Amanah Dalam Bercinta


Alhamdulillah..Segala puji bagi Allah, pujian yang banyak, yang indah lagi diberkati. Selawat dan salam ke atas penghulu kita, ikutan kita dan pemimpin kita Muhammad s.a.w., keluarga serta sahabat-sahabat baginda semuanya.

Kali ini penulis mahu berkongsi sedikit pengalaman penulis apabila dijemput  menjadi moderator sebuah Forum Cinta di Universiti penulis.

Mendapat tawaran menjadi seorang moderator cinta memang sesuatu yang menarik dan sesuatu yang sukar untuk ditolak.Ya cabaran untuk menjadi moderator forum cinta memang tinggi apatah lagi forum yang dibuat ini di sebuah kolej perempuan.Kisahnya Forum Di anjung Cinta yang bertemakan Amanah Dalam Bercinta.

Ahli Panel yang dijemput memang terbaik.Ahli Panel pertama iaitu Ustazah Hajjah Syarifah Fatma Syed Mohd Al-Mashoor yang juga merupakan ibu kepada Dr Sharifah Hayaati dan ahli panel kedua Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang merupakan selebriti TV-ALHijrah.

Gandingan dua orang lama dan muda atas pentas ini memang menghidupkan suasana malam itu dengan roh cinta.Manakan tidak kedua-dua ahli panel pandai mencuit hati pendengar dengan ilmu masing-masing.

Mari saya berkongsi dengan anda serba ringkas perkongsian ilmu pada malam itu:

Pada pusingan pertama,ahli panel membicarakan amanah dalam bercinta.Cinta itu satu fitrah.Ia datang dari Tuhan.sesiapa yang tidak pernah rasa cinta pada apa-apapun adalah sesuatu yang tidak normal.Ya,cinta itu datangnya dari Allah.
Allah memasukkan cinta pada sesiapa yang dikehendakinya.Ya memang cinta itu luas tafsirannya!Cinta yang dirujuk di sini ialah cinta paling utama sekali dalam hidup kita yakni Allah.Kita mencintai Allah kerana Allah Maha Memberi Segalanya termasuklah soal cinta.

Cinta yang berjaya adalah cinta yang berpautkan kepada Allah SWT.

Ya,kita kenali Allah melalui sifat 20 dan Asmaulhusna(99 nama-nama indah Allah).
Apakah kita dikira mencintaiNya sekiranya kita tidak mentaati segala perintah dan laranganNya?

Membicarakan cinta dalam konteks membawa kepada perkahwinan pula perlulah berpandukan kepada sebuah hadis:

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keturunannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 

(Imam Bukhari dan Imam Muslim)

Sesiapa sahaja yang ingin bernikah perlulah mengambil berat pesanan Nabi Muhammad SAW ini.Kupasan ahli panel tentang hadis ini memang detail dan menarik.Nabi meletakkan agama di akhir elemen pemilihan kita kerana Nabi tahu manusia pasti akan memilih elemen dunia(cantik,harta dll) dahulu.

Menjadi satu keperihatinan kita untuk mencari isteri/suami yang elok agamanya.Biarlah kurang cantik,kurang harta dan bukan keturunan yang baik namun wanita itu insan yang sentiasa berusaha menjadi insan yang cuba memahami agamanya.Ya,agama menang atas semuanya!





Namun Nabi juga tidak mengkesampingkan elemen-elemen lain cumanya meletakkan agama sebagai syarat utama juga.Ia sangat berkait rapat dengan petikan ayat Quran(surah an-Nur:ayat 26)  yakni lazimnya perempuan Jahat untuk lelaki dan sebaliknya(ayat ini sebenarnya panjang lagi,rujuk semula). 
Perempuan  disebutkan dahulu sebelum lelaki.

Ada sesuatu yang istimewa di sini,Satu hikmahnya di sini ialah tentang perempuan.Perempuanlah yang melahirkan anak.Anak hebat hasil dari pencarian seorang ibu yang hebat.Pilihan hati perlu betul.Meminjam kata-kata seorang sahabiah,

“tak usahlah membuang masa dan membazir wang kalau BERCOUPLE ingin mendapatkan kepuasan nafsu,ingin lebih memahami,ingin disayangi,ingin diberi perhatian…tahanlah nafsu itu..lepas nikah pun bolehlah  …malah akan lebih manis lagi hubungan itu”




Satu analogi yang mudah ialah jika kita ingin mendapatkan calon suami/isteri yang elok agamanya,kita dulu perlu elok akhlak dan agamanya.Mudah-mudahan kita dikurniakan yang baik oleh Allah.Ini doa yang disarankan oleh ahli panel.Bacalah setiap kali solat kita:

"Allahumma zauwijna zaujatan Solehah"
(Ya allah,kurniakanlah kepada kami isteri yang solehah)

Akhirnya,Jika Allah memberikan pada kita Cinta,ia menjadi suatu amanah untuk kita menjaganya! Di mana harus kita letakkan amanah cinta itu pada yang selayaknya.






Bagaimana cinta kita pada Allah,Rasulullah,ibu bapa,keluarga,guru dan sahabat-sahabat kita?

Sama-sama renungkan.



                   [Bersama Ustaz Don,kebetulan pula ustaz orang Penang,apa lagi...=)]


 
Jazakallah u khairan kathira pada ustaz dan semua sahabat-sahabat yang terlibat menjayakan satu forum yang cukup bermakna ini  walaupun sebenarnya saya agak kepenatan membicarakan dan menulis 'cinta' dalam kehidupan ini.



                 (Puisi ini sempat saya bacakan di akhir forum,karya asal Jamaluddin ar-Rumi)



Segala kekhilafan dalam tulisan ini harap ditegur dan diperbetulkan.

Sini pun ada Perkongsian Forum Cinta Ni


p/s:Pertemuan dengan Ustaz Don memang seronok.Di akhir pertemuan kami,satu pesanan yang saya  minta dari Ustaz,katanya:

Jika enta orang yang 'bergelumang' dengan berpersatuan,niat itu kena jaga,buat kerja bukan kerana sesiapa tapi kerana Allah...

Peringatan Bersama-sama...

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

1 comments:

Powered by Blogger.

Followers