Ombak Kasih:Episod 1



Madhiah mula membuka mata.Mummy yang sejak  semalam berkampung di Hospital Sultan Ahmad mula memegang tangan Madhiah.Pandangannya tepat ke wajah Madhiah.

“Alhamdulillah akhirnya Madhiah sedar juga.Nak makan tak?Mummy ada bawakan sup cendawan Campbell  kegemaran Madhiah.”Ungkapan lega ibu Madhiah padanya.

Daddy dan Pak Cik Khair yang berada di sekeliling katil Madhiah pun turut tersenyum melihatnya.

“Madhiah di mana ni Mummy? ” Tangan kanannya memegang kepalanya yang berbalut.Kebingungan.Seingatnya  sebelum ini dia dan rakan-rakannya bermain air di Pantai Kuala Ibai.Selepas itu dia terlelap sehinggalah dia berada di wad Pesakit Luar Hospital Sultan Ahmad.

“Sewaktu  leka bermain air kamu pengsan dan lemas.Mujurlah ada orang yang selamatkan kamu.Panjang ceritanya,nanti balik rumah Daddy  sambung....” sahut Daddy .

“Yang penting sekarang anak kesayangan Mummy ni selamat…” ..sambung Mummy sambil mengusap-usap rambut Madhiah.

Ya,belaian seorang ibu memang tiada tandingannya dengan belaian kawan kita.Tidak sama juga dengan belaian dari seorang guru.Sentuhan seorang ibu kepada anaknya  sentiasa menyuburkan  benih kasih sayang.Penuh keberkatan.Itulah kata orang lama masakan ibu di rumah lebih hebat dan sedap berbanding  makan masakan di luar rumah.Tiada tandingan.

Kelihatan seorang Doktor keturunan Sikh  masuk ke bilik Madhiah bersama jururawat.Mudah dikenali disebabkan ketaatan dia mengikut tradisi kepercayaan memakai dastar di atas kepala.

Dr Shahab Singh.Madhiah terbaca nama yang terselit di saku jubah doktor itu.

Selepas memeriksa tahap kesihatan,Dr Shahab memberi kebenaran untuk Madhiah pulang ke rumah berehat.Kebetulan tempoh rehat diberikan cukup sebelum Madhiah memulakan pengajian bagi semester barunya di Universiti.

“Mummy..siapa sebenarnya yang menyelamatkan Madhiah?” pantas Madhiah mahu membongkar cerita sebenar.

Kereta Toyota Alphard laju menyusuri jalan  ke kediaman indah Tuan Said,seorang bisnessman yang berjaya.Ayah kepada Madhiah.

Keadaan menjadi sepi seketika.Mummy dan Daddy terdiam.Masing-masing  teragak-agak di mana mahu memulakan kisah sebenar.Mungkin mahu disimpan seketika kisah itu.Biarlah kesan luka di kepala Madhiah sembuh dahulu.Namun desakan Madhiah semakin merimaskan mereka.Ya,naluri seorang perempuan memang hebat.Kuat inginkan kepastian sesuatu perkara.

Daddy memulakan kisah di mana seorang  pemuda bernama  Syahid  yang menyelamatkan nyawa Madhiah sewaktu dia lemas  bermain di pantai bersama rakannya sehinggalah dia dibawa ke hospital.

Madhiah cuba mengimbas kembali peristiwa  bergembira bersama rakannya di pantai itu.Hampa.Dia tidak ingat apa yang terjadi selepas kepalanya terhantuk pada sebuah batu lalu dihempap ombak.
Kisah tentang  wira yang menyelamatkannya itu  menjadi perhatiannya.

 “Siapakah dia?..Seorang pemuda?..” fikiran Madhiah dihujani persoalan tentang lelaki itu.

Tiada jawapan tepat mengenainya.

“Aku mesti mencarinya.Aku sudah berhutang nyawa dengannya.”Madhiah terus  mengunci mindanya agar nekad menemui pemuda itu.

Niat dipasang.Kereta  Satria Hitam hadiah hari lahir ke-22nya dari Daddy dihidupkan. 25 Solok 3,Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu.Ya.Itu alamat yang diberikan Pak Yaakob,driver Daddy.

Jalan ke Kuala Terengganu dari Kota Bahru sudah dalam otak.Masakan tidak kalau banyak kali dia berulang alik dari rumah untuk ke universitinya setiap sebulan sekali.Kalau nak diikutkan orang kerap pulang ke rumah sewaktu pengajian dikatakan anak manja.Nak buat macam mana dah Madhiah satu-satunya anak kepada pasangan Said dan Nadiah.Sunyi agaknya rumah tanpa anak!

Bandar Kuala Terengganu sudah sebati dengan jiwanya. Baik dari kawasan pasar malam mahupun tempat-tempat yang sering menjadi tumpuan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaysia Terengganu(UMT) seperti Mesra Mall,Mydin Mall dan Giant Hypermarket.

Enjin kereta dimatikan.Keluar seorang perempuan berwajah manis sambil memegang sekeping kertas.Gadis itu ialah Madhiah.Diangkat kaca mata hitam aviator ke atas rambutnya.Matanya menyapu seluruh isi halaman rumah kampung itu.Tas tangan  coklat berjenama Komodo  diambil dari tempat duduk penumpang.

“Assalamualaikum makcik,tumpang tanya ini rumah saudara Syahid kah? Madhiah terus bertanya kepada seorang makcik yang kelihatannya sedang menyapu sampah di halaman rumah.Mungkin ibu kepada Syahid kut.

Mak cik itu mengangguk perlahan..Betul,cik ni siapa ya?
Saya mak Syahid sambil menggelar panggilan dirinya Mak Cik Khadijah.

“..saya rakan Syahid..” Madhiah bingkas menjawab sambil tangan dihulur bersalaman dengan Mak Cik Khadijah.

“Owh..jemput masuk dalam rumah dulu..Syahid  tiada.Dia keluar ke masjid sekejap solat Jemaah..”
Mak Khadijah agak musykil sedikit.Tidak tahu pula Syahid ada kenalan rakan wanita yang tidak bertudung kepala.Gayanya persis seperti anak orang kaya.Mukanya sebiji macam Rianti Cartwright,watak Aisya dalam filem Ayat-Ayat Cinta.Muda lagi…anggun bergaya dengan berbaju kurung kuningnya…bisiknya lagi.

“ Jemput duduk dulu..sekejap mak cik buatkan air..minta maaf kalau rumah ini sempit sedikit..”nada rendah hati Mak Syahid.

“Terima kasih mak cik…saya ni menyusahkan mak cik pula..” Madhiah berasa serba salah…tapi dia tahu ini memang adat orang Melayu apabila tetamu datang rumah..layan sebaik mungkin..kata orang tua-tua bawa rezeki!

Assalamualaikum….

“Waalaikumussalam..” salam dijawab Madhiah..

Kelihatan seorang lelaki masuk ke rumah Mak Cik Khadijah..


Badan tegap.Mukanya iras Kholidi Asadil Alam yang melakonkan watak Abdullah Khairul Azzam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih,satu-satunya cerita cinta islamik yang pernah ditontonnya.Cuma bezanya lelaki ini tiada tahi lalat macam Kholidi di kanan atas bibir.


bersambung...









EPISOD 2 , EPISOD 3  (TEKAN LINK)

p/s:cerita ini adalah rekaan semata-mata.Segala nama watak dan tempat tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang meninggal.Jangan lupa nantikan episod 2 nanti.Sebarang respon amat dialu-alukan..


Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

7 comments:

  1. Ya,naluri seorang perempuan memang hebat.Kuat inginkan kepastian sesuatu perkara...~totally agree with this statement..

    Good job brother..Congrates!
    keep writing..

    can't wait for the next episodes.. :)

    ReplyDelete
  2. menarik cerpen zufar nie.... watak2 utama nya nmpk sungguh realistik....

    ReplyDelete
  3. nama hospital mcm ada dua.. hospital yang sama atau memang ada dua?

    1. .Mummy yang sejak semalam berkampung di Hospital Sultanah Zahirah mula memegang tangan Madhiah.

    2. Selepas itu dia terlelap sehinggalah dia berada di wad Pesakit Luar Hospital Sultan Ahmad.

    apa-apa pun, karya enta mantop! keep it up!

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih kepada yang sudi membaca..saya sudah perbaiki mana kesalahan yang tidak perasan sebelum ini..nantikan episod nanti..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum... Salam Ziarah buat Zufar,

    Tahniah atas usaha yang ditujukan. Satu permulaan yang baik, susunan ayat yang kemas dan teratur serta tdpt juga ayat2 yang terkesan dijiwa. Soal kesilapan, tidak mengapa, tidak ada penulis yg tdiak mmbuat kesilapan. Ramai rakan2 pembaca yang teliti dan akan mbuat teguran membina. Yang penting pastinya karya ini dapat memberikan manfaat buat para pembaca... Insya'ALLAH, akan terus mengikuti kisah ini.

    Selamat Maju Jaya...

    ReplyDelete
  6. Assamualaikum saudara Zufar Marwah, Pertama sekali, syabas saya ucapkan diatas penulisan yang sangat baik dari saudara.Di zaman yang semakin moden ini semakin kurang anak-anak muda hebat seperti saudara Zufar yang berminat dalam bidang penulisan, bidang yang mungkin tidak popular, tetapi mampu memartabatkan bahasa malaysia di mata dunia, syabas sekali lagi saya ucapkan kepada saudara.

    mengenai cerpen diatas, sebagai pembaca, ada yang seperkara yang saya kurang jelas iaitu di perenggan ini.
    "Daddy memulakan kisah di mana seorang pemuda bernama Syahid yang menyelamatkan nyawa Madhiah sewaktu dia lemas bermain di pantai bersama rakannya sehinggalah dia dibawa ke hospital."

    siapakah "dia" , adakah merujuk kepada Madhiah? jika Madhiah adalah orang yang dimaksudkan, mengapakah saudara tidak menggunakan d huruf besar sebagai nama panggilan adakah dia itu menunjukkan orang ketiga? dan mengapakah saudara mengunakan "rakannya" ketika ayah Madhiah menceritakan keadaan sebenar kepada Mardhiah, "rakannya" itu juga menunjukkan ayah Madhiah merujuk kepada orang ketiga dalam perbualan tersebut. Jadi soalan saya adakah "dia" itu Mardhiah atau orang ketiga? itu sahaja yang saya kurang erti.

    Komen dari saya, keseluruhan cerita ini sangat menarik, susunan ayat yang kemas, pemilihan perkataan yang mudah difahami dan cara penulisan yang membuatkan seolah-olah kita berada disitu.Tahniah saya ucapkan atas novel ini, tidak sabar rasanya menunggu bahagian dua. Semoga saudara Zufar berjaya dalam bidang penulisan yang saudara minati ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih tuan.. saya dah keluarkan episod 2 dan 3 ..sudi2lah baca .. =)

      Delete

Powered by Blogger.

Followers