Sekilas Forum:Kahwin Muda

 

Alhamdulillah syukur kerana kali ini dapat bergandingan atas pentas majlis ilmu bersama dengan orang-orang hebat.Tetapi bukannya selaku ahli  panel cuma moderator.Panggilan saat-saat akhir menggantikan moderator asal,akhi muhajirin yang demam betul-betul memberikan cabaran.Alhamdulillah dalam masa yang terhad Allah berikan peluang dan ilham untuk menyediakan beberapa soalan-soalan untuk ahli panel dan melakukan sedikit kajian.

Suami Isteri bermain kuda,
Forum kita  Hari Ini Kahwin Muda.

Itulah pantun permulaan yang disampaikan ketika bermulanya Forum Di Anjung Cinta : Kahwin Muda yang melibatkan dua orang Panel iaitu Ustaz Dr Ismail Musytari (Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM) dan Ustazah Fatimah Syarha (Personaliti & Penulis).

(Penulis bersama ahli panel)


Sambutan forum cukup hangat.Truely spoken inilah antara majlis ilmu yang berjaya menghimpunkan ramai bilangan hadirin(dalam anggaran 700-800 orang).Ya,tajuknya begitu dekat di hati.Bicara cinta memang punyai tarikan kuasanya tersendiri.Tidak kira geng ‘tudung labuh’,geng ’jubah’,geng ‘tudung biasa’ dan segala macam geng datang memeriahkan majlis ilmu.Tak kiralah siapa pun kelompok anda yang penting kita nampak islam itu indah dari segala aspek kehidupan apatah lagi mengamalkan.

Tak banyak mahu dikongsikan pengisian forum cuma  mahu memetik beberapa nasihat dari ahli panel.Ustazah Fatimah Syarha memesan masih banyak lagi 'kerja' yang perlu dilakukan agar mampu menarik ramai lagi mad’u memahami islam.Kita perlu kreatif dalam memahami addin selagi mana tidak menyalahi syarak.Ustaz Ismail ada menceritakan, disaat lafaz sakinahnya, dia meminta zaujahnya mengingatkannya untuk solat berjamaah. Alhamdulillah,sehingga sekarang ustaz dapat menjaga solat berjamaah.Sungguh beruntung punyai isteri sebegini.
(sebahagian muslimin dan muslimat dalam DSI)

Ini antara yang melekat di hati penulis walaupun banyak lagi perkara mahu dikongsikan..
Sahabat-sahabat pembaca boleh melihat rakaman video Forum tersebut yang saya kira banyak perkongsian ilmu yang ditabur ahli panel..

           (Part 1)
 
          (Part 2)

sempat saya coretkan puisi rangkuman forum malam tersebut khas untuk pembaca:
Coretan Si Syabab

Jika ditanya soal zina,apa mahu dibicarakan lagi,
Selagi mana mata,ibtisam,pertemuan tidak dikawal,
Selagi itulah hati mendekati zina.
Jika ditanya apa persiapanmu kahwin muda,
selagi mana soal solat belum ‘selesai’,
selagi itulah kayu ukur disiplin diri ini disebut.
Jika ditanya lagi apa persiapan utama kahwin,
Maka carilah kekreatifan diri mendekati addin,
Letakkan Pencipta dalam hidup kerana dia yang utama.
Jangan sesekali jahilkan diri dan pasangan soal addin.

Jika diheret persoalan kahwin muda,
Awasilah tutur kata diri dalam bercinta sebelum bina mahligai,
Semailah kecintaan alquran dalam jiwamu,
Nescaya engkau mendapati Allah itu dekat.

Jika diminta pesanan kepada mawar-mawar berduri,
Dengarlah antum sekalian,
Pelihara maruah,berhati-hati godaan si lelaki
Katakan padanya kalau mahu dapatkan hati si mawar,
Sila lakukan secara terhormat,
Falsafah cinta selepas nikah adalah hebat,
Moga cinta halal yang dibina kelak dirahmati Allah.

                                    (Penulis bersama Ustazah Fatimah Syarha dan AJK)

Semoga segala gerak kerja dan amal kebaikan dilakukan kita diterima Allah..


p/s:sempat mengambil tandatangan dan pesanan ustazah di buku sendiri(Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasul) dan meminta tips dalam bidang penulisan.Syukran jazilan kathira kepada semua sahabat yang membantu sepanjang program.. =)


Allah ♥ us ... keep moving closing to Allah..

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

5 comments:

  1. Wowowow!! Bulan Mei bulan berforum cinta rupanya. heheh.. Sempat bergambar lagii... Saya tak ambil kesempatan bergambar peribadi dengan ahli panel... Bukan tak berkesempatan ye~

    Abang Saiful Rahman pun sama. Hehe.
    http://kilatanhati.blogspot.com/2012/05/vanilla-coklat.html

    Ambo:
    http://cetusfikir.blogspot.com/2012/05/nak-tulis.html

    ReplyDelete
  2. bdk2 kmpp jadi moderator.. alhamdulillah.. kita hebat!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...mari kita sama-sama usahakan jadi muslim yang hebat..!!

    ReplyDelete
  4. salam alaik.. bertuahlah... FATIMAH SYARHA ...dapat jadi moderator ..tahniah.. yang ana suka puisi yang tajuknya CORETAN SI SYABAB .. tahniah . best .. alhamdulilah :) ^__^

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..info yang sangat bermanfaat. sila lawat blog dan website saya di www.mahligaiimpiann9.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers