Checklist Cuti (3 Bulan) ?

Assalamualaikum...Bismillahirrahmanirrahim..Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

memang sudah lama tidak 'menconteng' sesuatu di laman ini..istilah 3 M sentiasa menghantui lagi setiap kali mahu menulis ..'Malas', 'Menyibuk(kerja lain)' , 'Motivasi'..

Secara prinsipnya,saya memang kurang berminat untuk menulis banyak mengenai kisah peribadi(kena control) dalam kehidupan seharian tetapi lebih gemar menterjemah dalam bentuk yang lebih memberi manfaat.Pengalaman,karya-karya,'berita ummah' dan kisah-kisah menarik antara yang memenuhi ruang ini...

Tidak kira dalam apa jua perancangan yang mahu dibuat dalam kehidupan ini perlu ditulis supaya kita lebih fokus dan terus tidak terlupa..(Tak cukup dengan menyenaraikan,tapi bertindak sama!)

sebagai contoh:merangka dan menulis bagi seseorang yang mahu membina baitul muslim 

InsyaAllah dalam cuti 3 bulan kali ini antara aktiviti utama yang saya akan lakukan:

-wajib mengikuti Latihan Industri (tempat:TNB) di P.Pinang(10 minggu)
-gerakkan satu program motivasi untuk pelajar sekolah Menengah/Rendah
-wujudkan tuisyen/tutor singkat untuk subjek favorite(Add Math,Math)..*kalau tak dapat anak murid,anak menakan(anak saudara) mesti wajib join..=)
-Tingkatkan lagi ilmu agama(Cth:ikuti majlis-majlis ilmu mana yang mampu join(cegah 'malas'),'khatamkan' sebanyak mungkin koleksi-koleksi buku ilmiah di rak(*paling sukar berdasarkan pengalaman orang lelaki)
-rajin menulis karya-karya@artikel(siapkan novel bersiri:Ombak Kasih)
-upgrade jadi anak soleh(duduk rumah jangan dok malas tolong ibu bapa,doakan dan 'gembirakan' hati mereka,dll)
-tingkat ukhuwah ( jumpa sahabat-sahabat lama,komunikasi dengan jiran)
-aktiviti-aktiviti yang menghubungkan diri dengan perjuangan Islam

-layan juga game2 favorite(game bentuk minda)
-juga termasuk planning 'projek #$@*% '..... =)

                              

#semoga sedikit penulisan mana yang baik ini pengunjung boleh ambil manfaat... mari kita sama-sama usahakan cuti ini kosong jiwa kita...mungkin tak semua dapat kita buat...sekurang-kurangnya ada usaha...kita hanya merancang..Allah adalah sebaik-baik perancang..Saya bukan 'pakar perancang'..tetapi kita seharusnya tahu keperluan dan keutamaan diri dalam masa cuti kita lagi-lagi dalam merencanakan usaha memahami agama Islam...'MOHON SHARE' IDEA AKTIVITI N TIPS2 JIKA INGIN  TAMBAH PAHALA ... semoga kita sempat bertemu dengan ramadahan tahun ini..

bagi anak lelaki jangan lupa ambil kesempatan belajar dengan ibu kita dalam soal urusan di dapur...ilmu ini sangat berguna di masa hadapan...(the same goes to muslimah)

sama-sama terus doakan yang terbaik buat ayah ibu,sahabat-sahabat,guru,jiran dan muslimin muslimat..

Alangkah untungnya jiwa-jiwa yang selalu dibasahi dengan nafas mengingati Tuhannya sehinggalah saat dia menghembuskan nafas terakhir dan menjumpai Tuhannya..

Jom sama-sama jadi orang yang suka memberi manfaat...

p/s:tahniah kepada sahabat2 dan senior2 saya yang berjaya menghabiskan pengajian di kampus masing2.. semoga istiqamah dalam perjuangan  ...nanti jgn lupa jemput kenduri na..=)

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers