Tahun Itu Sudah Berlalu..




Bismillahirahmanirrahim



Alhamdulillah masih lagi diberi nikmat Islam dan Iman dalam kehidupan ini..Tahun 2011 telah meninggalkan kita..

Ya..lihatlah betapa ramainya manusia yang telah meninggalkan dunia sementara ini..


Ya lihatlah betapa ‘porak peranda’ isu-isu yang berlegar dalam negara kita.Baik yang timbul dari kerajaan mahupun parti pembangkang..

Ya lihatlah betapa ramainya di luar sana anak-anak muda masih lagi belum mengerti apa itu erti indahnya ‘rumah Allah’..


Ya lihatlah betapa ramainya manusia yang seringkali terlupa akan segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT,apabila diuji baru beringat,apabila senang seolah-olah meletakkan Tuhan di tepi..


Ya lihatlah bagaimana kezaliman yang wujud semakin berleluasa tanpa mengira belas kasihan..

Ya lihatlah betapa di luar sana hiburan melampau semakin merajai segenap kehidupan manusia..

Ya lihatlah betapa ramainya wanita-wanita yang masih lagi berpakaian telanjang..bentuk tubuhnya..sanggul untanya semuanya bersatu menjadi tarikan pada lelaki-lelaki ajnabi..


Ya lihatlah di luar sana bagaimana anak-anak muda berpacaran sana-sini tanpa rasa segan silu..


Ya lihatlah apabila ramainya manusia yang ‘buta’ pada Al-Quran dan As-Sunnah..


Ya lihatlah di luar sana betapa banyaknya kemusnahan dan peringatan yang diberi kepada manusia sebagai balasan dan ibrah agar kembali pada landasan agama..



Ya lihatlah di sana manusia yang jahil tentang agama,ulama disindir,artis disanjung..

Ya..lihatlah berapa ramai anak-anak yang menghargai ibu dan ayah mereka..


Ya inilah warna-warni kehidupan dunia  yang sedang menuju pengakhiran usianya..Tidak terkecuali diri ini juga mampu terjerumus dengan situasi di atas.
Terlalu banyak kebaikan dan keburukan.Kadangkala kita sendiri mengeluh dan  ‘penat’ mengambil tahu segala yang berlaku..

Anda Mahu?

Siapa yang mahu merebut tawaran Allah dalam s
urah Ali Imran ayat 133 bermaksud: 

“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu dan kepada syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa..”

Jalan Dakwah  bukan hamparan mewah untuk dilalui..banyak kerja,pengorbanan dan nilai-nilai lain yang perlu dibawa.



Siapa yang mahu berebut satu lagi ganjaran Allah dalam surah As-Saff (ayat 10-11):

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).



Ya..semua ini memerlukan unsur ikhlas yang tinggi ..dikala banyak mata memandang kerja dakwah yang dilakukan..di saat merimbun kedengaran manusia tentang kebaikan yang kita lakukan..di situ keikhlasan beribadah semata-mata Allah perlu diletakkan sampai bila-bila…
   

Ya Allah diri ini memilih jalan dakwah untuk dilalui..mengejar redhaMu..namun kadangkala kami menjadi fitnah dalam dakwah dalam agamaMU..akhlak kami..akademik kami semuanya membentuk satu pandangan busuk manusia kepada kami..

Kami bukanlah  insan yang sempurna ilmunya..banyak melakukan dosa dan maksiat padaMu..

Ya Allah..kau berikan kepada kami kekuatan untuk menghadapi segalanya..Kami lemah tak berdaya..tak mampu melakukan sesuatu tanpa izinMu ..Ya Allah hidupkanlah dan matikanlah kami dalam Islam..Biarlah kami meninggalkan dunia ini  dalam jalan dakwahMu ini..

Ingat sahabatku,kita tidak mempunyai banyak pilihan selepas kematian kita nanti di akhirat kelak.Syurga atau Neraka.

Biasakanlah diri kita dengan suasana/biah  yang bertaqwa... carilah dan dekatilah
kebenaran ...dimana sahaja kita berada...Jangan kita menjadi orang-orang yang sombong…..Bagaimana pula dengan bekal takwa yang akan kita bawa?

Ya kini Tahun 2012 sudah menjelang ..renungkanlah ungkapan Saidina Ali bin Abi Talib :

"Sekiranya hari ini lebih baik daripada semalam, maka berbahagialah orang itu. Sekiranya hari ini adalah sama dengan hari semalam, maka sia-sialah orang itu. Sekiranya hari ini lebih buruk daripada semalam, maka celakalah orang itu."








P/S:
"If you don't like something change it; if you can't change it, change the way you think about it. .."

~Mary Engelbreit



Tazkirah dari seorang sahabat ....


Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

3 comments:

  1. Dakwah adalah cinta..dan cinta akan meminta semuanya darimu..

    “Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
    Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
    Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu.
    Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
    Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

    ~kita mengharapkan perubahan yg besar dalm tahun 2012..insyaAllah..

    ReplyDelete
  2. ya..lihatlah.....lihatlah..dan lihat....tapi jangan hanya sekadar terus melihat....only lihat.....jom rebut ganjaran.........

    ReplyDelete
  3. thanks atas perkongsian ini. semoga tahun ini membawa lebih keberkatan kepasa kita semua. amin :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers