SKILLFUL

                                                     By : Zufar Marwah


Tahukah anda bahawa Nabi Muhammad SAW seorang yang skillful dalam hidupnya.Nabi Muhammad memiliki skill yang tinggi dalam pelbagai cabang.Kita ambil contoh dalam aspek komunikasi.Spesifikkan lagi dalam skill komunikasi rumah tangga.Suatu ketika isteri-isteri baginda berkumpul di hadapannya ditanyakan soalan siapakah antara mereka yang baginda cintai.Baginda tersenyum lalu berkata baginda akan memaklumkan kemudian.Selepas itu, Rasulullah telah memberikan cincin kepada isterinya setiap seorang. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isterinya yang lain. Pada hari yang lain mereka berkumpul lagi, dan ternyata mereka mempertanyakan hal yang sama: “baginda, siapakah diantara isteri-isteri baginda yang paling baginda sayangi? ”. Rasulullah tersenyum, lantas menjawab “Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas karena menyangka hanya dirinya saja yang dihadiahi cincin dan hanya dirinya yang tidak diasingkan.Nah lihatlah betapa bijaknya Nabi dalam mencuri hati isteri-isterinya. Mungkin barangkali bagi mereka yang berpoligami juga tidak pernah terfikir skill sebegini.Tetapi tidak bagi Nabi.Penuh bergaya.

Definisi

Skillful menurut kamus Merriam webster : 1.possessed of or displaying skill(Expert)
                                                      2.accomplished with skill (ex: a skillful treatment)

Skillful menurut Kamus Oxford (Compact Advanced Learner’s) pula merujuk kepada orang yang
mempunyai atau memiliki kemahiran dalam sesuatu perkara.

Contoh skillful yang mudah difahami selain dari contoh ‘romantis’ di atas ialah Lionel Messi,pemain bola sepak bertubuh kecil dari Argentina yang beraksi untuk kelab Barcelona FC dilabel seorang pemain yang skillful.Lihatlah aksi dia setiap kali menggelecek bola dan cara dia menjaringkan gol.Bergaya sekali! Penuh dengan skill dan elastik! Penonton mahupun pihak lawan pasti ‘tersihir’ dan terhibur dengan persembahan cemerlang dipamerkan dia.

Ada apa dengan Skillful ?

Mari kita melayari kepentingan skillful ini dalam konteks yang boleh dimanfaatkan untuk Islam.Kita sedia maklum dalam sistem pendidikan Malaysia seawal usia 4 tahun lagi kanak-kanak diberi pendedahan untuk belajar mengenal huruf al-Quran dan mempelajari Al-Quran.Mungkin ada antara pembaca yang sudah berbelas tahun lamanya mengaji al-Quran dan membacanya setiap hari.Sekarang,mari bertanya kepada diri masing-masing adakah kita selalu membaca al-Quran sambil memahami isi kandungannya?Anda jawab dalam hati masing-masing.Maaf kalau saya katakan orang kita rajin mengaji tetapi kurang mengkaji Quran. Tidak dinafikan ada antara kita yang memang hebat dalam menjaga tarannum dan makhrajnya, Alhamdulillah bagus cuma kita perlu ada skill mengkaji Al-Quran.

Kita tidak mahu kaya dengan skill mengaji al-Quran tetapi miskin dengan skill mengkaji al-Quran.

Langkah-Langkah Dekati Al-Quran:

-Rajin Baca Quran
-Baca Al-Quran dengan Tartil
-Mengkaji Al-Quran
-Mengamalkan apa yang dibaca
Motivasi Orang Rajin Baca Quran:

Rasul Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda “Barangsiapa membaca satu huruf dari Al-Qur’an dihitung untuknya satu kebaikan dan pahala satu kebaikan adalah sepuluh kali lipat. Aku tidak mengatakan “Aliif laam miim” itu satu huruf melainkan Aliif satu huruf Laam satu huruf dan Miim adl satu huruf“.

(Hadith Sahih)

Bayangkan dengan membaca “alif lam mim” saja kita mendapat pahala sebanyak 30 kebaikan, maka
bagaimana dengan membaca sejumah ayat-ayat yang dalam satu halaman al-Qur’an? Bahkan berapa
jumlah pahala yang kita peroleh bila kita mampu membaca 1 juz dengan jumlah huruf ribuan atau
ratusan ribu? Tentu pahalanya sangat banyak, bahkan kita tidak sanggup menghitungnya.
Tidak lancar baca al-quran? Jangan risau ada motivasinya juga. Daripada Aisyah, Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud:

“Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para
malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya
membaca, maka dia mendapat pahala ganda.” (Hadis riwayat Muslim)

Imam An-Nawawi menghuraikan bahawa maksud orang yang mahir dalam hadis di atas adalah mereka yang bijak dan sempurna hafalan serta tidak sukar membaca ayat-ayat Al-Quran. Manakala mereka yang menghafal dan bacaannnya tersekat-sekat, maka baginya dua pahala, iaitu pahala bacaan serta pahala melawan kesukaran yang dihadapinya. (Syarah Sohih Muslim)

Ada juga ulama silam dan kontemporari yang memasukkan orang yang membaca al-Quran secara melihat mushaf (Quran) juga di dalam konteks hadis di atas.Nah,sekarang tiada alasan untuk berkata tidak rajin membaca al-Quran.

Baca Al-Quran dengan Tartil

"Dan bacalah Alquran dengan tartil” (Surah al- Muzammil,Ayat 4)

Tartil di sini merujuk kepada bacaan yang terang jelas dan betul menurut tajwidnya.Percayalah
membaca dengan tartil itu lebih banyak memberi bekas dan mempengaruhi jiwa, serta serta lebih
mendatangkan ketenangan batin dan rasa hormat kepada Al Quran.

Antara Tips bacaan Quran dengan Tartil:

-Menjaga panjang dan pendek bacaan
-Mengucapkan huruf dengan tepat
-Berhenti di akhir Ayat
-Tidak terlalu gopoh bacaannya
-Baca dengan perlahan dan secara teratur

Kepentingan mengkaji Dengan Al-Quran

Kaji yang saya maksudkan bukan mengkaji al-Quran sehingga menjadi para mufassirin.Ingat,al-Quran bukan diturunkan untuk para mufassirin saja tetapi al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada manusia.Apabila dikatakan petunjuk yang benar,tentu semua orang yang mengikutinya pasti selamat dan rasa tenang.Ibarat seorang pemandu yang sedang menggunakan alat rekaan pintar GPS ataupun navigator.Bila menggunakannya dengan cara betul pasti memberikan kemudahan dan penjimatan masa,kos dan sebagainya.Kewujudan alat sekecil itu yang mampu memberitahu simpang,selekoh atau cabang jalan yang bakal ditempuh insyaAllah akan memberikan kemudahan kepada manusia serta mengelakkan daripada tersesat dalam perjalanan.Begitu juga panduan yang diberikan Allah melalui Quran yang jika diikuti manusia dengan baik akan memandunya ke jalan yang selamat yang diredhai Allah SWT.Jika begitu kenapa tidak mahu mengambil petunjuk.Percayalah banyak formula kejayaan di dunia dan akhirat yang boleh diperolehi dalam Al-Quran.Bacalah.Tadabburlah!

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. (Surah Al Isra’, Ayat 9)

Umat Islam perlu membaca dan memahami isi Al-Quran untuk berjaya dalam hidup dan dakwah mereka.Hebatnya generasi awal kerana sangat mementingkan dan mengikuti bacaan Quran dengan sentiasa membaca,menghafaz ,memahami,meneliti dan mengamalkan ajarannya tanpa mengenipikan bergiat dengan kerja-kerja dunia serta maju dalam pelbagai bidang kehidupan.Begitulah jalan yang telah dilalui oleh para ulama’ terdahulu (salafussolih).

Sebagai contoh mudah mengapa kita perlu memahami kandungan al-Quran. Muslimah sekalian boleh
beritahu apakah dalil dan seruan Allah untuk anda menutup aurat? Masih tak jelas kenapa anda wajib
menutup aurat? Hanya ikutan? Nah,di sinilah betapa pentingnya mengapa anda perlu mengkaji dalil seruan menutup aurat.Jawapannya ada pada surah An-Nur (Ayat 31).

Contoh lain jikalau kawan bertanya kepada kita mengapa orang Islam perlu solat wajib?
Kalau nak jawab ikut dalil Quran apakah kita sudah ada jawapannya?Salah satu jawapannya ada dalam (Surah al- Israa’,ayat 78).

Jikalau orang Non-Muslim bertanya apa tujuan kita diciptakan? Ada jawapannya menurut dalil?


Salah satu jawapannya rujuk (Surah az-Zariyat, ayat 56). Sudah nampak kepentingannya?

Bila sudah tahu barulah datangnya kefahaman yang mantap.Barulah dapat meresapi keindahan agama

Islam dan yakin nak menyebar dakwah Islamiah kepada bukan Islam.

Alhamdulillah sekarang zaman kini sudah banyak usaha ulama-ulama kontemporari dalam memudahkan kefahaman kandungan Quran sama ada melalui kitab tafsir,buku-buku ataupun pengajaran kuliah di masjid dan sebagainya.



Toolkit ‘Kaji’ Al-Quran:

-memiliki tafsir ringkas Quran
-memiliki Kitab-kitab Tafsir Muktabar Quran
cth:Tafsir Fi Zilal Al-Quran(Sayid Qutb) , Al-Asas fit Tafsir (Said Hawa) ,Tafsir Al-Quran Al-Azim (Ibn Kathir)
- Cadangan Buku-Buku Berkaitan Kefahaman Quran di Pasaran
*Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran (Penerbit-PTS Darul Furqan)
*Tafsir Al-Quran Per Kata Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul dalam Bahasa Melayu (Penerbit-
Telaga Biru)
*Buku Tafsir Ayat Ahkam Berdasarkan Ayat Pilihan Popular (Penerbit-PTS Darul Furqan)
*Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik dalam Bahasa Melayu (Penerbit-Telaga Biru)
-selalu rujuk/ikuti pandangan ustaz-ustaz pakar tafsir

Kaji dengan Tadabbur

Kaji dalam erti mudah konteks kita sebagai orang biasa ialah tadabbur.
Makna tadabbur Al-Qur’an yang mudah difahami adalah berfikir dan memperhatikan ayat-ayat AlQur’an untuk memahaminya, mengetahui makna-maknanya, hikmah-hikmahnya, dan maksudnya.
Kata Syeikh Ibnu al-Qayyim, “Tadabbur itu menghalalkan pandangan hati kepada maknanya,serta
menumpukan fikiran kepada penelitian dan ertinya.”

Bagi memahami al-Quran,kita perlu merujuk kepada tafsiran yang sahih lagi muktabar kerana Quran
mempunyai metodologi pentafsirannya yang tersendiri.Ketika mengkaji Quran umat Islam perlu berhati-hati supaya kefahamannya tidak bercampur aduk dengan laporan dan pandangan yang tidak sahih.Justeru,bahan-bahan rujukan Quran mestilah diambil daripada kitab-kitab muktabar yang diiktiraf berlandaskan laporan yang sahih.Apabila umat Islam mampu membaca Quran dengan baik lalu memahaminya berlandaskan dalil-dalil muktabar,mereka sebenarnya membekalkan diri dengan bahan-bahan kontemporari yang penting bagi menjayakan misi dakwah pada zaman ini.

“Orang-orang yang telah Kami berikan Alkitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi”.(Al-Baqarah,ayat 121)

Mengenai kalimat ‘membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya,’ as-Syeikh Said Hawa di dalam al-Asas fit Tafsir mendatangkan pendapat Abdullah bin Masud yang berkata, “Demi Allah,membaca kitab dengan bacaan yang sebenarnya adalah menghalalkan apa yang dihalalkannya, mengharamkan apa yang diharamkannnya,membaca seperti mana ia diturunkan Allah,tidak mengubah kalam Tuhan dari tempatnya dan tidak mentakwilkan ayat-ayatnya secara tidak betul.”

Kita sebagai orang yang beriman dengan Quran perlu memahami isi-isinya kerana tanpa kefahaman,nilai dan cara hidup manusia pasti terbabas dari jalan kebenaran.

“Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu
(datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
(an-Nisak:82)

Imam Ibnu Kathir di dalam Tafsir Quran al-Azim berkata , “Allah mengarahkan mereka supaya
mengamati isi-isi Quran dan melarang mereka daripada berpaling daripadanya.Allah juga mengarah
mereka supaya faham maksud ayat-ayat Quran yang begitu halus lafaznya serta dipenuhi kebijaksaan.
Ketahuilah Allah mengkehendaki umat Islam memahami dan mengkaji isi-isi Quran.Apabila mesej Quran dapat difahami dengan betul,barulah penghayatan berdasarkannya dapat dilaksanakan dengan baik. Contoh perlaksanaan amali oleh Nabi s.a.w untuk bertadabbur,di mana kesannya dengan cara
bertasbih,memohon dan meminta perlindungan :

Hadis riwayat Huzaifah ra: “Pada suatu malam dia telah bersolat bersama Rasulullah saw,adalah baginda membaca ayat-ayat al-Quran secara perlahan dan teratur,apabila tiba pada ayat yang memuji Allah,Baginda akan bertasbih.Apabila tiba pada ayat yang meminta,Baginda akan memintanya,apabila tiba pada ayat yang memohon perlindungan Baginda akan memohonnya.” 

*Hadis Riwayat Muslim

Tips Tadabbur Al-Quran:

-Cari masa yang sesuai / lapang ( selepas solat 5 waktu,ketika beristirehat,sebelum tidur)
-Highlightkan dengan sticker note/highlighter ayat-ayat penting di tafsir Quran
- Khusyu’ dan menangis ketika membacanya
- Membacanya pada waktu malam
- Mengulang-ulang ayat
-Berdoa sebelum tadabbur : ‘Ya Allah berilah petunjuk dengan bacaanku ini..’
-Teknik membayangkan ketika baca tafsir ayat quran seolah-olah ayat itu ditujukan kepada anda:
Contoh: -Jika aku buat dosa ini ,hukuman Allah berikan cukup dahsyat
- motivasikan diri jika aku buat kebaikan ini, ganjaran Allah beri cukup hebat
-Rasulullah dahulukan tadabbur daripada membaca banyak ayat bahkan sepanjang malam ada ketikanya Baginda hanya membaca satu ayat sahaja.



Skillful dengan Quran

Mengaji Quran dengan mengkaji! Lalui semua peringkat dekati Quran yang disebut di atas ,rajin baca
Quran, baca Quran dengan tartil dan mengkaji Al-Quran.Barulah anda digelar skillful dengan Quran.
Itu formula terbaik petunjuk hidup.
ٌ 
(al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -
Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan
ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar (as-Sad,Ayat
29)

Jika anda seorang saintis,cari ayat-ayat ayat-ayat tertentu yang mampu mengaitkan dengan penemuanpenemuan dan kajian semasa yang autentik.Jika anda seorang guru,rujuk Quran dalam memotivasikan komunikasi anda dalam mendidik anak bangsa.Orang Teknologi nak bekerja sentiasa rujuk Quran dalam limitasi teknologi supaya tidak melepasi batas syariat.Siapapun anda tidak kisah,bukannya mahu anda ‘mengkaji’ Quran sehingga jadi ustaz atau pakar Tafsir.Tidak-Tidak.Rebutlah formula-formula kejayaan di dunia dan akhirat yang terkandung dalam Quran dalam menjalani kehidupan anda.

Tadabburlah Quran!

Bijaklah dalam mengseimbangkan di antara menghafaz al-Quran,membaca dan mempelajarinya tajwid dengan memahami dan bertadabbur dengannya.Kemudian beramal pula dengan sebagaimana yang diamalkan generasi dahulu. Hebatnya apabila anda kuasai skill dengan Quran,tidak mustahil untuk anda juga skillful dalam komunikasi,penulisan,teknologi dan pelbagai.

Untungnya anda skillful dengan Quran, kualiti kehidupan anda pasti melonjak cemerlang.
Cara pemikiran anda pasti berbeza bila menghayati Quran.Skill diri dalam pelbagai bidang kerja pasti
mendapat nafas baru yang baik.Cubalah!

Inilah antara kemahiran hebat yang membawa cinta anda kepada yang Maha Agung Pencinta.
Mari tingkatkan skill anda bersama Quran! Ubah persepsi, pelbagaikan cara anda bersama Quran.Mengaji dan mengkaji Quran!

Memang diakui banyak skill yang boleh kita miliki dalam pelbagai aspek seperti
komunikasinya,teknologinya, silakan memiliki skill-skill hebat dalam aspek sebegitu . Tapi jangan lupa miliki skill hebat ini dahulu.
Miliknya sekarang.

8 Tips Skillful Dengan Quran:

-Tilawah wa Tartil (selalu membaca dengan betul)
-Tadabbur (merenungkan kandungannya)
-Hifzh (menghafal)
-Ta’lim (mengajarkan)
-Istima’ (sentiasa mendengarkannya)
-At-Talaqi lil amal (menerima untuk mengamalkan)
-Tahkim ( menjadikannya sebagai pemutus perkara)
-Manhaj al Hayah ( dijadikan acuan kehidupan)

Semoga kejayaan milik kita bersama.
Moga Allah meredhai saya dan pembaca sekalian

“Mengepung dunia dengan kebaikan”


Bibliografi:

Rujukan Umum:
--Kamus Oxford Compact Advanced Learner’s English-Malay dictionary,A.S.Hornby;translator:Asmah Haji
Omar,Oxford Fajar Sdn.Bhd,Shah Alam,2007
-http://www.merriam-webster.com/dictionary/skillful
-http://www.zaharuddin.net/index2.php?option=com_content&task=view&id=872&pop=1 page=0 Itemid=90
-Minda Muslim Super,Dr Danial Zainal Abidin,PTS Millenia Sdn Bhd,Kuala Lumpur,2008
-Majalah i,Bil 119,Terbitan Karangkraf,Shah Alam,2012
-Majalah Solusi,Isu 42,Terbitan Telaga Biru,Kuala Lumpur,2012

p/s:Artikel ini khas dihasilkan untuk Projek E-Usrah (sebagai nota E-usrah untuk program Usrah Umum Online 2.0 dan lain2) .Terima kasih kepada Pengurus Projek E-Usrah atas jemputan menulis .Segala teguran amatlah dihargai.

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

1 comments:

  1. menarik..moga hari ini lebih baik dr semalam

    ReplyDelete

Powered by Blogger.

Followers