


Apabila melihat wajah adik-adik yang suci ini,terkenang daku saat sewaktu sezaman dengan mereka.Itulah masa kita dulu.Tak dapat nak diputar kembali.Hanya tinggal kenangan.Kini harus mencongak sesuatu yang lebih baik untuk zaman usia ini pula agar sesalan selepas zaman ini tidak di rasai.

Yakin pada diri mampu lakukan.Dekatkan lagi diri kita pada Pemilik kita,Allah.

Insya Allah untuk adik-adik sekalian..abang akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.


p/s:Ya,saya akui ada beberapa kelemahan yang perlu diatasi untuk program-program akan datang.Banyak pengajarannya.Senyum juga bila membaca borang penilaian program yang diisi oleh adik-adik..Alhamdulillah positif..(^_^)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers