Diari 'Smart Solat'



Ini Permulaannya

Pernah satu ketika dahulu saya mengembara seketika ke bumi Selangor dan Kuala Lumpur.. secara jujur .. cemburu melihat kesuburan majlis2 ilmu di sana. Masjid dan Surau di sana cukup meriah.Hidup. Seronok. ‘Ceria’.

Pelbagai aktiviti2 diatur.Bentuk programnya berbeza-beza .Uslub-uslubnya berlainan.Ada yang fokus pada Remaja.Dewasa dan Golongan Tua. Nampak peranan masjid dalam masyarakat.
Memartabatkan lagi institusi Masiid. Untungnya di sana ada ramai golongan asatizah yang best2.Tambahan.. banyak sokongan pelbagai pihak termasuklah ADUN-ADUN , NGO dll.



Azam dari pengalaman itu membuatkan saya terfikir untuk berusaha membawa ‘angin’ tersebut ke negeri kelahiran.Penang.Bukan semua masjid yang kurang rancak dengan majlis2 ilmu.Ada sesetengah masjid yang mula merencanakan aktiviti2 dengan semua peringkat golongan.Bukan sekadar kuliah2 di masjid sahaja.

Alhamdulillah..platform Majlis Ilmu Sekitar PulauPinang sudah tersedia.Rancang dan Teruskan.Jangan bertangguh! Bulan 11 & 12 menjadi sasaran waktu yang ideal.Maka perancangan dimulakan dengan menghantar proposal kepada beberapa masjid2 yang berpotensi.Programnya ‘Smart Solat & Pemantapan Rohani’. Sasarannya anak2 remaja sempena  cuti sekolah ini.Maka diceritakan kepada jawatankuasa2 masjid mengenai ‘kerancakan’ masjid2 di Selangor.
Alhamdulillah beberapa masjid bersetuju dengan idea ini.Maka gerak kerja cuba dilakukan secara professional.

Mainan Persepsi

Kadang2 kita tidak perlu bangga dengan tempat orang . Tempat kita pun apa kurangnya.Kita pun boleh.Contoh sudah ada, apa salahnya belajar dari yang sudah ada pengalaman.Tiru konsep dan ubahkan ikut acuan kita pula.
Maka ‘Smart Solat’ ini mengetengahkan beberapa ustaz2 yang popular di Penang dalam siri-siri ‘Smart Solat’  yang dianjur. Biar bagi remaja2 cinta pada golongan2 agamawan Misalnya Ustaz Hanif Haron, Ustaz Solhi,Ustaz Fahmi Abu Bakar,Ustaz Syafiq dan ramai lagi..

Smart Daie’ Team


“Di sana ada lautan yang perlu diharungi.Di situ perlu ada kapal yang bagus untuk merentasinya.Yang memainkan peranan adalah ahli2 dalam kapal tersebut.Namun pengharapan hanyalah pada ‘Empunya’ ahli2 kapal tersebut”


Saya mempunyai impian membentuk satu team yang terbaik untuk setiap program .Namun bukan mudah.Latar belakang masing2 yang berbeza.Itu semua bukan alasan untuk mengalah.Konsep saya mudah.Setiap orang ada manfaat yang kita boleh ‘curi’.
Salah seorang fasilitator yang agak hairan bertanya bagaimana saya dapat mencari Fasilitator2 yang kebanyakannya memang saya tak kenal langsung.Tetiba saja join team2 yang dibentuk dalam masa sangat singkat. ^^

Sahabat .. saya tiada apa2 jawapan yang terbaik nak berikan.
Allah permudahkan urusan mencari fasilitator2.Allah berikan segalanya.

Saya juga beruntung kerana sehingga kini saya mempunyai sahabat2 Fasilitator yang hebat2 belaka..masing2 ada kekuatan ..

Banyak yang saya belajar menjadi manusia yang bermanfaat kepada yang lain.Dan ianya akan terus dan terus berjalan.
Pengurusan.Kawalan Emosi.Kewangan.Persahabatan.Ilmu.Dakwah.


Antara program 'Smart Solat' yang berjaya dianjurkan .. 


 





InsyaAllah .. akan menyusul lagi beberapa ‘Kem Smart Solat’ akan datang .. Doakan supaya Berjaya na ..Moga2 Allah terima amal kebaikan ini.

Jom .. Manfaatkan Diri.Manfaatkan Orang Lain. =)

 Ya Allah .. cantikkanlah dan terimalah solat2 kami ..Kurniakanlah kekhusyukan kepada hati2 kami.



p/s:
*antara yang memainkan peranan penting adalah designer MISPP ,akhie Hakim Edris.. memang terbaik!!

InsyaAllah lain masa saya kongsi kisah zaman kampus edisi orang bujang pula .. =)





Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers