Cabaran Menguruskan Institusi Masjid Masa Kini : Siri 2



Untuk siri kedua ini, penulis akan menyambung semula perbincangan mengenai cabaran menguruskan masjid dari  aspek berikut:

·         Aspek pelaksanaan aktiviti dan program kurang mantap di mana setakat mengadakan aktiviti tanpa mengambil kira sasaran kelompok dan objektif.

Anda pernah dengar ahli qaryah atau sebahagian orang luar qaryah merungut :

“masjid banyak duit, tapi ajk kedekut piang nak keluar duit buat program,dok simpan duit banyak-banyak buat apa!”
“masjid lawa dah, tapi sayang perancangan aktiviti masjid tak seindah khabar dari rupa”
“masjid ini hanya buat program kuliah dan forum saja ka? Tak ada program bentuk lain dah?”

Ini hanyalah sebahagian luahan orang-orang yang sangat dahagakan ilmu dan mengharapkan institusi masjid akan memainkan peranan yang serius dalam menyebarkan ilmu kepada penduduk sekeliling yang sedang berlaku masa kini.

Sebab itulah, penulis awal-awal lagi sudah memberi penekanan penting tentang pemilihan jawatankuasa masjid dalam menghadapi cabaran menguruskan institusi masjid dalam artikel yang lepas.

Boleh rujuk di SINI.

Penulis yakin,sekiranya elemen kepimpinan yang unggul mengikut perspektif Islam ada dalam organisasi sesebuah masjid, sekurang-kurangnya kita dapat melihat kepelbagaian aktiviti masjid.

Berbalik kepada fokus penulisan siri kedua ini, untuk mengatasi cabaran mengenai aktiviti masjid yang lesu, penulis berpendapat , sesebuah institusi masjid memerlukan kumpulan think thanker dalam merencanakan aktiviti masjid.

Think thanker yang penulis maksudkan ini adalah satu kumpulan kecil (dalam lingkungan dua hingga empat orang) yang dibentuk dalam sesebuah jawatankuasa masjid. Mereka ini tidak semestinya dibentuk dari biro-biro tertentu dalam jawatankuasa masjid ataupun pengerusi masjid, boleh jadi ianya hanyalah seorang setiausaha masjid, imam malah barangkali dia bukan jawatankuasa masjid yang dilantik asalkan ahli dalam kumpulan ini MESTILAH mempunyai idea kreatif,kepimpinan yang baik dan keinginan yang tinggi dalam menyemarakkan program-program masjid.

Apa tugas utama think thanker?

  • Memikirkan idea-idea menarik untuk dijalankan untuk keseluruhan aktiviti masjid (setahun) yang mengambil kira aspek akidah,ibadah dan akhlak.  
  • Membuat research and development (R&D) untuk mengenal pasti kelemahan sambutan sesuatu program masjid yang telah dilaksanakan supaya akviti akan datang tidak akan berulang masalah yang sama.
  • Memberi gambaran kaedah pelaksanaan aktiviti yang menarik kepada biro-biro jawatankuasa masjid dengan mengambil kira sasaran kelompok dan objektif.

Waktu Bila Think Thanker ini PERLU berfungsi?

Penulis berpendapat seeloknya diadakan Kursus Induksi kepada semua jawatankuasa masjid yang dilantik pada peringkat awal. Ideanya dengan mengeluarkan sedikit belanja untuk induksi ini dan mengajak semua jawatankuasa dilantik untuk ‘berkampung’ sehari/dua hari di tempat-tempat menarik (seperti di tempat peranginan,hotel dan sebagainya). Dalam induksi ini, dibahagikan terus biro-biro kepada ahli jawatankuasa yang layak. Ketika induksi inilah, think thanker ini perlu mengambil kesempatan untuk mengetuai dalam memberi cadangan kepada setiap biro, membuka perbincangan mendalam dan memastikan di penghujung induksi masjid mereka mempunyai perancangan aktiviti setahun yang mengambil kira kelompok sasaran yang pelbagai dalam usaha menarik masyarakat mendekati masjid. Dalam erti kata lain, kem induksi ini dikendaikan sepenuhnya oleh geng think thanker ini.

Contoh Sistem Think Thanker Sedia ada

Sebagai contoh, Masjid At-Taqwa Bertam Indah, Pulau Pinang. Masjid ini dipilih sebagai masjid ketiga terbaik di Malaysia dalam Anugerah Masjid Kebangsaan 2014 anjuran JAKIM.
Di sebalik kejayaan yang dikecapi masjid ini, mungkin ramai yang tidak perasan tentang geng think thanker (gabungan orang muda dan orang lama) yang wujud dalam organisasi masjid. Mereka inilah yang memberi inspirasi kepada jawatankuasa yang lain untuk terus aktif merencanakan aktiviti-aktiviti yang terbaik untuk manfaat ummah. Tidak dinafikan, sememangnya kerjasama pelbagai pihak juga turut menyumbang dalam menjayakan setiap aktiviti.

Cuba lihat apa yang telah jawatankuasa masjid ini lakukan.


Antara program dan aktiviti yang dijalankan adalah:

-          Bidang Pendidikan.

-          Bidang Kebajikan

-          Bidang Kemasyarakatan



-          Bidang Ekonomi
1. COOPMART – Koperasi Masjdi at Taqwa
2. Bazar Ramadhan
-           
Kalau diperhalusi, semua biro yang ada di masjid telah melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin. Kesemua aktiviti yang dirancang mengambil kira kelompok sasaran dakwah bermula dari remaja ke golongan veteran, malah turut merancang aktiviti dakwah kepada masyarakat non-muslim.

Andai setiap masjid mempunyai kelompok think thanker yang bergerak kerja secara Think Smart dan Work Smart di mana hasilnya memberi manfaat banyak kepada sekeliling, Insya-Allah, masyarakat sekeliling pasti akan mula jatuh hati dengan masjid dan akan memberi sokongan yang baik dalam aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.





Kedekut piang = kedekut tahap gila

Rujukan : http://masjidattaqwakepalabatas.com/

Sekiranya artikel ini ada MANFAAT

Kongsi Catatan Ini

Comments

    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Followers