Kita Di Penghujung Ramadhan...


Salam Ramadhan Al-Mubarak.Kini Ramadhan dah memasuki hari yang ke 19.Ya malam ke 19 Ramadhan.Hampir selangkah mahu memasuki pengembaraan mencari malam lailatul-Qadr dalam 10 hari terakhir.Ramadhan kian pantas meninggalkan kita.Ya,benar! hambatan ramadhan sudah hampir ke penghujungnya.Tinggal  11 hari lagi sebelum kita mahu melangkah keluar dari Universiti Ramadhan.

Persoalannya,apakah kita juga pantas mengejar Ramadhan hari demi hari untuk bergelar seorang graduan yang cemerlang?

Rasanya tidak  terlambat lagi untuk penulis membicarakan sedikit mengenai Ramadhan kali ini untuk kita sama-sama membuat Kajian Separuh Penggal Pencapaian Ramadhan kita setakat ini.Harap pembaca setia hingga ke akhir ayat nanti.

Apabila Allah membentangkan Projek Mega Ramadhan ini,tendernya diberikan kepada semua orang beriman seperti yang  diwawarkan dalam surah Al-Baqarah,ayat183:

 Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.



Tender Projek Mega Ramadhan  ini  wajib di ambil oleh semua orang beriman dengan percuma.Tidak perlu nak guna jalan belakang untuk nak mendapatkannya.Apabila bercakap tentang projek,semestinya ia ada hasil yang ingin dihasilkan dan dilihat.Ya,untuk projek Ramadhan ini,KPI keberjayaan projek ini ialah TAKWA.Ya,nak mencapai takwa.

Memang benar ramai antara kita yang seringkali mendengar Takwa berulang sekali hatta wajib diingatkan oleh khatib dalam khutbah setiap Jumaat.Penulis bukanlah orang yang sesuai hendak menghuraikan apa erti sebenar Takwa, tapi penulis mahu berkongsi  definisi Takwa yang diterjemah menurut Abdullah Bin Abbas r.a. pula : Takwa ialah Allah hendaklah ditaati, jangan dimaksiati, Allah hendaklah diingati selalu, jangan dilupakan, dan nikmat-Nya hendaklah disyukuri, jangan dikufuri.

Bonus!

Mari kita mengimbau semula apa usaha yang kita sudah lakukan selama Ramadhan berlangsung.

Bagaimana dengan azam kita nak membanyakkan bacaan al-Quran dan mengkhatamkan al-Quran?
Bagaimana dengan azam kita untuk tidak meninggalkan solat Terawih setiap malam dan secara berjemaah?
Bagaimana dengan azam kita untuk mentadabbur Al-Quran?

Apakah kita sudah merebut antara bonus yang sangat banyak dalam bulan ini?

Ya,Bonus!

Orang yang malas bersahur,orang yang tidak mahu bersedekah,orang yang tidak mahu merebut peluang berqiayamullail akan melepaskan bonus-bonus itu.

Bayangkan Allah berjanji  untuk memberikan kepada sesiapa yang lakukan satu amalan sunat pahala fardhu di luar ramadhan, amal fardu diberi balasan 70 kali ganda dan sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)



Subhanallah,besarnya ganjaran yang disediakan oleh Allah khasnya di bulan mulia ini.Kita digalakkan untuk membanyakkan sujud pada Allah dan yang paling penting kita mendapatkan keampunan dari Allah.


Sangat praktikal untuk kita melakukan qiamulllail yakni selepas sahur janganlah kita terus tidur,gunakan ruang masa itu untuk membaca al-Quran dan agenda ibadat-ibadat lain.

Inilah peluang bagi wanita yang sebelum ini tidak menutup aurat dengan sempurna,orang yang sambil lewa solat fardhu 5 waktu untuk melakukan perubahan selamanya.

Janganlah kita termasuk dalam golongan yang rugi.Hanya puasa sekadar tahan lapar dan dahaga saja.

Trend Kita!

Trend umat Islam Malaysia apabila menghampiri ke penghujung Ramadhan,masjid-masjid mula merosot kehadiran solat berjemaah seperti solat Terawih.

Jika kita fikirkan logik akal,orang yang memasuki pertandingan lumba lari pastinya menginginkan kemenangan.Kita dikira gagal sekiranya tidak berjaya menghabiskan perlumbaan hingga ke garis penamat.

Begitulah kiasannya pada kita.Kita memasuki Ramadhan dan biarlah kita menamatkannya dengan cemerlang,dengan sebaik mungkin yang kita mampu lakukan.




Dalam perlumbaan itu juga,lebih manis jika kita mendapat kemenangan pingat emas.Ya,piala kemenangan.Piala itulah dikiaskan pada Lailatul Qadr.

Terjemahan Surah al-Qadr:

1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.

2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan.
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Memang beruntung orang yang memilikinya.Jangan pula di penghujung ramadhan kita melebihkan sambutan persediaan Hari Raya berbanding dengan meningkatkan lagi amal ibadat kita.

Begitu juga persoalan layakkah orang yang gagal menempuh Ramadhan dengan baik untuk bergembira pada 1 Syawal nanti?

Jawapannya tanya pada iman kita.

Maka untuk baki Ramadhan yang ada ini,penulis mengajak diri sendiri dan pembaca sekalian untuk kita merenung apa yang kita sudah lakukan sepanjang Ramadhan kali ini.

Jika dibuat analisis mendapati kurang cemerlang,jangan menyesal dan berputus asa kerana kita masih ada baki-baki Ramadhan dan sepatutnya menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk kita mendekati Pencipta kita,Allah Subhanahu Wa Taala.

Kerana apa penulis mahu juga membicarakan sedikit tentang Ramadhan kali ini dan untuk apa pembaca perlu menghayati bulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin?

Jawapannya ialah kita tidak pasti lagi untuk dipertemukan bagi Ramadhan Tahun Hadapan.Tiada sesiapa yang tahu bila maut bakal menjemput kita kecuali pengetahuan Allah.Boleh jadi juga inilah Ramadhan Terakhir kita.

Penulis mohon keampunan atas kesalahan dan kekurangan diri.

Untuk renungan sebuah hadis:

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu.”
(Hadis riwayat Bukhari)

Ya,dosa kita selama ini memang banyak.Sama ada kita sedar atau tidak sahaja.

Sekadar mahu kita sama-sama beringat pesanan Dr Yusuf Al-Qardawi dalam khutbah Hari Rayanya pada satu ketika dahulu yang mengingatkan kita agar tidak menjadi hamba kepada Ramadhan,buat ibadat dalam bulan Ramadhan saja,kerana Ramadhan telah tinggalkan kita tetapi jadilah hamba kepada Allah dan beribadat kepadNya kerana Allah kekal selamaNya.

Fastabikhol Khairat…

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers