Sekilas Suasana Masjid Zaman Rasulullah SAW

Selepas berhijrah ke Madinah pada 13H, langkah pertama yang dibina nabi adalah institusi Masjid. Masjid yang dimaksudkan itu ialah Masjid Nabawi.
Pemilihan lokasi tapak Masjid Nabawi dan pembinaannya sangat istimewa. Ianya dipilih di kawasan unta Baginda berhenti dan semasa proses pembinaan masjid itu, Rasulullah SAW sendiri turut bersama para sahabat mengangkut batu bata sambil melantunkan sebuah syair yang menaikkan semangat para sahabat ketika bekerja.

Gambaran Masjid Nabawi

Masjid Nabawi  mempunyai kehebatannya tersendiri walaupun ianya tidaklah segah masjid-masjid masa kini yang tersergam indah. Tiang Masjid Nabawi hanyalah diperbuat daripada batang kurma manakala dindingnya daripada bata dan tanah liat. Masjid itu hanya berbumbungkan pelepah kurma.
Di bahagian tepi masjid itu juga dibina beberapa ruangan daripada batu dan bata. Beberapa ruangan itu juga menjadi bilik-bilik isteri Nabi.




Nabi Muhammad SAW telah berjaya membentuk garis panduan yang begitu baik untuk pembangunan institusi masjid daripada Masjid Nabawi.
Masjid Nabawi bukan sahaja menjadi pusat solat berjemaah seharian malah memainkan peranan yang lebih besar dalam dakwah Islam ketika itu. Selain dari menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat ibadat, Rasulullah SAW juga telah berjaya menjadikan Masjid Nabawi sebagai pusat pentadbiran negara, pusat ketenteraan, pusat pengajian Islam malah menjadi tempat pertemuan pelbagai suku yang selama ini sering menjadi punca perselisihan dan peperangan jahiliah.

Masjid Nabawi memang dimaksimumkan kepenggunaanya untuk pembangunan dakwah Islamiah.
Seperkara yang menarik adalah kewujudan  as-Suffah di ruangan serambi masjid yang menjadi tempat tinggal sejumlah sahabat Muhajirin yang tidak mempunyai tempat tiggal,harta, isteri dan anak.
Ahlus Suffah merupakan orang yang sangat beruntung kerana memiliki harta akhirat (ilmu dan amal) walaupun tiada harta dunia.
Mereka adalah golongan yang terawal mendengar al-Quran setelah ia diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Mereka juga menjadi perawi hadis atas peluang keberadaan berada dekat dengan rumah Nabi Muhammad SAW.
Antara ahlus suffah terpilih itu adalah Abu Hurairah r.a, Abu Zar al-Ghifari, Abu Said al-Khudri dan lainnya.

Impian penulis untuk melihat menjelang tahun 2020 Malaysia mempunyai sebuah masjid yang dinaik taraf menjadi salah sebuah pusat pengajian Islam yang formal sebagaimana kejayaan masjid Al-Azhar yang mempunyai Universiti Al Azhar.Takkanlah Malaysia yang mempunyai lebih kurang 5000 buah masjid, ramai para ilmuwan dan dana yang banyak  tidak mampu  untuk menggarapkan salah satu fungsi masjid yang  pelbagai sepertimana yang dipamerkan Rasulullah SAW iaitu masjid sebagai pusat pendidikan Islam.


Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers