(Cerpen) Harapan Subur Kembali(2011)





“Bila kau nak kahwin ni Hassan?Tak sabar la aku nak melihat kau naik jinjang pelamin,nak juga aku merasa nasi minyak nanti!”gurau Zaid.

“Ish,kau ni Zaid,ada jodoh,aku kahwin la! Ha,yang kau sibuk tanya pasal jodoh aku,bila pula kau nak pergi Jordan?”Hassan cuba mengalihkan perhatian Zaid dari soal perkahwinan.

Hurmm…menurut surat yang aku terima ,lagi 3 bulan dari sekarang,tapi aku kena buat persediaan yang rapi.Macam-macam kena selesaikan,passport,kelas intensif bahasa arab, dan banyak lagilah..tapi sebelum aku pergi sana,aku nak lihat kau berkahwin dulu,baru tenang hati aku..hehe..Zaid cuba mengusik lagi tentang perkahwinan.

"Ke situ pula kau ni Zaid.. ha,kau bila pula nak kahwin?"

“Aku rancang kahwin kat sana la Hassan! Baru la seronok.Haha,bergurau saja.”

“Jom cepat jalan sikit, kuliah nak bermula dah ni.”

Sahabat bedua itu melangkah bersama.Jalan yang dilalui sentiasa dipenuhi para mahasiswa yang berkejar dengan masa-ke sana ke mari.Masing-masing ada urusan tersendiri.Di sebelah kanan,pohon beri rendang melambai-lambai.Di sebelah kiri,bangunan Ungku Aziz setinggi lima tingkat.Selepas melintasi bangunan agam fakulti undang-undang itulah bangunan kuliah mereka.

Hubungan Zaid dan Hassan ibarat aur dengan tebing.Faktor rumah kediaman mereka berdua yang dekat menjadikan hubungan mereka mempunyai seribu warna cerita.Sewaktu zaman kecil mereka selalu bermain bersama.Sungai di belakang rumah Zaid menjadi pusat pertemuan mereka.Jodoh persahabatan mereka juga panjang.Mereka diketemukan dalam pengajian di universiti yang sama.

“Baiklah,memandangkan minggu ini adalah minggu terakhir pelajar sekalian berada di sini,saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas segala tingkah laku saya sepanjang pembelajaran kita di sini dan saya juga memaafkan kesalahan kamu semua.” nada sedih Profesor Tajuddin sebelum menghabiskan ayat terakhirnya.

Pelajar kuliahnya juga mengambil kesempatan untuk meminta maaf dan saling bersalaman.Jelas dari riak wajahnya, beliau agak keberatan untuk melepaskan pelajar-pelajar yang sudah 2 semester pengajian dengannya.

Tapi,apakan daya,setiap pertemuan pasti ada perpisahan.Baginya,inilah antara anak murid yang terbaik pernah diterimanya sepanjang 15 tahun mengajar di universiti ini.

“Err, Zaid saya nak jumpa awak di bilik saya nanti pukul 5 petang," Profesor Tajuddin sempat bercakap dengan Zaid sebelum melangkah keluar dari dewan kuliah.

“Baiklah Profesor,”balas Zaid sambil melontarkan senyuman kepada Profesor Perbandingan Agama itu.

“Eh, Zaid ada apa Prof nak jumpa kau?soal Hassan dengan muka yang agak risau di raut wajahnya."

“Aku rasa kan mesti Prof. Tajuddin nak kahwinkan anak perempuan dia dengan Zaid," sampuk Bob rakan sekuliah mereka.

“Ishh,kau ni Bob,memandai saja,mana kau tahu yang Prof. Tajuddin kita itu ada anak perempuan yang sebaya kita?”

"Apa la kau ni Hassan,zaman sekarang dah maju la,dah zaman informasi di hujung jari la,guna facebook saja,kebetulan hari tu aku search nama Prof. Tajuddin dan ada juga profile anak dia kat wall Prof,apa lagi,aku terus add dia la,cantik tau!” jawab Bob dengan wajah yang yakin.

“Dah-dah,mengarut saja kau ni Bob!” balas Zaid dari tadi yang mendiamkan diri sejak disoal Hassan tadi.

“Ha Bob,anak Profesor itu accept tak request kau tu?”tanya Hassan lagi.

“Ermm…tak…aku rasa dia sibuk la Hassan,” balas Bob sambil menundukkan kepalanya tersimpul malu.

Haha..haaha, Zaid dan Hassan masing-masing ketawa sejurus mendengar jawapan yang keluar dari mulut Bob.



Pertemuan Penting

Pintu bilik diketuk dengan cermat.Kedengaran satu suara yang menyahut masuk.

Tombol pintu bilik D502 dibuka perlahan-lahan.Berdebar-debar denyutan jantung Zaid.Pertanyaan bertalu-talu mendera mindanya.

Apa yang aku dah buat?Setahu aku assignment semua sudah dihantar.

Ishh,risaunya aku.

Zaid bertasbih beberapa kali.Biar hatinya tenang.Biar jiwa tenteram.

“Ya Allah,kabarkanlah kepadaku berita yang gembira.” sempat juga Zaid berdoa dalam hatinya.

“Ha,yang kamu tercegat di situ buat apa! Mari duduk sini,sambil menunjukkan ke arah kerusi chairman yang berwarna hijau ,” kata Profesor Tajuddin.

“Apa halnya Prof panggil saya ke sini?

Degupan jantungnya semakin berkencang ibarat dihempas dek rebut yang begitu kuat.

Direnungnya wajah Profesor Tajuddin dengan teliti.Jambang putihnya jelas terjaga rapi.

Adakah saya gagal paper Prof.Tajuddin?Adakah saya telah melakukan kesalahan tanpa disedari?

Semakin berserabut persoalan yang bermain di mindanya.Semua ini perlu dijawab dengan secepat mungkin supaya hilang kegelisahan di hatinya.

“Hurm,sebenarnya kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan ataupun fail paper saya…jawapan Prof. Tajuddin merungkai persoalan di minda Zaid..Cumanya saya ada satu tawaran pada kamu.” jawab Profesor Tajuddin dengan nada yang gembira.

“Alhamdulillah, lega rasanya mendengar jawapan yang keluar dari mulut Profesor,” kata-kata spontan yang terucap oleh Zaid.

Matanya liar melihat apa-apa fail ataupun surat yang berada di atas meja.Komputer riba di atas meja masih menyala.Penyaman udara di sisi jendela terus mendinginkan suasana.

“Tawaran apa pula Profesor?”soal Zaid.

Tak sabar pula nak mendengar tawaran yang akan diberikan kepadanya.Buat kali kedua jantungnya bernadi kencang.

Kali ini, Prof. Tajuddin memandang tepat ke wajah Zaid.Air mukanya yang jernih menzahirkan ada sesuatu yang penting perlu diberitahu.Agak lama juga pensyarah separuh kurun itu terdiam sebelum bibirnya mengukir senyuman.

“Memandangkan awak sudah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Master dalam bidang Perbandingan Agama di Jordan,saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini,” kata pakar Perbandingan Agama yang disegani itu.

Alangkah terkejutnya Zaid...Kelu seketika lidahnya.Terkesima.Memang terkejut mendengar kata-kata Prof. Tajuddin yang memang menjadi rakan baik ayahnya ketika mereka sama-sama belajar dahulu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Mesti awak terkejut bukan?

Begini,saya rasa awak perlu berkahwin sebelum awak menyambung pelajaran awak di sana dan calon yang saya cadangkan ini bukan calang-calang orang.Saya ada bercakap dengan ayah awak tentang hal ini dan dia menyokong.Wanita itu ada keistimewaannya yang tersendiri dan InsyaAllah seorang yang solehah!” Profesor Tajuddin menghabiskan ayat terakhirnya.

Situasi begini memang tidak diduga oleh Zaid.Dia harus tenang.Sebarang keputusannya akan mempengaruhi hidupnya selepas ini.Tiada jawapan dari Zaid.Seketika dari itu, Zaid mula bersuara.

“Err,saya bukan apa Profesor,pertama saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak pada Profesor atas tawaran itu tetapi saya rasa masih belum bersedia lagi dan belum memikirkan apa-apa tentang soal perkahwinan buat masa ini.” jawab Zaid dengan suara yang rendah hati dan penuh hikmah.

“Hurm, tak mengapa, saya boleh beri awak masa untuk memikirkan dulu cadangan saya ini.Saya tidak suka memaksa awak menyetujui cadangan saya ini.Kalau awak ada apa-apa hal, awak boleh terus menghubungi saya.Owh,saya hampir terlupa,seperkara lagi ialah wanita ini juga akan melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam pengajian syariah.”tambah Prof. Tajuddin sebelum mengakhiri dialognya petang itu.

Baiklah Profesor,saya akan fikirkan dulu.Apa pun terima kasih sekali lagi atas pelawaan itu sambil tangannya dihulur bersalaman dengan Profesornya itu.Kakinya melangkah keluar dari bilik itu dengan meninggalkan seribu persoalan di mindanya.Pertemuan petang itu sememangnya signifikan!

Sesampainya di bilik, dia terus menghenyakkan punggungnya di birai katil.Sementara dia melunjurkan kaki seraya menyandarkan tubuh ke dinding.Matanya merenung kipas di siling yang ligat berputar.Terngiang-ngiang kata-kata Profesor Tajuddin siang tadi:

“saya ingin mencadangkan seorang wanita kepada awak untuk dikahwini dan InsyaAllah dia seorang yang solehah”



Adakah ini saatnya?Siapa wanita yang Profesor Tajuddin teria-ia mahu memperkenalkan kepada aku?Apa yang istimewanya dia?Apakah pernah ketemuinya sebelum ini?

Tiba-tiba dia teringat pada Sakinah.Ya,Ustazah Sakinah.Wanita pertama yang berjaya mengambat hatinya.Pertemuan mereka dalam forum bicara Palestin pada suatu ketika dulu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Zaid dan Ustazah Sakinah antara yang menjadi ahli panel dalam forum tersebut.Apa yang membuatkan hati Zaid tertaut dengan Ustazah Sakinah ialah budi bicaranya yang lembut ditambah dengan mempunyai wajah yang manis.Lesung pipit di pipinya menambahkan lagi keserian di wajah Ustazah Sakinah.Sesiapa yang melihatnya pasti cair.

Namun Zaid bukanlah orang yang suka menjadikan wajah ayu sebagai kriteria utama calon pilihannya.

Sebaliknya Zaid memerhatikan dengan agak lama akhlak wanita itu.Ini soal masa depan! Perancangan Zaid bermula untuk menyelidik latar belakang Sakinah.Langkah pertama dengan cuba mendekati sahabat baik Sakinah,Sumaiyyah.Mendekati sekadar untuk bertanyakan serba sedikit latar belakang Sakinah.Hendak bertanya lebih lajut pada tuan punya badan terasa malu.Perasaan ingin mengenali peribadinya dipendamkan saja.

Dalam masa yang sama,Ustazah Sakinah juga sedar akan hal ini.Dia mengetahui bahawa dirinya sedang diperhatikan seseorang.Baginya status pelajar Tahun Akhir Pengajian Usul Fiqh ini memang selalunya menjadi tumpuan.Dalam tempoh ini juga banyak mata-mata lelaki yang cuba untuk memeterai satu ikatan pertunangan dengan wanita di sini.Tambah pula kebanyakan mahasiswi di sini bakal melanjutkan pengajian di negara Timur Tengah.

Sehingga saat ini,Zaid sudah pun merancang untuk merisik Ustazah Sakinah dalam masa terdekat ini.Namun tawaran yang disampaikan Prof.Tajuddin tadi sedikit merencatkan perancangannya.

Aduh, banyaknya persoalan?

Hah!

“Huh, terkejut aku!kenapa masuk tak bagi salam dulu,”ngomel Zaid pada sahabatnya, Hassan.

Saja nak menyergah kau.Kebetulan pintu bilik kau tadi tak berkunci dan aku tengok kau seperti serius memikirkan sesuatu, ni mesti bab kahwin kan? Ternyata Hassan bijak membaca fikiran sahabatnya itu.

“Entahlah, aku jadi pening memikirkan saat bahagia aku,maksud aku perkahwinan….” belum sempat Zaid menghabiskan ayatnya Hassan cuba mencelah.

“Ini mesti memikirkan Ustazah Sakinah kau tu kan…”

Mana ada, pandai-pandai kau saja.

Kali ini tekaan Hassan tidak mengena.

“Cuba kau ceritakan kepada aku apa masalah yang sebenarnya,mungkin aku boleh bantu apa yang termampu.” Pujuk Hassan sambil memegang bahu Zaid.

“Aku nak tanya kau sesuatu,andaikata ada orang yang pelawa kau mengahwini seorang wanita yang jelas sekali kau tidak mengenalinya langsung,walaupun katanya dia seorang yang solehah,apa respon kau?” Zaid terus meminta pandangan sahabatnya itu.

“Owh, soal itu. Berat juga soalan itu. Kalau aku, mestilah nak kena selidik latar belakang dulu! Tak kan kau lupa panduan yang Nabi Muhammad ajarkan pada umatnya, kalau nak kahwini seseorang itu, lihatlah pada harta,keturunan,kecantikan dan agamanya,tetapi yang terbaik lihat pada agamanyalah.

Kau tak taaruf dulu ka?” tanya Hassan.

Perkataan taaruf yang keluar dari mulut Hassan seolah-olah merungkai sedikit kekusutan yang melanda Zaid.

“Betul juga cakap kau,aku boleh merisik dahulu supaya aku dapat kenal latar belakangnya.”

Terima kasih Hassan!

Didakap erat tubuh rakannya itu.

Hassan terpaku seketika melihat kelakuan Zaid itu.Namun dia dapat merasakan sahabat baiknya itu seakan-akan mendapat jalan keluar dari keceramukan masalah yang dihadapinya.

Salam.Saya dah fikirkan cadangan Profesor tempoh hari dan kalau boleh saya nak minta tolong Profesor aturkan pertemuan saya dengan keluarga wanita itu secepat mungkin!



Mesej yang terpapar di skrin telefon Profesor Tajuddin membawa khabar yang positif.Namun ayat terakhir Zaid itu membuatkan Profesor Tajuddin sedikit risau memikirkannya.

Esok,pukul 5 petang awak datang rumah saya,kita akan bertaaruf dengan wanita itu.Jangan lupa pula!
Profesor Tajuddin membalasnya dengan jawapan yang cukup ringkas



“Saya minta tolong jasa baik Profesor untuk carikan calon yang sesuai kepada Fatimah. Kesian saya tengok dia.Saya takut dia akan selalu memikirkan perkara itu.Lagipun Profesor pun dah mengenalinya sejak kecil lagi dan sudah banyak membantunya,” ujar Pak Salih kepada Profesor Tajudin.

“InsyaAllah, saya akan cuba apa yang termampu.” balas Profesor Tajuddin.

Perbualan dengan Pak Salih tempoh hari itu sering mengingatkan amanah yang diberikan kepadanya.Kalau boleh,dia mahu menyelesaikan masalah Fatimah itu dengan secepat mungkin.Tapi adakah ada orang yang sanggup…Ishh …Astaghfirullah,ke situ pula aku berfikir.


Pertemuan Yang Dinanti-nantikan!

Seperti yang kita rancang,saya akan memberikan dahulu gambar yang saya cadangkan pada awak.Ini dia wanita yang saya sebutkan tempoh hari.

Direnung wajah di foto yang dihulur Prof. Tajuddin dengan teliti.

“Kelihatannya dia memang seorang yang cantik,bergaya dan ada sinar nur diwajahnya.”bisik hati Zaid.

“Err,sebelum itu perkenalkan dahulu di sebelah saya ini,Pak Salih dan Mak Cik Leha.Mereka berdua ini penjaga kepada perempuan ini sambil Prof Tajuddin menunjukkan jarinya ke arah foto tadi.

Saya rasa lebih elok kalau Pak Salih sendiri yang perkenalkan wanita itu pada kamu,”sambung Profesor Tajuddin lagi.

Perhatian Zaid kini mengalih pada Pak Salih.Di dahinya ada sedikit tanda hitam,barangkali kesan sujud,tetapi tidak berapa jelas.

“Nama penuh wanita itu Fatimah binti Abdullah,dia merupakan anak angkat kepada kami berdua sejak dilahirkan.”

Zaid mendengar dengan teliti setiap ungkapan yang keluar dari mulut Pak Salih.

“Err,boleh saya tahu di mana ayah dan ibu Fatimah.” soal Zaid.

“Saya akan beritahu perkara yang sebenar kepada kamu tanpa berselindung apa-apa,” kata Pak Salih.
Pak cik harap kamu boleh terima dengan hati yang terbuka penjelasan nanti.

Bunyinya macam ada rahsia yang tersembunyi yang hendak disampaikan Pak Salih di sebalik kisah anak angkat mereka, Fatimah.

Zaid mula kehairanan apabila melihat riak wajah Pak Salih yang mula menitiskan air mata malah Profesor Tajuddin dan Mak Leha turut berkelakuan sedemikian.

Semakin kusut fikirannya!

Sebenarnya,Fatimah itu dilahirkan hasil perzinaan emaknya dan teman lelaki dia 23 tahun dahulu.Dia ditinggalkan di masjid kampung kami.Identiti ibunya dan ayahnya tidak diketahui hingga sekarang.Kebetulan pak cik yang menjumpai bayi itu dalam keadaan menangis ketika ingin menunaikan solat dan kami mengambil keputusan untuk menjadikan Fatimah sebagai anak angkat kami memandangkan kami tidak mempunyai zuriat.

“Kami mendidiknya penuh dengan kasih sayang dan memberikannya ilmu agama yang secukupnya agar apabila dewasa kelak Fatimah mengetahui statusnya yang sebenar, dia mampu menerima takdir ini dengan sebaiknya…” Pak Salih menghabiskan ayat terakhirnya.


Astaghfirullah hal a’zim,alangkah terkejutnya Zaid apabila mendengar penjelasan yang diberikan Pak Salih.Fikirannya menjadi tepu seketika.

Bagaimana aku mahu menerima pelawaan sebegini rupa.Tak terlintas langsung di fikirannya akan perkara sedemikian.

Mengapa aku harus mendengar kisah sebegini?
Layakkah seorang anak luar nikah mengahwini aku?



Semua persoalan itu bermain di benak fikirannya.

Melihatkan Zaid yang terdiam seketika, Mak Leha yang dari awal tadi hanya membisu mula bersuara.

“Mak cik sangat kesian melihat Fatimah.Satu kampung mengetahui statusnya sehingga ada yang mencemuhnya sepanjang dia berada dalam jagaan kami tetapi Fatimah tabah dan sanggup menerima kejian orang kampung dengan sabar sekali.Mak cik sedar orang seperti Fatimah ini mesti sangat susah orang nak jadikannya sebagai isteri tetapi percayalah kami sudah mendidiknya agar menjadi muslimat yang bertakwa,” air mata yang keluar pantas di kesatnya.

“Prof harap sangat pada kamu agar dapat menerimanya.Dia mendapat pendidikan agama yang sempurna dan alhamdulillah dia akan melanjutkan pengajiannya dalam bidang syariah tak lama lagi.Dan menurut perkiraan Prof, kamulah calon yang sesuai untuk diisi dalam hati wanita yang bernama Fatimah yang nyata sangat sukar ada orang yang sanggup mengahwininya kerana statusnya,” pujuk Profesor Tajuddin cuba meyakinkan Zaid.

Di luar, kedengaran suara kanak-kanak riang bermain bola sepak di padang.Suasana petang yang tenang memang menjadi tumpuan kanak-kanak keluar rumah bermain.

Suasana di rumah Profesor Tajuddin pula masih sayu. Zaid harus berkata sesuatu.Sudah beberapa kali Zaid berselawat sejak masuk ke rumah itu.Zaid tercari-cari jawapan yang mampu menyenangkan kedua-dua pihak.

“Beginilah,saya sangat simpati terhadap apa yang berlaku kepada Fatimah dan sesungguhnya ini ketetapan dari Tuhan dan saya meminta ruang masa yang secukupnya agar saya mampu membuat keputusan yang terakhir.” jawapan yang keluar dari mulut Zaid nyata memberi satu sinar harapan.

Sememangnya Zaid seorang yang tenang dan mampu mengawal emosi tatkala berhadapan situasi yang rumit sebegini.Baginya inilah cara terbaik dia menjawab tatkala orang terlalu mengharap kepadanya.

Jauh di sebalik langsir ruang tamu milik Profesor Tajuddin, kelihatan seorang wanita yang bersembunyi di balik langsir itu.

Fatimah!

Rupa-rupanya dia sedang mengikuti perbualan mereka.Terpampang di wajahnya air mata seorang anak yang tidak berdosa.Anak yang selalunya menagih kasih seorang ayah dan ibu.

Sempat juga Fatimah mengerling ke wajah Zaid.

Seorang yang tampan!Bertubuh sederhana.Berjanggut dan berjambang di wajah.Seorang yang berkaca mata.Persisnya seperti seorang yang berpandangan jauh.

Namun hatinya gelisah memikirkan apakah nasibnya.Dia mula teringat pesanan Prof.Tajuddin padanya satu ketika dulu.

“Kamu amalkan selalu membaca ma’thurat.Dalamnya ada banyak doa dan zikir yang terkandung dalam hadis-hadis Sahih himpunan As-Syahid Hassan al-Banna yang banyak fadhilatnya.Di dalamnya juga ada doa yang Rasulullah selalu amalkan.



Salah satunya ialah Allahumma inna na’uzubika minal hammi wal hazn hingga akhir hayat.Kalau kita yakin dan amalkan doa ini,Insya- Allah, akan dilepaskan dari rasa ragu,sedih,dari rasa lemah dan malas,dari rasa takut dan sifat kedekut dan dari rasa bebanan hutang dan gangguan lelaki jahat.”



Inilah antara azimat bagi Fatimah tatkala syaitan mula membisik perasaan-perasaan itu di hatinya.Hatinya menjadi tenang seketika.

“Baiklah rasanya kita sudah mencapai kata sepakat setakat ini,pihak kami akan menunggu jawapan dari awak,”ulas Professor Tajuddin yang menjadi orang tengah antara pertemuan itu.

Tasbih Kifarah dan menjadi penutup selepas bacaan al-Fatihah dibaca di awal majlis bagi memperolehi keberkatan.

Air teh dan beberapa cucur jemput yang disediakan langsung tidak dijamah oleh Zaid sebelum dia meninggalkan majlis itu.

Siapa Pilihan Di Hati?

“Kau kata nak bagi kata putus 2 minggu lagi?” tanya Hassan.

“Eloklah kau buat solat istikharah dulu dan berdoa banyak-banyak minta petunjuk Ilahi.InsyaAllah akan ditetapkan hati kau.Kau dah bagitahu emak dan ayah kau belum?”

“Dah,mereka memberi kuasa sepenuhnya pada aku,asalkan aku bahagia nanti,mereka turut tumpang gembira.” balas Zaid dalam nada kerisauan.

Kini jawapan untuk menerima pelawaan itu terletak sepenuhnya pada Zaid.Beliau sendiri yang akan memutuskan keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Saat malam yang penuh dengan langit di sinari bulan dan bintang menjadikan pemandangan yang indah.Bait-bait zikir sentiasa diungkapkan mahkluk di langit tidak kira siang atau malam.Direnung langit yang luas itu.

Subhanallah,tiada arkitek di dunia ini yang mampu menjadikan pemandangan sebegini.



Sengaja dibiarkan tingkap biliknya terbuka.Angin malam yang berpuput masuk melalui tingkap dan angin yang datang dari putaran kipas angin saling bergilir memukul muka.Kelihatan muka Zaid dibasahi dengan titisan air.

Ya,wuduk untuk solat malam! Inilah saat yang indah untuk Zaid bertemu Tuhannya.

Saat ketika manusia dibuai mimpi indah digunakan sepenuhnya untuk mengadu sebarang masalah dengan Allah.

“Ya Allah,kau berilah kekuatan pada hambamu yang lemah ini untuk membuat keputusan yang terbaik.Andai kata dia adalah untukku,aku redha dan andaikata dia bukan untukku juga aku redha”

“Kau dah pasti dengan keputusan kau ni,” soal Hassan serius.

“Aku yakin dengan keputusan ini!”jawapan yang keluar dari mulut Zaid memang meyakinkan dirinya sendiri.

Keputusan sudah dibuat.Dia nekad.Yakin sungguh-sungguh.Itu jawapan istikharahnya beberapa malam.

Sudah ada kata putus di tangannya sama ada mahu meneruskan rancangannya merisik Ustazah Sakinah atau menerima tawaran berkahwin dengan Ustazah Fatimah.Kedua-duanya calon ustazah pilihan di hatinya.

****************************************************************************
“Bila?Hujung bulan depan.Di kampung Permata Hijrah.Baiklah nanti saya akan maklumkan kepada mereka.”Perbualan dengan Zaid petang itu amat bermakna buat Profesor Tajuddin.Beliau merasakan sangat gembira.Terus dimaklumkan berita baik itu pada Fatimah.

“Kamu bertuah Fatimah..Dia dah setuju..” antara ucapan perbualan Prof Tajuddin dengan Fatimah.

Alhamdulillah,kedengaran ucapan tahmid di bibirnya.Riak wajahnya juga berbeza.Ternyata gembira.

“Masih ada insan di muka bumi ini yang sanggup menerima golongan seperti aku,”getus hati kecilnya.

“Inilah rahmat dan kasih sayang daripada Allah.Dia sentiasa Maha Adil.Kamu kena ingat semulia-mulia manusia di sisi Allah, adalah orang yang bertakwa.. hatta sekalipun orang itu hanya bekerja sebagai tukang kebun…” tambah Mak leha lagi.

“InsyaAllah.. saya akan ingat pesan itu Ummi,”balas Fatimah yang sejak kecil lagi memanggil Mak Leha sebagai Ummi.

Raja Sehari

Beberapa teman yang baru tiba menerpa untuk mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru termasuklah sahabat-sahabat baik Zaid.

Tahniah, lepas ni kamu nak berbulan madu di mana?Bob cuba mengusik pengantin baru.

Mestilah di Jordan! jawab Hassan mencelah.

“Wah, seronoknya..”sampuk Bob dengan wajah yang gembira.
“Kamu berdua ni ada-ada saja, apalagi cepat-cepatkanlah cari jodoh.”usik Zaid pada sahabat baiknya.

Majlis tengah hari itu berjalan dengan lancar.Tetamu jemputan juga hanya dari rakan kenalan Zaid dan Fatimah serta sanak saudara Mak Leha.Ringkas dan sederhana.

Tiada ‘dj’ yang diundang untuk menghangatkan suasana dengan lagu-lagu yang lagho.Tiada kompang dipalu,tiada pelamin dipamerkan dan hadiah kepada tetamu juga bukannya bunga telur sahaja tetapi sengaja dihadiahkan bersama ia dengan mathurat kecil.

“Amat jarang sekali suasana sebegini dapat dirasai di tanah air ini,”getus hati kecil Hassan.

Hidangan nasi beriani bergulaikan ayam kampung terus beredar.Air sirap yang menjadi tradisi minuman kenduri kahwin orang melayu sengaja disediakan.

Kelihatan dari jauh sepasang suami isteri sedang berjalan ke arah Zaid dan isterinya.
Zaid memandang dari jauh.

Profesor Tajuddin!

Segera dia menyalami tangan pensyarahnya itu manakala Fatimah bertukar ciuman mesra di pipi isteri Profesor Tajuddin.

Barakallahu lakuma wabarakaaliah kuma ….! ucap Prof.Tajuddin dan isterinya beberapa kali.

Syukran Prof.

“Bila kamu berdua akan pergi ke Jordan!”soal Profesor Tajuddin.

“InsyaAllah minggu depan, lagipun semua urusan dokumen dah selesai,”balas Zaid dengan nada gembira.

Saya nak ingatkan kamu berdua supaya sentiasa saling menasihati antara satu sama lain dalam melakukan kebaikan dan yang penting jadi mukmin yang bertakwa.

InsyaAllah…sahut Zaid dan Fatimah.


Pengembaraan Bermula

Assalamualaikum and good afternoon,my name is captain Haris,this flight will departure just in few minutes.For muslim,follow me to recite this prayer:Subhanallazi Sakkaralana Ha za Wama kunna lahu mukrinin...


Pesawat jenis Airbus A380 milik syarikat MAS Airlines mula berlepas meninggalkan landasannya.Dalam tempoh 8 jam lagi pesawat akan berlabuh di Amman,Jordan.


Kesempatan berduaan ini digunakan dengan baik oleh Zaid.Satu soalan terbit dari hatinya kepada Fatimah.


Bagaimana perasaan sayang sehingga saat ini?soal Zaid yang sengaja memanggil sayang kerana mahu menguji perasaan isterinya.


“Alhamdulillah,bersyukur sangat-sangat pada Allah.Dia Maha Mengaturkan segalanya.Dia Maha Kuasa atas segalanya.”


“Walaupun sayang ditakdirkan untuk dilahirkan atas tiket anak luar nikah dan dibuang ibu yang tidak bertanggungjawab tetapi itu bukan penamat segala-galanya dalam kehidupan sayang. Itu juga ujian buat kita.”


“Kadang-kadang bila difikirkan nasib yang menimpa diri ini,bagaimanakah pula nasib berjuta anak luar yang terhasil di luar sana?”



“Mereka pasti tertanya-tanya susur galur mereka.Di mana ayah?Di mana ibu?Bagaimana mereka mahu membina kehidupan mereka?Apa pula pandangan masyarakat terhadap golongan seperti kami yang ditinggalkan ibu begitu sahaja.”




Titisan air mata mula membasahi pipi Fatimah.

Pantas Zaid mengambil hujung tudung Fatimah untuk mengesat air mata hidayah seorang hamba yang diuji kehidupannya.Kagum Zaid dengan sikap kental dan sabar isterinya itu.Sentiasa berfikiran positif dalam kehidupannya.Tidak menjadikan masalah status anak luar nikah sebagai penghalang untuk berjaya dalam kehidupan.Sanggup tebal muka tatkala dicaci.



Sudahlah,jangan dikenang sangat peristiwa lalu,janganlah kita suka menyalahkan Allah atas apa yang terjadi,tapi atas kesilapan manusia sendiri yang tak mahu mengikut petunjuk Ilahi.


Semua ini ada hikmahnya,yang penting kita perlu berusaha untuk menjadi orang yang bertakwa dan selalu meminta keampunan darinya.Tapi ingat tugas kita nanti untuk mendidik masyarakat.




Zaid bingkas mengambil jari Fatimah sambil memegang cincin pemberiannya sambil menitipkan sesuatu harapan pada isterinya.


“Abang mahu Fatimah mencontohi watak Fatimah, anak perempuan Rasulullah.”

“InsyaAllah,abang”


Malam itu dalam perjalanan yang penuh mencabar di bumi anbia itu Fatimah terlena dalam dakapan suaminya yang tercinta.





(Gambar Hiasan Saja)


 Gelugor


p/s:sebenarnya cerpen ini diadaptasi dari cerpen tahun lepas yang pernah ana tulis yakni cerpen "Apa Salah Aku(2010)", namun kali ini ana mengubah sedikit jalan ceritanya dan sedikit bancuhan bahasa yang berbeza dari sebelum ini...




kepada pembaca-pembaca sekalian,sudi-sudilah respon mengenai cerpen untuk kebaikan bersama..mohon tunjuk ajar...segala kekurangan dari diri ini

salam ramadhan kareem....
(C) 2011

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers