Muhasabah Pejuang..



Allahurabbi.. .rata-rata jamaah Masjid Al-Fatah dalam satu khutbah menangis dengan pengisian khutbah yg disampaikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .. Antara Rumusannya:

1. Sekarang bukan lagi zaman menjadi PENYOKONG, sekarang zaman semua kena menjadi PETUGAS untuk menangkan Islam.

2. Jika ditakdirkan kita tewas, janganlah berasa dukacita diatas kekalahan, tapi BERDUKACITALAH kerana kita TIDAK MENYUMBANG kepada kemenangan. Yang telah bekerja keras tidak perlu bersedih, kerana itu adalah kehendak Allah.

3. Berilah SUMBANGAN kepada perjuangan memenangkan Islam.

4. Di dalam sebuah peperangan yang sangat penting di zaman Nabi, Nabi menyuruh semua sahabat-sahabat MENGINFAKKAN HARTA. Saidina Umar menyumbang separuh hartanya, Saidina Abu Bakar menyumbang semua hartanya termasuk jubah yg sedang dipakai, tetapi ada seorang jamaah yg kudung kedua dua tangan dan kakinya, menyumbang segantang kurma, hasil dia mengumpul setelah lama bekerja menjadi hamba mengangkat air dari perigi..

5.Yang kudung kaki dan tangan pon menyumbang untuk Islam, takkan kita setakat jadi penyokong, bila kalah nanti sedih, sedangkan orang lain berjaga sampai lewat pagi untuk gerak kerja Islam, dia di rumah menonton tv!

6.Perjuangan ibarat sebuah bangunan.. semuanya saling memerlukan.. siapa yang jadi atap, jangan complain kepada lantai..yang jadi tangga jangan complain kepada dinding..yang jadi tiang jangan complain kepada tingkap..


Sekarang, tanya pada diri kita di mana sebenarnya kita?
Moga Allah beri kekuatan kepada saya dan pembaca sekalian untuk membantu memenangkan Islam .

SUMBER

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers