Nafas Hijrah



|PUISI|

Nafas Hijrah

Lembaran wajah tahun Islam bertukar lagi
Betapa banyaknya contengan maksiat ditulis
Betapa lemahnya diri ini wahai Tuhan
Semua sisi buruk dan baik setahun yang lalu akan ditinggal
Tiba masanya buku catatan baru dihampar

Kini basahkan diri dengan niat suci semula
Perbaharui apa yang tidak tercapai
‘Lamaran’ lama turut dibawa ke tahun baru
Suaranya masih ditutup cermat
Biarlah keyakinan hatinya mengungkap jawapan yang tidak pasti

Aku akan terus di bumi ini
Warna perjuangan dakwah harus dilakar
Fitnah diri harus diatasi
Buktikan dirimu muslim yang sejati
Perkemaskan langkah kehidupan
Doa kalian amat bernilai

Ayuh .. lantunkan pujimu kepada Tuhan
Usah bertangguh tingkatkan keyakinan kepada Maha Esa
Dia Maha Segala-galanya
Pohonkan permulaan dan pengakhiran yang baik
Bajailah kesuburan iman di nafas hijrah ini.


 =)

Pena Zhijau,
(Zufar Marwah)
Gelugor,
14.11.2012
29 Zulhijjah 1433H



Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers