Raja Lawak 6 VS Law Ka Na Bainana

Bismillahirrahmanirrahim..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Melihat tajuk di atas mungkin agak janggal bagi pembaca.Kedua-dua tajuk di atas punyai persamaan!
Ya sebuah rancangan  realiti televisyen.Sengaja saya meletakkan perbandingan antara dua tajuk dia atas kerana sekarang Raja Lawak menjadi perhatian masyarakat Malaysia dan Law Ka Na Bai Nana pula menjadi perhatian masyarakat dunia.

Yang pastinya kedua-kedua rancangan realiti ini punyai tarikan dan keistimewaannya tersendiri..namun 'content'nya sangat jauh berbeza.Saya bukan mahu membuat perbandingan siapa yang lebih baik ataupun menganalisis perjalanan program-program ini cumanya mahu mengangkat sebuah lagi rancangan dokumentari realiti yang patut menjadi pilihan tontonan anda bagi siapa yang belum melihatnya yang menjadi fenomena di dunia.

Harap pembaca sudi luangkan masa sebentar menelaah post ini dulu.

Raja Lawak 6:


Siapa tidak kenal Johan dan Zizan yang lincah berceloteh di atas pentas selaku pengacara Raja Lawak yang baru saja memasuki musim baru-ke 6. Dah banyak orang bercakap tentang program ini dan saya tidak akan bercakap lagi.Melihat Raja Lawak memang membuatkan anda sedikit terhibur dengan lawak-lawak yang mampu menceriakan anda seketika namun saya mahu anda lebih kenal dan mahu kita sama-sama memperoleh satu manfaat yang sangat banyak apabila anda menonton rancangan Law Ka Na Bainana:


Law Ka Na Bainana(Andainya Rasulullah SAW Bersama kita):



Walaupun rancangan ini agak lapuk namun isinya tetap masih mampu memberi banyak kebaikan kepada yang menonton.Yang penting harap dapat tanam kecintaan lagi kepada Nabi Muhammad SAW.Saya mula tertarik dengan lagu tema ini yang menyentap qalbu..entah kenapa hati merasa sayu bila mendengar walaupun tidak faham ungkapan  Arabnya(Ini asbab saya ingin melihat rancangan ini)

Lagu Tema:




Seperkara yang menarik ialah kita dapat melihat hakikat masyarakat kita apabila diuji dalam beberapa hal dalam  hubungan  komunikasi kita(terutamanya Arab) dengan yang lain dan yang menarik ialah setiap alasan yang kita berikan akan dipatahkan dengan hujah-hujah yang mantap oleh pengacaranya,Ahmad Sughair.

Bagi yang mahu mengenali flow rancangan ini lebih mendalam boleh baca post INI

dan  INI pula rencana tentang pengacaranya yang mantap!

Tak mahu sembang banyak..ANDA WAJIB TONTON DULU!!


(dengan sari kata bahasa Melayu untuk memudahkan faham,Jazakallahu khairan kathira kepada Pengupload)

InsyaAllah harapa lepas ni kita menjadi penonton tegar episod-episod lain rancangan ini(rujuk channel upload di atas).

Sekali lagi,bukanlah niat saya mahu menghalang anda semua dari menonton Raja Lawak tapi mahu anda lebih cakna satu lagi rancangan realiti yang sangat bermanfaat!!

semoga cinta kita pada Nabi Muhammad SAW akan terus subur selepas menontonnya..Lebih hebat lagi kita akan mengamalkan akhlak mulia Nabi dalam kehidupan..
Inilah Mesej yang ingin disampai!!


p/s:selepas menonton..mana satu patut menjadi rancangan wajib anda?

Raja Lawak atau Law Ka Na Bainana?

anda ada jawapannya..

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

5 comments:

  1. tepuk dada tanya iman..pilih yang mana tepat

    ReplyDelete
  2. jom cuti2 ni tengok episod2nye..drama korea bleh plak marathon..hehe...

    http://www.youtube.com/playlist?list=PLF8E948782A475969

    ReplyDelete
  3. tringin sgt nak tngok...mula2 tngok tajuk dia tak faham apa2. bila dah ada penerangan, meronta2 hati nk tonton!

    ReplyDelete
  4. korea pun xtengok....ok..tq..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..sebarkan kelebihan program ni pd sahabat2 anda yang lain..moga banyak manfaat yang diperoleh..jom semai cinta kepada Nabi Muhammad SAW..Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers