Nak CD Zikir Terapi (Hafiz Hamidun) Percuma ??


Pertama kali mendengar alunan zikir-zikir dari CD Zikir Terapi Diri(Hafiz Hamidun) sangat ‘mengujakan’.Tanpa berfikir panjang saya berusaha mendapatkan album ini dengan membelinya dari kedai lagu dengan harga RM 19.90.Alhamdulillah akhirnya pencarian album ini berjaya.Ini juga kali pertama saya membeli cd original (^_^).

Album ini merupakan album ketiga beliau selepas album pertama "Hafiz Hamidun" (2007) dan album kedua "Syukran" (2009) dan album ini telah dilancarkan pada  5 Disember 2011 yang lalu.

Secara jujur saya katakan kandungan-kandungan zikir dalam album irama terapi ini sangat menyenangkan minda.Betul,hati akan tenang dengan mengingati Allah.

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 28 bermaksud: “(iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.”

Kandungan-kandungan album ini:

1.ASTAGHFIRULLAH (3:32)
2.LA ILAHA ILLALLAH (3:31)
3.SUBHANALLAH (3:29)
4.TAUBATAN NASUHA (3:18)
5.HASBI RABBI (2:57)
6.LA HAWLA WA LA (4:25)
7.ALHAMDULILLAH (3:26)
8.YA ZALJALA (3:52)
9.YA LATIF (3:15)
10.ALLAH (3:35)
11.LAWKANA BAINANA (BONUS) (3:11)

Dengarkan zikir-zikir dari album ini di saat anda mahukan ketenangan minda,di saat mahu merehatkan diri dan mengisi masa-masa lapang.

Mendengar zikir dah bagus,memahami dan melafazkan(mulut dan hati) zikir adalah lebih bagus.

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikananya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya.
(HR Tabrani. Majma'ul Bahrain).

Cara anda mendapatkan album ini:

1-Membeli album original dari kedai-kedai lagu(seluruh Malaysia)
2-Beli secara Online di SINI
3-Secara Percuma

Pembaca pastinya gembira dengan perkataan PERCUMA.

Ya saya mahu memberikan(copy) kandungan zikir-zikir terapi dalam album ini kepada follower yang ke 200 blog ini,sebagai tanda penghargaan.Jadi beruntunglah follower yang ke 200.=)

Yang lain jangan risau,kepada sahabat-sahabat yang berdekatan dengan saya boleh dapatkan secara percuma(copy) terus dari saya.

Secara asasnya saya mencadangkan agar pembaca memilki album ini..Jangan kedekut keluarkan sedikit wang untuk perkara sebegini.Kalau masih ‘degil’ tak mahu beli juga..saya sudi berkongsi memberi manfaat pada anda.(PM saya)


Penerbit Art Effect Sdn Bhd ada menyediakan beberapa official music video(pilihan) dari album ini secara percuma untuk tontonan semua.




 

Nampaknya video Hafiz Hamidun kali ini ada gaya video ala-ala Sami Yusuf..boleh gelar Hafiz Hamidun Sami Yusuf Malaysia..Terima kasih Hafiz Hamidun kerana turut menyanyikan lagu kegemaran saya LawKana Bainana sebagai Bonus..Terbaikk..=)

Alhamdulillah ..tenang mendengar..layan...

p/s:Kalau tak puas hati dengan artikel ini harap diampunkan kerana tujuan utama saya menulis artikel ini untuk promote album ini,InsyaAllah banyak manfaat untuk kita...

Mari tambahkan ilmu dengan Artikel Zikir INI.


sekian

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers