Ombak Kasih:Episod 2


Episod 2:

Madhiah menghulurkan tangan untuk bersalaman..Nama saya Madhiah…

Syahid teragak-agak.Mana mungkin dia sanggup nak  membiarkan tapak tangannya bersentuh dengan seorang perempuan bukan mahram.

Maaf cik,saya tidak bersalaman dengan wanita bukan mahram…Saya Syahid….lembut saja tutur kata Syahid.Rasa bersalah juga mahu mengungkap sebegitu,bukan apa takut disalah tafsir yang bukan-bukan..tapi demi menjaga halal haram.

Madhiah cepat-cepat menarik semula tangannya.Merah sedikit mukanya.Mungkin malu agaknya.Sebelum ini dia tidak rasa bersalah untuk mudah bersalaman dengan lelaki bukan mahram.

Mak Cik Khadijah membawa air sirap bersama kepok losong.

Ruang tamu rumah Syahid memang  nampak sempit.Nak kata perabot banyak pun tak juga,mungkin susunan barang-barang di ruang tamu itu tidak berapa kena.

Syahid duduk di sebelah ibunya.Mak Cik Khadijah menemani.Tak manis membiarkan anak bujangnya itu berbual berdua-duan sekalipun dalam rumah.Tak elok dipandang orang.

Syahid mengimbas wajah perempuan dihadapannya itu.Ingat-ingat lupa..

" Tujuan saya datang ni nak ucapkan bebanyak  terima kasih kerana menyelamatkan saya tempoh hari.." balas Madhiah sambil menikmati kepok itu dengan coleknya,memang nikmat makan tengah-tengah panas ni.

Baru ingat..Ini perempuan yang saya selamatkan tempoh hari.Astaghfirullahalazim…Syahid memejamkan mata sebentar..Tak mahu diungkit kisah itu.Ianya boleh membawa fitnah jika disebut-sebut.

"Alhamdulillah cik selamat .." Syahid sekadar  memendekkan ayat.
" Boleh tak saya tahu apa yang terjadi ketika itu…" Madhiah inginkan kepastian.

Astaghfirullahalazim…Syahid memejamkan mata sebentar..Tak mahu diungkit kisah itu.Betul-betul boleh bawa fitnah jika diingat-ingat.Tapi apakan daya tewas dengan desakan wanita.
" Ketika itu saya sedang membaiki perahu kepunyaan ayah saya..tiba-tiba terdengar orang menjerit pertolongan dari sebelah kanan pantai.Terus saya meluru ke arah jeritan itu.Nampak seorang perempuan sedang terkapai-kapai ditarik ombak ke kawasan tengah pantai.Alhamdulillah saya berjaya menyelamakan cik Madhiah dengan sedikit kemahiran berenang yang dipelajari dari arwah ayah saya.."

Saya nak minta maaf juga kerana sewaktu menyelamatkan cik Madhiah saya terpaksa memegang tubuh cik Madhiah.."  Syahid tunduk dalam nada  keinsafan.
"Owh..tidak mengapa..asalkan kamu berjaya menyelamatkan orang.Itu lebih penting bagi saya.." Madhiah melepaskan kuntuman senyum pada Syahid.

Mungkin bagi ‘gadis’ biasa seperti Madhiah tidak kisah situasi dalam keadaan darurat tidak ada masalah bagi seorang lelaki bukan mahram menyentuh tubuh wanita tetapi tidak bagi lelaki seperti Syahid.

Beristighfar panjang Syahid sebelum Menyelamatkan Madhiah tempoh hari.Dia sangat memperhalusi soal hukum.Tersilap sangka takut dimurkai Allah.Dalam kaedah usul fiqh, boleh menyentuh wanita dalam keadaan darurat atau kecemasan seperti  gempa bumi dan sebagainya demi menyingkirkan bahaya atau ancaman tetapi dengan patuh syarat-syarat yang digariskan syariah.


Sejam berada di rumah itu belum cukup buat Madhiah.Cepat sahaja masa berlalu. Penjelasan Syahid cukup menarik.Ibarat seorang hero menyelamatkan puteri  dalam keganasan raksasa laut.Pengamatan awal Madhiah mudah mengenai perwatakan Syahid.Sangat merendah diri .

"Saya minta diri dulu ya Mak Cik Khadijah .." Madhiah menghulurkan tangan bersalaman dengan ibu Syahid..

Kini giliran Syahid..kali ini dia berhati-hati..tidak menghulurkan tangan bersalaman dengan Syahid.Dia mula menghadam erti haram!

Dikeluarkan satu sampul berisi sedikit wang untuk diberikan kepada Syahid.

Pada asalnya Syahid mahu menolak pemberian tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah dengan semangat kesungguhan Madhiah.Dia sedar niat murni Madhiah.

Kereta Satria Neo milik Madhiah meninggalkan halaman rumah Syahid.

"Barangkali Madhiah ini anak orang kaya.." teka Mak Cik Khadijah.

"Betul..bukan main banyak lagi wang yang diberikan kepada Syahid.." Syahid menunjukkan sampul duit yang diberikan Madhiah tadi kepada ibunya..

RM 200..

"Alhamdulillah..memang banyak…ibu cadangkan kamu sedekah saja sebahagian  duit itu dekat masjid kampung kita dan sebahagian lagi untuk anak-anak yatim.Itu amal jariah terbesar untuk kamu..terpulanglah kalau mahu mengambil sedikit wang itu.."

" Terima kasih ibu atas cadangan ini..saya sedar ini bukannya milik saya..tetapi duit ini milik orang ..saya berhak sikit saja ke atas duit ini " dengan senyuman manis  Syahid lontarkan kepada ibunya.

Dalam hati kecilnya berbisik beruntung mempunyai ibu yang sangat memahami dan baik hati.
Teringat dia pada kisah Saidina Umar Abdul Aziz yang penuh dengan sifat kesederhanaan pemimpin khalifah Kerajaan  Bani Umaiyyah.

Pernah pada satu ketika Saidina Umar menerima wang daripada isterinya yang menyuruhnya membeli daging. Apabila ditanya dari mana memperoleh wang itu, isterinya menjawab wang itu dikumpul daripada pemberian suaminya setiap hari sebagai nafkah yang disimpannya dalam tabung.

Lalu dijawab oleh Saidina Umar, ini bermakna pemberiannya setiap hari itu sudah berlebihan daripada keperluan harian. Saidina Umar terus mengambil wang itu, dimasukkan dalam Baitulmal dan tidak dibelikan daging seperti disuruh isterinya dengan alasan masih ramai yang memerlukan wang.

Walaupun kisah ini ‘lari’ dari kisah Syahid,tapi dia kagum dengan sikap Khalifah Umar yang benar-benar amanah dan sentiasa rasa cukup dengan setiap nikmat.

Kipas di siling terus ligat berputar..membawa bersama angin sejuk dari pendingin hawa bilik Madhiah.Bilik itu diwarnai dengan dua warna berbeza.Sebelah dinding kanan dan kiri dicat warna biru manakala dinding bahagian depan diwarnakan biru laut.Madhiah percaya terapi warna biru yang mampu memberikan ketenangan minda,sesuai dengan jiwanya yang suka menulis.Kelihatan juga di almarinya dilekatkan dua poster Miley Cyrus,aktres dan penyanyi terkenal kelahiran Amerika Syarikat sedang senyum.Dia cukup minat sangat dengan lagu The Climb.Lentok dibuatnya bila mendengar lagu kegemarannya itu.Ulang banyak kali pun tak bosan.Penuh inspirasi liriknya!

 Mata Madhiah menala siling.Terasa gembira selepas berjumpa dengan keluarga Syahid.Hingga hari ini dia tidak jumpa lagi lelaki macam Syahid. Pandangannya dijaga.Syahid seorang yang menjaga agama agaknya.Macam ustaz!

‘Lelaki macam inilah yang diimpikan seorang wanita.Termasuk aku..

Tetapi haruskah aku mudah mentafsir seorang lelaki dengan budinya terhadap aku?
Perlukah aku mempercayai bulat-bulat perwatakan Syahid yang cukup alim hanya dengan  pertemuan sesingkat  satu jam itu tadi? ’ Fikirannya mula menyoal Syahid ini lelaki yang jenis macam mana..

Tapi aku dan Syahid macam  In the same boat but different cabin?

Arghh..tak..tak.. aku kena bersikap matang..Periksa mendalam perwatakan sebenar Syahid.Aku mahu mengenali hati lelaki yang bernama Syahid ini.

Syahid teman lelaki yang pertama?

Tersenyum lebar Madhiah..Itu tekadnya..mahu memahami isi hati Syahid dahulu sebelum melangkah jauh membuka pintu kota A Famosanya sekiranya mahu dibuat suami.Bukan apa,takut-takut tak serasi jika tak berkenalan dahulu…

bersambung…


p/s:cerita ini adalah rekaan semata-mata.Segala nama watak dan tempat tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup ataupun yang meninggal.Jangan lupa nantikan episod 3.Sebarang respon amat dialu-alukan..

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

3 comments:

  1. tak sabar nak tunggu sambungan..
    ^_^

    ReplyDelete
  2. pengolahan yg menarik..

    bila sambungannya?

    ReplyDelete
  3. insyaAllah cuba usahakan teruskan epidsod2 mencabar dalam cuti ni..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers