Hatiku Milik Siapa?




Alhamdulillah .. sekali lagi diberi peluang menjadi moderator dalam sebuah forum sempena Program SYOK 2012 (Hari Terbuka KTC 2012). 

                                          (Penulis di tengah-tengah bersama ahli panel)

Terima Kasih kepada penganjur kerana memberikan ruang untuk penulis bersama-sama memeriahkan majlis ilmu di bumi UTM.

Hang asyik jadi moderator cinta saja’, kata seorang sahabat.

Ya,penulis bukanlah yang terbaik untuk berada di kerusi tersebut,tapi  akan cuba buat yang terbaik setiap kali diberi ruang.Saya tahu  memang suka bercakap (walaupun saya bersetuju yang saya perlu lebih banyak berfikir daripada bercakap).Dan I'm supposely not to be call as Duta Cinta ( 'xlayak lagi')

'Asyik-asyik tajuk cinta saja yang dibincangkan..'  rintih seorang sahabat lagi.
Nak buat macam mana,agaknya orang UTM ni suka bincang tajuk cinta.Kadangkala saya pun mengeluh.Cinta sokmo.Cinta itu subjektif dan relatif.Tak salah kita bicarakan soal cinta.Masih ramai di luar sana yang dahagakan pengertian cinta yang perlu diraih dan dinikmati.Jika teori(Hierarki) Abraham Maslow mengatakan cinta diletakkan di tingkat ke-3 selepas fisiologi(makan,minum dsb) dan keselamatan,tapi dalam Islam , sebenarnya cinta sangat berkait rapat dengan iman.Nak bercinta..kena ada ilmu..kena beramal.Maka mengapa tidak sebarkan ilmu bercinta yang sebenar kepada semua.
Suami Isteri minum air kelapa,
Tajuk Forum kita :Hatiku Milik Siapa.
Biasanya,pantun 2 kerat merupakan cliché dalam pembukaan saya.
Banyak perkongsian yang bermanfaat diperoleh dalam forum tersebut.Saya terharu melihat salah seorang ahli panel (Dr Arieff Saleh) berkongsi beberapa cetakan helaian kertas mengenai Doa Cinta beserta Doa Sembahyang Istikharah kepada semua yang hadir dalam forum.InsyaAllah saya berkongsi dengan pembaca semua doa yang dimaksudkan.

( Doa Cinta)
Imam Ghazali menyebutkan hati adalah raja dalam badan kita.Anggota badan pula merupakan tentera.Hati akan memberikan arahan,anggota badan akan melaksanakan.Dalam sebuah hadis:
  
Maksudnya : Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI.  

( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Ya. Segalanya bermula dengan hati.Memang sukar menjaga hati.Sentiasa cuba yang terbaik membawa hati dekat pada Allah.

Lazimkan doa ini:
Wahai pembolak-balik HATI, tetapkanlah HATI kami dalam agama-Mu dan ketaatan kepada-Mu..
Cinta itu letaknya di hati.Cinta asal dari syurga.Diturunkan dan disebarkan ke dunia.Maka kembara cinta pun bermula.Menjadi tanggungjawab kita untuk bercinta hingga ke syurga semula.



 (Solat Istikharah)

Antara rumusan penting pesanan dalam kandungan forum :
-Jaga solat di awal waktu , jaga kualiti solat
-Jangan zalimi cinta! Kita tak mahu dicintai oleh orang yg memudaratkan dan lupakan akhirat
-Carilah cinta orang yg mencintai Allah dan orang yang dicintai oleh Allah
-Dr Arief mencadangkan memiliki buku:Panduan Bercinta dan Memendam Rindu (karangan  IBNU QAYYIM AL-JAUZIAH)
-Elakkan cinta yang negatif : 1.asyik  2.angau 3.gila  4.pengabdian(hamba cinta)
-Kita milik Allah. Hati kita pun milik Allah. Kalau awak nak curi hati seseorang dan menjadikan dia milik awak, berusaha(cara yang syarie) dan berdoalah kepadaNya.
-Beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Dia temukan padamu pemilik terbaik
-Guna approaching yang Halal.Kalaulah betul2 kita minat seseorang , fikirkan jalan yang terbaik menurut syarak untuk mendapatkannya dengan cara yang halal (cnth:jumpa mak dan ayah,direct terus tanya masih 'kosong',dan sebagainya selagi cara itu tidak dimurkai Allah) 
-Jinakkan diri untuk melakukan solat Istikharah dalam membuat apa-apa pilihan 
-Lelaki makin lama makin laku, perempuan makin lama makin tak laku
(Menurut falsafah Dr Arief: SAHAM BAGI SISWA/PELAJAR LELAKI
TAHUN1: SAHAM DITUTUP
TAHUN2: SAHAM BERCAMPUR-CAMPUR
TAHUN3: SAHAM MELONJAK TINGGI
TAHUN4: SAHAM MELONJAK DENGAN KEUNTUNGAN

SAHAM UNTUK SISWI/PELAJAR PEREMPUAN:
TAHUN1: SAHAM MELONJAK TINGGI DENGAN KEUNTUNGAN
TAHUN2: SAHAM MELONJAK TINGGI
TAHUN3: SAHAM BERCAMPUR-CAMPUR
TAHUN4: SAHAM DITUTUP TIDAK DINIAGAKAN
(^_^)



Saya mengakhiri forum dengan membacakan beberapa  ungkapan indah:


“Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya. Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.”



Payung tidak mampu memberhentikan hujan tapi dengan payung kita mampu berdiri dalam hujan tanpa basah. Begitu juga dengan keyakinan, ia mungkin tidak memberi kita kejayaan tapi ia mampu memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran.
maka kuatkan keyakinan kita kepada Allah SWT.



To love someone is nothing,
to be loved by someone is something,
to be loved by someone you love is exciting,
but to be loved by Allah is everything!!!

(Cadangan Buku patut dimiliki oleh Dr. Arief Salleh bin Rosman)

Jazakallahu khairan kathira pada Dr Arief Salleh dan Ustaz Nasir Masroom atas perkongsian dengan kami semua .. Semoga Allah memberi ganjaran sebaiknya pada kita semua ..


p/s: Ada sahabat bertanya pada saya.. hati awak milik siapa selepas Allah,Rasul dan Ibu Ayah?
Saya lebih suka menjawab biarlah masa yang menentukan .. =)



Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers